Homestay Muslim Untuk Cuti Sekolah di Cameron Highlands Featured Image

Homestay Muslim Untuk Cuti Sekolah di Cameron Highlands

Oct 11, 2018

Setiap kali menjelang cuti sekolah, anak-anak anda mesti beria-ia hendak pergi bercuti kan? Persoalannya, ke mana? 

Pernah tak anda terfikir dari mana datangnya teh Boh yang diperbuat oleh Malaysia? Ya, tidak lain tidak bukan Cameron Highlands lah. Tanah Tinggi Cameron atau Cameron Highlands sememangnya terkenal dengan ladang-ladang teh dan kebun-kebun sayur. Pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar boleh didapati sekitar tanah tinggi ini. Jadi anda bolehlah bawa anak-anak anda untuk melihat sendiri bagaimana teh diproses, sayur-sayuran ditanam dan banyak lagi.

Di sini kami syorkan beberapa homestay muslim di Cameron Highlands untuk seisi keluarga anda sempena cuti sekolah ini.


AG Homestay Cameron Highlands


AG Homestay merupakan homestay berbentuk apartment jenis studio yang terletak di hubspot terbaru Cameron Highlands ( beberapa langkah je nak pergi ke Pasar Malam Brinchang ). Apartment ini mempunyai 2 bilik tidur dan 2 bilik air yang boleh menampung sehingga 8 orang dan sesuai untuk warga emas kerana dibekalkan lif jadi tak payahlah naik tangga sampai tercungap-cungap. Apartment ini hanya boleh diakses melalui pintu utama yang dikawal oleh pengawal keselamatan dengan card yang akan disediakan kepada tetamu yang ingin mendiami apartment ini. Homestay ini untuk Muslim sahaja.


Lokasi: B-03A-09, Barrington Square, Jalan Golden Hills 1 Cameron Golden Hills (Google Map)

Harga: RM 280 / malam

Bilangan Tetamu: 8

Bilik: 2


Book Now from RM280! 



Cool Muslim Apartment Puncak Arabella Cameron


Cool Muslim Apartment ini merupakan apartment 3 bilik yang dilengkapi dengan ruang tamu, ruang makan, dan dapur yang dibahagikan kepada dua iaitu dapur kering dan dapur basah. Owner homestay ini mempunyai 2 unit di tingkat 1 dan tingkat 2 untuk menampung keluarga yang lebih besar. Jika anda berminat untuk menempah homestay ini kliklah butang hijau di bawah. Homestay ini untuk Muslim sahaja.


Lokasi: Puncak Arabella, Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata (Google Map)

Harga: RM 250 / malam

Bilangan Tetamu: 10

Bilik: 3


Book Now from RM250! 



Sweet Cameron Jaya

"Manis mata memandang" begitulah homestay ini dinamakan. Sweet Cameron Jaya merupakan apartment 3 bilik yang dilengkapi dengan TV siaran njoi, peralatan asas memasak dan peti ais untuk menyimpan sayur-sayuran yang dibeli dari pasar yang berdekatan. Homestay ini membenarkan bilangan tetamu sehingga 12 orang. Jangan ketinggalan! Tempahlah homestay ini sebelum lewat. Homestay ini hanya untuk Muslim sahaja.


Lokasi: B8-2-13,Blok B8, Apartment Cameron Jaya, Jalan Tengkolok 39000, Tanah Rata (Google Map)

Harga: RM 200 / malam

Bilangan Tetamu: 12

Bilik: 3


Book Now from RM200! 


Perjalanan ke Cameron Highland melalui jalan Tapah atau Simpang Pulai memang jam waktu cuti sekolah. Jadi, buatlah perancangan yang patut sebelum menaiki Cameron ye!

Homestay D'Cameron 2

Terletak di Jalan Golden Hill, Homestay D' Cameron mempunyai 2 homestay untuk disewa. Homestay D'Cameron 1 boleh didapati di sini. Homestay D'Cameron merupakan apartment 3 bilik yang boleh menampung 10 tetamu. Pasar Malam Brinchang berada dalam jarak perjalanan kaki sahaja. Berminat dengan homestay ini tekanlah butang dibawah untuk membuat tempahan. Homestay ini hanya untuk Muslim sahaja.


Lokasi: S2-3-12 Sommer Square,Golden Hill 39000, Tanah Rata(Google Map)

Harga: RM 250 / malam

Bilangan Tetamu: 10

Bilik: 3


Book Now from RM250! 



Izara Muslim Homestay 1

Homestay 100% Muslim-friendly ini dilengkapi pelbagai kelengkapan untuk kemudahan anda sekeluarga dengan kadar sewa yang berpatutan dan harga yang setanding kualiti. Homestay ini terletak di Greenhill Resort di Tanah Rata yang dilengkapi dengan mesin basuh, peralatan memasak dan parking yang banyak. Tempahlah homestay ini dengan menekan butang di bawah.


Lokasi: Blok B/6G,Greenhill Resort Apartment,Jalan Gereja,Tanah Rata (Google Map)

Harga: RM 220 / malam

Bilangan Tetamu: 12

Bilik: 3


Book Now from RM220! 


Rate this post

5 (2 VOTES)