Hotel Pulau Ketam Featured Image

Hotel Pulau Ketam

By [email protected] - Feb 25, 2019

Anda pernah mendengar mengenai Pulau Ketam tak? Pulau Ketam merupakan sebuah pulau buatan manusia di perairan Pelabuhan Klang, Selangor. Untuk tiba ke Pulau Ketam ini, anda perlu menaiki feri dari jeti Pelabuhan Klang selama 45 minit. Tapi, anda mesti tertanya-tanya kan apa yang menarik sangat di Pulau Ketam ni? Haa, kami akan terangkan mengapa anda perlu melawat ke Pulau Ketam sekali dalam seumur hidup anda dan alang-alang tu singgah menginap di Hotel Pulau Ketam.


Pulau Ketam ini didiami majoriti kaum Cina, lebih-lebih lagi kaum Cina yang berumur dan kanak-kanak. Bagi warga muda, rata-ratanya telah berhijrah ke ibu kota selepas tamat persekolahan untuk mencari rezeki yang lebih stabil dan peluang pekerjaan yang pelbagai. Kehidupan di Pulau Ketam sama seperti kehidupan kampung, di mana penduduk di kepulauan ini menyara hidup dengan menjual hasil laut segar atau diproses menjadi belacan atau ikan kering, membaiki jala dan membuka bengkel motosikal. Kalau anda nak tahu, di pulau ini, tidak ada seorang pun yang mempunyai kereta. Penduduk di sini berbasikal atau berjalan kaki jika ingin pergi ke mana-mana. Jadi, kalau anda dah tiba ke pulau ini, anda boleh siap-siap menyewa basikal (RM5/sehari) dan ambil peluang ini untuk berkayuh mengelilingi kampung dan lihat sendiri kawasan perkampungan nelayan. 


Kalau anda nak tahu, Pulau Ketam ini terkenal sebagai syurga makanan laut, terutama sekali bila anda datang pada peak season, anda boleh menikmati hidangan popular Pulau Ketam iaitu tiram goreng disalut telur dan Lala goreng salut telur. Untuk nak hilangkan dahaga, anda boleh order air tebu yang enak dan jangan lupa untuk mencuba ais krim goreng di sini. 


Kalau anda dah penat berjalan-jalan di sekitar pulau, anda boleh berehat di hotel Pulau Ketam. Tapi, jangan terkejut jika anda dapat tahu di pulau ini hanya terdapat dua hotel saja yang beroperasi. Jom kita lihat senarai hotel Pulau Ketam.


Hotel Sea Lion


Hotel Sea Lion dikelilingi dengan restoran seafood, pasar mini, pusat rekreasi, perkampungan nelayan dan tokong. Selain dari menyediakan kemudahan asas di bilik, hotel ini juga menawarkan boat service untuk membawa anda berjalan-jalan mengelilingi Pulau Ketam.


Lokasi:


Harga: Dari 79/malam

Untuk info lanjut, layari Hotel Sea Lion


Pulau Ketam D'island Beds & Cafe


Pulau Ketam D'island Beds & Cafe bukan saja menawarkan penginapan untuk perseorangan atau berpasangan, tetapi mampu untuk memuatkan 45 pax dalam satu masa sekaligus! Jika anda ingin mengadakan majlis sambutan hari jadi, atau sebarang sambutan, hotel ini sedia untuk membantu anda melaksanakan majlis idaman anda di kafe hotel. Hotel ini juga menawarkan Sky Deck, di mana anda dan pasangan anda boleh melihat matahari terbenam bersama-sama. Romantik bukan?


Lokasi:


Harga: Dari RM90

Untuk info lanjut, layari Pulau Ketam D'island Beds & Cafe


Nak dapatkan promosi hebat ketika menempah dengan kami di LetsGoHoliday.my? Tekan sini sekarang!



Jika anda tak puas dengan senarai Hotel Pulau Ketam kami di atas, jangan risau sebab anda boleh tekan terus pada gambar di atas untuk melihat senarai penuh tempat penginapan di Selangor.

Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (1 VOTES)