5 Hotel Paling Best Berdekatan Zoo Negara Featured Image

5 Hotel Paling Best Berdekatan Zoo Negara

By [email protected] - Jan 11, 2019 (Last Updated Jan 14, 2019)

Nak tengok haiwan yang comel-comel, atau mahu luangkan masa untuk kenal haiwan yang pelbagai spesis dengan lebih dekat lagi seperti singa, harimau dan zirafah? Zoo Negara Malaysia lah destinasi yang terbaik untuk aktiviti-aktiviti ni!


Zoo Negara Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1963 dan merupakan zoo yang terkenal di antara zoo-zoo di seluruh dunia. Ianya menempatkan lebih 5000 jenis haiwan daripada spesis mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Zoo ini terbuka untuk semua terutamanya keluarga dan kanak-kanak yang bercuti dan mahu meluangkan masa bersama mengenal haiwan-haiwan di sini. Panda pun ada tau di Zoo Negara, mana tahu boleh tengok panda-panda dengan ragam-ragam comel mereka.



Tapi dekat mana pula nak tinggal kalau nak bawa anak-anak atau rakan-rakan untuk kita datang ke Zoo Negara nanti?


Di sini terdapat 5 hotel  paling best yang ada berdekatan Zoo Negara. 


Holiday Place Kuala Lumpur



Terletak di kawasan yang terdapat beberapa pusat membeli-belah yang moden dan restoran-restoran berserta tempat untuk berhibur, Holiday Place Kuala  Lumpur merupakan tempat yang sesuai untuk berehat setelah seharian bersiar-siar di Zoo Negara. Ianya merupakan hotel apartment 20-tingkat di Jalan Ampang dengan pilihan unit apartment seperti unit apartment Deluxe, unit apartment 1 bilik,  dan unit apartment 2 bilik.


Alamat:  00-03 Ground Floor, Vista Permai 225 Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur.

Harga: Daripada RM200 satu malam. 


Book Now


Nous Hotel KL


Nous Hotel KL merupakan hotel berkonsepkan Urban  di kawasan Bukit Bintang. Lokasi hotel berdekatan dengan tempat-tempat pelancongan utama seperti Menara Berkembar Petronas,  Menara Kuala Lumpur, Merdekat Square Malls dan Suria KLCC. Hotel ini juga dekat dengan stesen MRT/Monorel Bukit Bintang dan KL Sentral.


Alamat:  Lot 39, Jalan Tengkat Tong Sin, Off Jalan Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Harga: Daripada RM80 satu malam. 


Book Now



Hotel Elwarda KL City


Hotel Elwarda KL City terletak di Kuala Lumpur, dan berdekatan juga dengan Bukit Bintang,  Berjaya Times Square, Plaza Low Yat dan Sungei Wang Plaza. Ianya juga berdekatan dengan Stesen LRT Bukit Bintang dan Imbi.


Alamat:  42-3 h i, Wisma City Tower, Jalan Alor, 50200 Kuala Lumpur.

Harga: Daripada RM70  satu malam. 





Metro Hotel Bukit Bintang



Metrol Hotel Bukit Bintang terletak di tengah  Bandaraya Kuala Lumpur. Ianya lengkap dengan kemudahan yang selesa dan sistem keselamatan yang kukuh untuk keselesaan dan keselamatan setiap pelanggan. Hotel ini berdekatan dengan Stesen Monorel Imbi.

Alamat:  No. 208, Jalan Pudu - Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

Harga: Daripada RM165 satu malam. 





D'Garden Hotel Kuala Lumpur




D'Garden Hotel terletak dalam jarak 5 km dari Bandar Kuala Lumpur. Ianya memberikan ruang keselesaan jauh daripada kesibukan bandaraya. Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di sekeliling hotel ini adalah Hospital Pantai Chera, Hospital HSC Cheras Specialist, HUKM Cheras, Stadium Badminton Cheras dan Stadium Bola Sepak Cheras. Ianya berdekatan dengan Stesen LRT Maluri.


Alamat:  No. 45, Jalan Jejaka 5, Taman Maluri, Cheras, 55100 Kuala Lumppur.

Harga: Daripada RM88 satu malam. 






MYR 130.00 /night

Mahukan tawaran ekslusif? Dapatkan diskaun istimewa dengan menggunakan kod promosi!

Selain daripada 5 hotel di atas, terdapat banyak lagi hotel-hotel yang memberi servis terbaik . Klik pada gambar di bawah untuk anda lihat senarai penginapan berdekatan Zoo Negara termasuk hotel, resort dan homestay.  Anda boleh lihat senarai penginapan mengikut jenis hotel, resort atau homestay, harga mengikut bajet anda dan kemudahan-kemudahan yang anda ingini untuk percutian anda.




Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4 (2 VOTES)