Homestay Pulau Perhentian Featured Image

Homestay Pulau Perhentian

By [email protected] - Feb 18, 2019 (Last Updated May 08, 2019)

Anda sedang merancang untuk bercuti di pulau peranginan? Jika anda inginkan pengalaman island hopping dan snorkeling lain dari yang lain, mungkin anda boleh mencuba untuk bercuti di Pulau Perhentian. Apa yang menariknya di Pulau Perhentian ini adalah ianya terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. 

Antara kedua-dua ini, mana satu yang lagi best dan menjadi tumpuan ramai? Kalau anda suka untuk bermalam di tempat penginapan yang lebih eksklusif, tenang dan privacy, perhentian besar sangat sesuai untuk anda. Tetapi, jika anda lebih sukakan keriuhan, aktiviti yang happening dan havoc, perhentian kecil paling recommended terutama jika anda travel bersama rakan-rakan atau percutian anda ala-ala backpackers.

Waktu yang paling sesuai untuk bercuti ke sini ialah pada bulan Mac - November kerana Februari hingga Oktober adalah musim tengkujuh, jadi plan percutian anda sebaiknya! Dalam perancangan, pastinya tempat penginapan dalam top list kan? Di bawah ini disertakan senarai homestay dan penginapan terbaik di Pulau Perhentian yang boleh anda consider. 



Ayah Perhentianku Homestay

Ayah Perhentianku Homestay menyediakan beberapa pakej yang berbeza di antaranya termasuklah pakej 3 hari 2 malam beserta dengan island hopping dan snorkeling, pakej termasuk sarapan pagi atau tanpa sarapan. Anda juga boleh memlih dari 3 jenis bilik sama ada untuk 4 orang, 5 orang mahupun 9 orang. Jadi jika anda datang bersama rakan-rakan dalam bilangan yang ramai, jadi tiada masalah untuk anda pilih bilik yang paling besar! Harga bilik biasa bermula dari RM150 sahaja. 


Alamat: Fisherman Village. Pulau Perhentian Kecil, 22300 Kuala Besut, Terengganu 

Laman Web: Ayah Perhentianku Homestay 


Perhentian Homestay

Perhentian Homestay menyediakan kemudahan lengkap dan selesa semasa anda menginap di sini. Antara kemudahan yang disediakan termasuklah Laman BBQ, kelengkapan memasak, petu sejuk, mesin basuh, ruang dapur serta penghawa dingin dan kipas. Sesuai untuk anda yang datang bercuti 8 orang. Namun, jangan risau jika anda datang ke sini lebih ramai, kerana ekstra tilam akan disediakan dan mampu menampung seramai 13 orang tetamu. Harga bermula dari RM450 sahaja. 


Alamat: Pulau Perhentian Kecil, 22300 Kuala Besut, Terengganu

Laman Web: Perhentian Homestay


Gunakan kod promosi kami untuk harga tempahan penginapan lebih murah!


Kelisa Homestay

Kelisa Homestay ini sesuai untuk keluar besar atau anda yang datang bercuti beramai-ramai bersama rakan-rakan. Oleh kerana homestay ini mempunyai 5 buah bilik tidur, ianya mampu memuatkan sehingga 15 orang tetamu. Pelbagai kemudahan disediakn termasuklah bilik berhawa dingin, ruang tamu yang selesa serta kemudahan menggosok baju dan lain-lain. Harga bermula dari RM600 sahaja untuk satu malam. 


Alamat: Pulau Perhentian Kecil. 22300 Kuala Besut, Terengganu 

Laman Web: Kelisa Homestay 


Mungkin anda cuma datang bercuti berdua saja bersama yang tersayang dan lebih menginginkan privacy? Boleh cuba untuk menginap di hotel Pulau Perhentian. Klik gambar di bawah untuk mendapatkan senarai hotel di Pulau Perhentian. 


Alang-alang bercuti di Pulau Perhentian tu, kalau ada lebih masa sikit mungkin anda nak berehat satu malam di mana-mana kawasan di Terengganu? Sedap jugak kalau dapat jalan-jalan ke tempat menarik di Terengganu sambil makan keropok lekor yang sedap! Jom lihat senarai penuh tempat penginapan di Terengganu! 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (1 VOTES)