10 Hotel Terbaik Berdekatan A Famosa Bandar Hilir Featured Image

10 Hotel Terbaik Berdekatan A Famosa Bandar Hilir

By Hani - May 21, 2019 (Last Updated Jul 24, 2019)

Jika anda ingin datang bercuti ke Melaka, sudah tentunya anda sekeluarga ingin melawat tempat-tempat bersejarah di Melaka, kan? Antara monumen wajib yang menjadi identiti Melaka sudah pastinya Kota A'Famosa. Tapi, anda jangan terkeliru dengan Taman Tema A'Famosa pulak ye yang terletak di Alor Gajah. Alang-alang kita singkap mengenai A'Famosa, di bawah ini juga kami dah siap-siap senaraikan 10 hotel terbaik berdekatan A'Famosa Bandar Hilir.


Kota A'Famosa membawa maksud "yang termasyhur" dalam bahasa Portugis, telah dibina oleh, sudah pastinya, Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A'Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka, bersebelahan dengan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.


Tahukah anda, sebutan A'Famosa seringkali disalah sebut sebagai ei Famosa (seperti abjad A dalam Bahasa Inggeris). Sebutan yang lebih tepat adalah "ah" Famosa. Haa, kalau sekarang anda dah tahu cara yang betul untuk menyebutnya, anda boleh lah datang melawat ke sini ya sambil-sambil tu, jom lihat dan tempah 10 hotel terbaik berdekatan A'Famosa Bandar Hilir sekarang!


Riccarton Jonkerview Cottage Hotel

Riccarton Jonkerview Cottage Hotel adalah gabungan unik antara klasik dan moden - sebuah hotel yang dibina di rumah kedai lama di Jonker Street tetapi di dalamnya dihiasi dengan pod kapsul ala futuristik. Kapsul ini boleh memuatkan seramai 2 orang dan dilengkapi Android Smart TV di dalamnya selepas anda penat seharian ke A'Famosa, Stadhuys, Muzium Samudera dan berjalan-jalan di sekitar Jonker Street.


Alamat: No. 3, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka.

Harga: Bermula dari RM55 / malam


Tempah Sekarang Dari RM55!  



Quayside Hotel Malacca

Quayside Hotel merupakan sebuah hotel di persisiran Sungai Melaka yang bertaraf 3 bintang. Hotel ini menawarkan 4 jenis bilik yang terdiri daripada Superior, Premium, Suite dan Family Suite. Setiap bilik tidur dilengkapi dengan wifi percuma, Astro, barangan mandi, TV dan peti keselamatan. Hotel yang tersergam indah ini terletak berhampiran dengan tarikan pelancong di Banda Hilir seperti Muzium Samudera, A'Famosa, Stadhuys, Menara Taming Sari dan banyak lagi.


Alamat: No. 1, Jalan Merdeka, Banda Hilir, 75000 Melaka.

Harga: Bermula dari RM130 / malam


Tempah Sekarang Dari RM130!  



Fenix Inn Hotel

Dibina dari tahun 2006, Fenix Inn terletak di lokasi strategik iaitu di tengah-tengah pusat komersil bandar Melaka. Ia juga terletak bersebelahan dengan pusat membeli-belah terkenal di Melaka iaitu Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, dan Hatten Square. Selain itu, hotel ini juga berhampiran dengan tugu dan monumen bersejarah di Bandar Hilir seperti A'Famosa, St Paul's Hill dan bangunan Stadhuys. Hotel ini menawarkan 82 bilik untuk disewakan dengan kemudahan seperti wifi, pembuat kopi dan teh, pengering rambut, tuala, cerek, barangan mandi, sterika, dan TV.


Alamat: 156, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka, Malaysia.

Harga: Bermula dari RM108 / malam


Tempah Sekarang Dari RM108!  



MYR 98.00 /night

{{ promotion.Value }}% OFF! {{ promotion.CurrencyCode + " " + promotion.Value }} OFF!

MYR 70.00 /night

{{ promotion.Value }}% OFF! {{ promotion.CurrencyCode + " " + promotion.Value }} OFF!

MYR 120.00 /night

Tempah penginapan anda di LetsGoHoliday.my dan dapatkan diskaun hebat sekarang!

{{ promotion.Value }}% OFF! {{ promotion.CurrencyCode + " " + promotion.Value }} OFF!

MYR 175.00 /night

MYR 60.00 /night

MYR 162.00 /night

{{ promotion.Value }}% OFF! {{ promotion.CurrencyCode + " " + promotion.Value }} OFF!

MYR 95.00 /night


Hollitel Hotel Melaka

Hollitel Hotel terletak betul-betul di tengah Bandar Melaka. Hotel ini hanya terletak dalam 3 ke 5 minit untuk ke money changer, muzium, pusat membeli-belah dan bangunan-bangunan bersejarah di Bandar Hilir seperti A'Famosa, Muzium Samudera, Stadhuys dan lain-lain. Walaupun hotel ini dikategorikan di kalangan hotel bajet, namun kemudahan yang disediakan lengkap dan bersih, terasa seperti berada di rumah sendiri.


Alamat: G20K, Jln PM 5, Plaza Mahkota Bandar Hilir, 75000, Melaka.

Harga: Bermula dari RM55 / malam


Tempah Sekarang Dari RM55!  



De Mawardah Inn

De Mawardah Inn hanya 5 minit berjalan kaki dari A'Famosa dan 3 minit berjalan kaki dari pusat membeli-belah terkemuka Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan, hotel ini menawarkan bilik selesa dengan tandas persendirian. Hotel ini juga berada di lokasi strategok, berhampiran dengan kawasan tarikan pelancong di sekitar Bandar Hilir. Di dalam bilik, tersedia wifi percuma, TV, penghawa dingin, pengering rambut, cerek elektrik, almari dan ruang parkir.


Alamat: No. 3, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka.

Harga: Bermula dari RM60 / malam


Tempah Sekarang Dari RM60!  



Inginkan lebih banyak lagi pilihan penginapan di Melaka untuk percutian anda? Kami mempunyai senarai hotel dan homestay terbaik di seluruh Melaka yang boleh anda pilih. Klik saja pada gambar di bawah untuk mendapatkan pilihan yang menarik dan berbaloi. 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)