3 Hotel Murah di Kuantan Featured Image

3 Hotel Murah di Kuantan

By [email protected] - Jan 31, 2019 (Last Updated Jan 28, 2020)

Anda sedang mengemaskini akaun-akaun kewangan dan bajet bulanan anda sementara tibanya bulan baru untuk tahun ini? Kami yakin anda adalah seorang yang bijak berbelanja dan menguruskan kewangan anda.


Dan sudah tentu anda akan mengasingkan sejumlah bajet untuk anda bercuti, jika tidak ke luar negara, anda masih akan bercuti di dalam negara. Anda seorang yang rajin bekerja tapi dalam masa yang sama, anda tetapkan masa dan bajet untuk merehatkan minda anda dari kerja. Bak kata mat saleh, Work hard, play hard kan? 



Okay, katakanlah anda sedang menyimpan untuk percutian ke luar negara seperti Korea atau Eropah. Tapi, anda masih juga mahu melancong ke negeri-negeri di Malaysia seperti Kuantan dengan bajet yang lebih kecil. Bunyi macam impossible tapi ianya memang possble! Anda boleh jimatkan kos percutian anda dengan tinggal di hotel murah. Jom kita lihat 3 hotel murah di Kuantan.

Sun Inns Hotel Kuantan

Sun Inns Hotel Kuantan Gallery Photos

Sun Inns Hotel Kuantan Gallery Photos

Sun Inns Hotel Kuantan adalah rest house milik rangkaian Sun Inns Hotel. Ianya terdiri daripada 5 buah rumah teres dua tingkat di mana setiap disewakan kepada penginap solo atau berkeluarga. Setiap bilik dilengkapi penghawa dingin, TV dan peti sejuk.


Lokasi hotel ini berdekatan dengan tempat-tempat menarik seperti Masjid Sultan Ahmad Shah, Teluk Chempedak, Kuantan Centre Point, East Coast Mall, Berjaya Megamall dan La Casa Kuantan Restaurant. Anda juga boleh ke Bukit Gambang Resort City, Water Park dan Rainbow Fall Sungai Lembing yang berjarak lebih 36 km dari hotel ini.


Alamat: 13, 15, 17, 19 and 21, Lorong Bukit Ubi 63, 25000 Kuantan, Pahang

Harga: dari RM65/malam


Tempah Sekarang


Sri Manja Boutique Hotel

Sri Manja Boutique Hotel Gallery Photos

Sri Manja Boutique Hotel Gallery Photos

Sri Manja Boutique Hotel terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Hotel ini sesuai untuk pengunjung yang ingin meluangkan lebih masa di kawasan sekitar bandar Kuantan. Ia menyediakan bilik berhawa dingin, TV, dan kemudahan kolam renang dan in-room dining dan express lunch. Lokasi hotel ini berdekatan dengan bandar Kuantan, Teluk Cempedak, Gebeng Industrial Park, Sungai Lembing dan Cherating.


Alamat: B2-34, Jalan IM 7/1, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.

Harga: dari RM128/malam


Tempah Sekarang


Hotel Seri Malaysia Kuantan

Hotel Seri Malaysia Kuantan Gallery Photos

Hotel Seri Malaysia Kuantan Gallery Photos

Hotel Seri Malaysia Kuantan adalah antara hotel terbaik di Kuantan  yang menawarkan harga berpatutan. Ianya menyediakan bilik berhawa dingin, TV,  kemudahan petikeselamtan dan kolam renang untuk para penginap. Lokasi hotel ni berhampiran dengan River Cruise Kuantan, Figures Museum, Zoo Teruntum dan Pantai Teluk Chempedak.


Alamat: Jalan Telok Sisek, 25000 Kuantan, Pahang

Harga: dari RM130/malam


Tempah Sekarang



Dapatkan lebih penjimatan harga untuk penginapan anda di Kuantan. Gunakan kod promosi kami untuk tempahan di LetsGoHoliday.my


Mahu lihat lebih banyak pilihan tempat penginapan di Kuantan? Klik gambar di bawah untuk senarai hotel dan homestay terbaik untuk percutian anda.


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.5 (4 VOTES)