9 Kafe Di Cameron Highlands Untuk Pelancong Featured Image

9 Kafe Di Cameron Highlands Untuk Pelancong

By [email protected] - May 30, 2018 (Last Updated Aug 26, 2020)

Selain daripada tempat-tempat yang menarik, Cameron Highlands juga menawarkan pelbagai jenis makanan yang sesuai, seperti steamboat, untuk cuaca yang dingin. Kepada pelancong yang ingin “chill” semasa mengunjungi Cameron Highlands, janganlah melepasi peluang untuk berkunjung ke salah sebuah kafe yang akan kami senaraikan di bawah ini! Ayuh mulakan food hunting di Cameron Highlands dengan 9 kafe menarik yang terdapat di Cameron Highlands!


Barracks Cafe



Barracks Cafe terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands dan menawarkan pelbagai jenis hidangan. Antaranya ialah hidangan Asia, barat dan sebagainya. Di samping menikmati makanan-makanan yang lazat, anda juga boleh menikmati keindahan persekitaran kafe yang dihiasi seperti sebuah taman bunga. Barracks Café juga merupakan pilihan yang terbaik untuk menikmati hidangan sambil bersantai bersama keluarga atau kawan-kawan.


Lokasi: No. 1, Jalan Gereja, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang 

Waktu Operasi: 2:00 PM - 10:00 PM (Selasa - Jumaat), 12:00 PM - 10:00 PM (Sabtu - Ahad) (Tutup hari Isnin)

No. Telefon: +6011-1464 8883


The Lord's Cafe



The Lord’s Café terletak di Tanah Rata dan boleh dijumpai berhadapan dengan stesen bas. Kafe ini sesuai untuk dikunjungi sekiranya anda ingin menikmati minum petang atau makanan pencuci mulut, terutamanya scones mereka. Salah satu keunikan yang terdapat di kafe ini ialah di samping anda dapat menikmati hidangan pencuci mulut yang enak, anda juga dapat membaca buku di atas rak yang telah disediakan.


Lokasi: Jalan Besar, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang (Google Maps)

Waktu Operasi: 10:00 AM – 7:00 PM (Tutup hari Ahad)

No. Telefon: +6019-572 2883


MR. AISU



MR. AISU terkenal dengan waffle mereka sebagai hidangan utama di kafe ini. Waffle mereka terdiri daripada pelbagai jenis perisa seperti perisa strawberri, pisang, jagung, dan sebagainya. Kafe ini juga menyediakan pelbagai jenis aiskrim yang mempunyai perisa yang unik seperti perisa strawberri, teh tarik, kopi, coklat, pisang dan sebagainya. Aiskrim-aiskrim tersebut juga boleh dimakan bersama waffles.


Lokasi: No. 5 Gerai Berhampiran Pasar Cameron Highlands, Pahang, Malaysia 

Waktu Operasi: 12:00 PM – 10:00 PM

No. Telefon: +6011-2624 5616


Cameron Valley Tea House 



Jika anda bercuti di Cameron Highlands, anda harus mengunjungi ladang tehnya. Cameron Valley Tea House ini sering menjadi pilihan oleh para pelancong kerana lokasinya yang strategik dan anda juga boleh menikmati pemandangan ladang teh yang luas dan cantik sambil menghirup secawan teh di kafe ini. Anda juga boleh membeli teh yang dihasilkan dari ladang ini sebagai cenderahati.


Lokasi: 34.5 Mile Cameron Highlands, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang 

Waktu Operasi: 8:30 AM – 6:00 PM (Isnin - Khamis), 8:00 AM-7:00 PM (Jumaat - Ahad)

No. Telefon: +605-491 1133


200 Seeds Cafe (Abang Strawberry) 



Jangan lupa untuk singgah di 200 Seeds Café untuk menikmati sarapan pagi, makan tengahari atau bersantai pada waktu petang sekiranya anda bercuti di Cameron Highlands. Kafe ini menjadi pilihan ramai pelancong kerana kafe ini terkenal dengan hidangan istimewanya iaitu Nasi Lemak Strawberri yang sungguh lazat dan juga berada dalam harga yang berpatutan.


Keunikan nasi lemak tersebut adalah kerana sambalnya diperbuat daripada buah strawberri. Sambal strawberrinya yang dibotolkan dalam botol yang kecil juga boleh dibeli oleh para pelanggan. Kafe ini dikelilingi oleh ladang strawberri dan anda juga dibenarkan untuk merasai pengalaman memetik strawberri di ladang tersebut.


Lokasi: Kampung taman sedia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang 

Waktu Operasi: 8:00 AM – 8:00 PM (Isnin - Ahad)

No. Telefon: +6019-478 1700


Gunakan kod promosi kami ketika membuat tempahan penginapan anda untuk harga lebih murah!

Capitale Coffee 



Khas untuk mereka yang menggemari kopi, Capitale Coffee merupakan tempat yang harus anda kunjungi sekiranya anda bercuti di Cameron Highlands. Capitale Coffee menawarkan pelbagai jenis kopi seperti espresso, latte, cappuccino, mocha dan sebagainya. Kafe kecil ini juga menyediakan pelbagai hidangan untuk sarapan, makanan pencuci mulut dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh bersantai sambil mambaca buku yang disediakan di kafe tersebut.


Lokasi: 40 59, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang 

Waktu Operasi: 7:30 AM – 11:00 PM (Isnin - Ahad)

No. Telefon: +605-491 5645


Cafe Lorong Kea Farm 



Cafe Lorong Kea Farm terletak di Brinchang dan menjadi popular di kalangan para pelancong kerana kafe ini menawarkan hidangan yang unik gabungan daripada timur dan barat. Selain itu, kafe ini turut menyediakan pelbagai minuman yang menarik seperti teh strawberri, aiskrim strawberri dan milo Godzilla iaitu campuran daripada whipped cream, milo tabur, dan coklat.


Lokasi: Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang 

Waktu Operasi: 10:00 AM – 8:30 PM (Isnin - Ahad)

No. Telefon: +6019-499 4074


Rosette Cafe 



Rosette Café terletak di Tanah Rata bersebelahan dengan Ambank. Antara menu makanan yang popular ialah makanan steamboat, spaghetti Bolognese, dan sizzling hot plate. Selain itu, menu Western yang terdapat di kafe ini ialah chicken chop dengan sos perisa oren, black pepper steak dan sebagainya.


Lokasi: 42, Jalan Besar, Cameron Highland, 39000 Tanah Rata, Pahang 

No. Telefon: +605-491 3159


Strawberry Cottage



Strawberry Cottage merupakan kafe yang menawarkan pelbagai jenis makanan pencuci mulut dan kopi yang menyelerakan. Antara makanan yang popular dan sering digemari ramai ialah cendol, nasi lemak cheese cake, vanilla latte, cashewnut carrot cheese cake dan sebagainya.


Lokasi: Lot G-13, Cameron Square, Brinchang, 39100 Cameron Highlands, Pahang

Waktu Operasi: 10:00 AM - 10:00 PM (Isnin - Ahad)

No. Telefon: +605-496 1397


Sekarang dah buat kajian tentang kafe menarik di Cameron Highlands, tapi adakah anda telah membuat keputusan tentang perkara paling penting iaitu penginapan? Jika belum, kami mempunyai pelbagai homestay dan hotel menarik di Cameron Highlands yang kami yakini anda pasti minat! Tambahan lagi anda boleh pilih penginapan mengikut citarasa anda. 


Klik di bawah untuk menempah homestay dan hotel terbaik di Cameron Highlands untuk percutian sejuk anda! 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.38 (8 VOTES)