Pertunjukan Cahaya Terbesar di Malaysia Featured Image

Pertunjukan Cahaya Terbesar di Malaysia

Aug 26, 2016

Sebuah pesta yang melambangkan kasih sayang, perpaduan dan erti sebenar menjadi seorang rakyat Malaysia.



Light Sensation merupakan sebuah pesta yang anda pasti tidak mahu terlepas. Pesta ini akan berlangsung pada 7 September sehingga 17 September 2016 dengan satu matlamat yang utama, iaitu untuk mencatat Guinness World Record bagi "Lampu LED Terbanyak Dinyalakan dalam Relay”. Light Sensation akan diadakan di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (“MAEPS”), di mana sebanyak 30,000 bunga mawar putih LED akan ditanam untuk membentuk bunga raya (bunga kebangsaan Malaysia) bagi meraikan Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos 2016 dan Hari Malaysia pada 16 September 2016.


Sebuah inspirasi kepada imaginasi, mencorakkan kegembiraan dan kasih sayang.





Light Sensation juga bermatlamat untuk menggalakkan sumbangan amal kepada rumah anak-anak yatim dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk saling sayang-menyayangi antara satu sama lain tanpa mengira umur, jantina, bangsa, budaya dan bahasa. Mawar putih digunakan untuk melambangkan kesucian, kasih sayang, harapan dan juga mengatasi kebimbangan apabila cahaya menerangi kegelapan malam.


Bunga-bunga LED ini akan dinyalakan bermula dari pukul 5.00 petang sehingga 12.00 tengah malam setiap hari dari 7 hingga 17 September 2016 dan para pengunjung dialu-alukan untuk bersantai dan menikmati pemandangan yang pasti akan menawan hati anda sambil diiringi alunan muzik. Selain daripada itu, ada pelbagai aktiviti lain juga yang boleh pengunjung nikmati seperti roda Ferris, menara tinjau , Escape Zone, trak makanan dan juga stesen cenderamata.



Jika anda berminat untuk membawa pasangan anda atau rakan-rakan dan keluarga ke Light Sensation, berikut adalah beberapa hotel dan tempat-tempat penginapan yang berhampiran:


Jika anda tidak berada di Lembah Klang atau Negeri Sembilan , jangan bimbang kerana tiket juga dijual secara dalam talian di Light Sensation.

Tiket ke Light Sensation dijual di semua cawangan 7-Eleven di Lembah Klang dan Negeri Sembilan dengan harga RM20.00 bagi orang dewasa dan RM5.00 bagi kanak-kanak. Menariknya, jika anda membeli tiket sebelum 6 September 2016, anda akan mendapat harga yang lebih murah sebanyak RM16.00. 


(Kredit: Light Sensation)

Rate this post

0 (0 VOTE)