Hotel Dekat Bukit Bintang Featured Image

Hotel Dekat Bukit Bintang

By [email protected] - Jan 07, 2019 (Last Updated Jan 14, 2019)

Bukit Bintang terletak di tengah-tengah bandar pesat Kuala Lumpur merupakan bandar yang paling happening sekali di Ibu Kota Malaysia ini. Bukit Bintang menawarkan hiburan malam seperti restoran-restoran ternama yang menyajikan masakan dari seluruh dunia, pusat membeli-belah dipenuhi kedai-kedai berjenama mewah, kelab malam dan hotel terkemuka. Namun, apa yang menariknya, anda boleh pergi ke tempat-tempat ini hanya dengan berjalan kaki sahaja dan sambil berjalan, anda akan terlupa erti penat dek kerana teruja melihat kedai-kedai menarik di sekitar Bukit Bintang.


Tapi satu tip dari kami ya, seperti di kota-kota sibuk di negara lain, anda perlu berhati-hati dengan barangan anda kerana khuatir akan penyeluk saku dan sindiket. Kami bukan nak menakutkan anda, malahan, apa kata jika anda simpan gadget anda dan terokai sendiri Bukit Bintang. Anda akan terkejut dengan apa yang anda berupaya untuk pelajari dan terokai. Tidak kira anda merupakan anak jati Kuala Lumpur atau tidak. 


Selesai membeli-belah di pusat membeli-belah terkemuka, anda boleh teruskan perjalanan anda ke pusat membeli-belah yang lain. Ini kerana di Bukit Bintang sahaja sudah terdapat lebih dari 5 pusat membeli-belah yang berdekatan dengan satu sama lain tau! Kalau anda penat dan ingin menghilangkan dahaga, singgah saja di mana-mana kafe yang unik di sekitar Bukit Bintang ini. Anda juga tidak perlu gusar kalau anda kelaparan kerana seperti kami katakan, Bukit Bintang ini mempunyai banyak restoran terkemuka, sebut sahaja masakan apa yang anda mengidam. Anda boleh cari di sini!


Dan tidak keterlaluan jika kami katakan satu malam di Bukit Bintang tidak mencukupi. Di bawah ini kami senaraikan hotel-hotel menarik dekat dengan Bukit Bintang. Jom lihat dan tempah!


Wolo Bukit Bintang



Hotel Wolo Bukit Bintang ini sungguh unik dan pastinya akan menarik perhatian sesiapa saja kerana bangunan hotel ini dipenuhi dengan gelas. Wolo Bukit Bintang terletak 9 minit dari Stesen Monorel Raja Chulan dan 2 kilometer dari Pasar Seni dan Menara Berkembar KLCC.


Lokasi:


Website: http://www.thewolo.com/


The Kuala Lumpur Journal


The Kuala Lumpur Journal bercirikan sentuhan moden yang terletak di kawasan hiburan Bukit Bintang. Ianya terletak 4 minit dari Stesen Monorel AirAsia-Bukit Bintang dan 3 kilometer dari Menara Berkembar Petronas KLCC. Anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk ber-selfie di dalam The Kuala Lumpur Journal ini kerana dari hiasannya kepada aturan dalam hotel ini sungguh Instagrammable! Paling penting sekali, jika anda menginap di The Kuala Lumpur Journal, jangan melepaskan peluang untuk melepak di The Swimming Club. Anda akan rasa seperti di Miami, US!


Lokasi:


Website: http://www.kljournalhotel.com/


Le Apple Boutique Hotel Bukit Bintang



Le Apple Boutique Hotel Bukit Bintang walaupun ianya merupakan hotel butik tapi ianya setanding hotel-hotel gah di sekitarnya. Le Apple Boutique Hotel ini terletak dalam 2 minit dari Pusat Membeli-Belah Fahrenheit 88 dan 13 minit dari KLCC. Hiasan biliknya yang berseni dilengkapi wifi, flat screen TV dan pemandangan indah Ibu Kota Kuala Lumpur.


Lokasi:


Website: https://www.facebook.com/LeAppleBoutiqueHotel/


MYR 130.00 /night



Verdant Hill Hotel Kuala Lumpur



Verdant Hill Hotel Kuala Lumpur terletak di Segitiga Emas dan bersebelahan pusat membeli-belah Bukit Bintang, adalah 2 kilometer dari Menara KLCC dan 4 kilometer dari Stesen Keretapi KL Sentral. Apa yang membezakan hotel ini dari hotel-hotel lain di sekitar Bukit Bintang adalah hotel ini menyediakan khidmat keretapi shuttle percuma. Tak rugi untuk menginap di sini.


Lokasi:


Website: http://www.verdanthillhotel.com/

Mercure Kuala Lumpur Shaw Parade



Mercure Kuala Lumpur Shaw Parade terletak 10 minit dari stesen monorel, 15 minit dari pusat hiburan di Bukit Bintang dan 4 kilometer dari Menara KL. Mercure Kuala Lumpur Shaw Parade juga merupakan sebahagian daripada pusat membeli-belah Shaw Parade. Antara kemudahan yang disediakan di hotel ini seperti sarapan pagi, gym, kolam renang dan tempat letak kereta.


Lokasi:


Website: https://www.accorhotels.com/gb/hotel-9279-mercure-kuala-lumpur-shaw-parade/index.shtml


Tidak puas dengan senarai hotel berdekatan Bukit Bintang Kuala Lumpur di atas? Jangan risau. Klik saja pada gambar di atas untuk melihat senarai penginapan lengkap di Kuala Lumpur!

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (2 VOTES)