Hotel Terbaik Berdekatan MiCoST Melaka Featured Image

Hotel Terbaik Berdekatan MiCoST Melaka

By Hani - May 14, 2019 (Last Updated May 29, 2019)

MiCoST atau nama penuhnya Melaka International College of Science and Technology merupakan sebuah kolej di Melaka yang dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Melaka di bawah YM Mediascience Sdn Bhd. MiCoST terletak di tingkat 6 bangunan Graha Maju, Jalan Hang Tuah, Melaka. Di sekeliling MiCoST ini mempunyai hotel-hotel yang menarik, apa kata kalau anda lihat senarai hotel terbaik berdekatan MiCoST Melaka.


MiCoST mula beroperasi sejak tahun 2009 dan menawarkan program Diploma Farmasi. Dan dari tahun 2011, MiCoST menambah lagi kos pembelajaran seperti Diploma in Human Resource Management, Diploma in Office Management, Diploma in Business Management, Diploma of Accountancy dan Diploma in Public Administration. Dan pada tahun 2014, MiCoST menubuhkan fakulti terbaru iaitu Fakulti IT dan Multimedia yang menawarkan kos Diploma in Game Design, Diploma in Graphic Design, Diploma in Interactive Media, Diploma in Digital Animation dan Diploma Sains Komputer.


Sekiranya anda perlu datang ke MiCoST untuk mendaftar anak anda, menghadiri majlis konvokesyen atau menghadiri kursus atas urusan kerja dan mencari tempat untuk menginap, jangan risau. Di bawah ni kami dah siap-siap senaraikan di bawah ni senarai hotel terbaik berdekatan MiCoST Melaka.


Riccarton Jonkerview Cottage Hotel

Fuh, kalau anda tengok sekali Riccarton Jonkerview Cottage Hotel Melaka ni dari luar macam bangunan lama sama di sekitar Jonker Walk, tapi bila anda dah masuk ke dalam, anda akan terkejut dengan hotel kapsul dan pod yang bercirikan futuristik. Setiap kapsul ini boleh memuatkan sehingga 2 orang sekaligus. Hotel ini terletak berhampiran dengan Jonker Street, dan jika anda memandu, anda tidak perlu khuatir akan ruang parkir kerana ianya juga telah tersedia. Di dalam setiap kapsul ini terdapat TV Android dan plak untuk anda caj gajet anda.


Alamat: No.3, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka.

Harga:  Bermula dari RM55 / malam


Tempah Sekarang Dari RM55!  



Link Boutique Hotel

Link Boutique Hotel merupakan sebuah bangunan hotel berwarna-warni. Anda pasti tidak akan terlepas mencarinya sekembalinya dari MiCoST Melaka. Hotel ini menawarkan 41 bilik tidur dengan pilihan Deluxe atau Suite. Dan kalau anda nak tahu, setiap bilik mempunyai tema yang diambil dari filem yang popular. Selain itu, kemudahan yang ditawarkan di hotel ini termasuk lah tab mandi dan padang golf (berjarak 3 km dari hotel ini). 


Alamat: 10, Jalan Gajah Berang, 75200 Melaka.

Harga:  Bermula dari RM138 / malam


Tempah Sekarang Dari RM138!  



Prima Hotel Melaka 

Prima Hotel Melaka bertaraf 3 bintang dan terletak di Kampung Jawa, mengambil masa kira-kira beberapa minit untuk tiba ke kawasan komersil di Melaka dan pusat membeli-belah ternama. Anda pasti akan berasa tenang dan damai ketika menginap di hotel ini, almaklumlah sebab hotel ini sesuai untuk diinap tidak kira untuk bercuti bersama keluarga atau untuk kerja.


Alamat: 364 & 365, Kawasan Bandar XIX (KB19), Jalan Kee Ann, Off Jalan Munshi Abdullah, 75100 Melaka.

Harga: Bermula dari RM80 / malam


Tempah Sekarang Dari RM80!  





MYR 190.00 /night

{{ promotion.Value }}% OFF! {{ promotion.CurrencyCode + " " + promotion.Value }} OFF!

MYR 250.00 /night

Jom lihat promosi yang berlangsung di LetsGoHoliday.my sekarang!


JW Boutique Hotel

JW Hotel Melaka dibina dan direka oleh 4 orang rakan untuk menyediakan penginapan yang selesa tapi masih mampu milik. Setiap bilik hotel dihiasi dengan hiasan di dinding dan mural indah bersesuaian dengan tarikan di Melaka. Hotel ini mempunyai 31 jenis bilik tidur. Lokasi hotel ini juga berhamporan dengan Pusat Membeli-belah Aeon, Tesco, The Shore dan Jonker Street.


Alamat: 1, Jalan Lagenda 3, Taman 1 Lagenda 3, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka.

Harga:  Bermula dari RM98 / malam


Tempah Sekarang Dari RM98!  



Hotel Orkid Melaka 

Hotel Orkid Melaka merupakan sebuah nama yang tidak asing lagi di Melaka. Menawarkan servis dan hospitaliti yang setanding dengan hotel-hotel terkemuka yang lain. Hotel ini terletak di tengah-tengah kota Melaka dan berhampiran dengan kawasan tarikan serta pusat komersil. Setiap bilik di hotel ini mempunyai penghawa dingin, TV, radio, telefon dengan panggilan IDD, pengering rambut, pembuat kopi dan teh serta mini bar. Anda juga tidak perlu risau membawa barangan mahal dan berharga kerana di setiap bilik mempunyai peti keselamatan dan kad elektronik. Hotel ini berhampiran dengan Melaka River Cruise, Jonker Street, The Shore, Baba Nyonya Heritage Museum, Stadhuys dan air pancut Queen Victoria.


Alamat: 138, Jalan Bendahara, 75100 Melaka.

Harga:  Bermula dari RM90 / malam


Tempah Sekarang Dari RM90!  


Banyak lagi penginapan yang menarik di Ayer Keroh yang boleh anda pilih. Klik saja pada gambar di bawah untuk melihat senarai penuh!


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4 (1 VOTES)