Hotel Terbaik dan Termurah di Muar Featured Image

Hotel Terbaik dan Termurah di Muar

Dec 12, 2018

Muar merupakan satu bandar yang bersejarah di Johor. Terletak di arah barat laut negeri johor, Muar adalah antara destinasi yang paling terkenal di Malaysia kerana keunikan makanan tempatan, hasil kopi dan bangunan bersejarah yang dibina sebelum perang dunia.


Baru-baru ini, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah menyistiharkan Muar sebagai 'bandar diraja (royal town)' Johor dan telah menerima anugerah 'Asean Clean Tourist City Standard Award 2017' menjadikan Muar salah satu bandar terbersih di Asia Tenggara!


Jadi anda boleh lega hati kerana kebersihan di bandar ini sudah tentu dijamin. Selain itu, apakah yang boleh anda berharapkan apabila melawati Muar? Sudah tentulah makanan tempatannya yang menjadikan Muar satu destinasi orang ramai. Bukan itu sahaja, bandar ini adalah tidak begitu besar jadi anda bolehlah ambil kesempatan ini untuk berjalan-jalan sambil cari makan mengelilingi kawasan Muar.


Beberapa jenis makanan tempatan yang mesti dicuba adalah mee bandung muar, satay, asam pedas, otak-otak (keistimewaan Muar), rojak, kopi tempatan, makanan laut dan banyak lagi! Kami hanya syorkan jenis makanan tetapi anda bolehlah mencari sendiri kedai manakah yang lebih best. Inilah masanya untuk menunjukkan kehebatan dalam penyelidikan makanan. 


                        


Setelah makan kenyang-kenyang, bolehlah anda jalan-jalan sekeliling bandar Muar untuk melihat bangunan-bangunan bersejarah dan pada masa yang sama menghargai pengorbanan tokoh-tokoh sejarah. Yang pertama sekali, Kubu Bentayan yang merupakan kubu terakhir Kesultanan Melaka iaitu Sultan Mahmud Shah sebelum jatuh ke tangan askar Portugis semasa serangan pihak Portugis pada abad ke-15 yang terletak di sisi Sungai Bentayan.


Terletak tidak jauh pula adalah Fortaleza de Muar yang dibina oleh pihak Portugis semasa penjajahannya. Seterusnya, anda mestilah melawati Tapak Sejarah Kota Buruk di Tanjung Selabu di mana Parameswara, pengasas Kesultanan Melaka menetap selama 10 tahun selepas pengasingan daripada Temasik (Sekarang dikenali Singapura). Memang terlalu banyak lagi tempat bersejarah di Muar dan blog post ini akan menjadi panjang lebar jika kesemuanya disenaraikan di sini. Sekali lagi, inilah masa untuk anda menonjolkan bakat detektif anda.


Untuk tempat penginapan pula, kami adalah expert. Di sini telah kami senaraikan homestay yang murah dan baik supaya anda hanya perlu membuat tempahan saja. Kualiti terjamin! Selamat bercuti.


Tempah hari ini untuk mendapatkan harga yang terbaik! Bercuti sambil berjimat wang! Untuk bercuti lagi!




Selain homestay di atas, kami juga mempunyai pelbagai tempat penginapan di Johor. Munkin anda juga boleh mencubai pengalaman percutian di bahagian lain Johor. Klik imej di atas untuk melihat senarai tempat penginapan di Johor dan klik di bawah untuk mengetahui lebih banyak tentang homestay di Johor.

Homestay Murah di Johor Bahru


Jika anda tidak mempunyai bajet yang besar untuk percutian anda, jangan risau kami boleh membantu! Kerana admin juga kesempetan wang.. 


8 Homestay Sesuai Untuk Family Day di Johor



8 Homestay terbaik untuk keluarga anda di Johor! Tempahlah percutian sekeluarga anda bersama kami hari ini.


Sampai sinilah blog post mengenai senarai homestay terbaik di Muar. Harap usaha kami menulis blog ini tidak disia-siakan dan paling pentingnya dapat membantu anda dalam perancangan untuk cuti yang akan datang. Tidak melupai, lawatilah laman web LetsGoHoliday untuk menempah tempat penginapan yang best serta harga berpatutan di seluruh Malaysia!


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)