Hotel Bentong Featured Image

Hotel Bentong

By [email protected] - Apr 10, 2019 (Last Updated Feb 15, 2022)

Jika anda semua merancang hendak ke negeri Pahang, anda wajib datang ke daerah Bentong! Ini kerana Bentong mempunyai suasana yang aman dan damai, jauh dari keadaan hiruk pikuk di bandar.


Selain suasana yang menyenangkan, terdapat banyak tempat menarik di Bentong yang anda boleh lawati. Antaranya ialah Air Terjun Chemang, Colmar Tropicale Berjaya Hills, Japanese Village, Suria Hot Spring, Rabbit Farm dan banyak lagi.


Berikut adalah senarai hotel di Bentong untuk pilihan anda.


eRYAbySURIA Janda Baik

eRYAbySURIA Janda Baik Gallery Photos

eRYAbySURIA yang terletak di Janda Baik, Bentong, Pahang merupakan tempat penginapan eksklusif yang pasti akan menawan hati para peminat alam semulajadi. Lokasinya sangat strategik dan terkenal dengan keindahan alam. Resort ini dikelilingi dengan bukit-bukit yang indah serta pemandangan hijau yang segar.


Lokasi: Lot 8567, Kampung Janda Baik 28700 , Mukim Bentong, Pahang

Harga Dari: RM240 / malam


Tempah Sekarang!


Tras Mutiara Hotel Bentong

Tras Mutiara Hotel Bentong terletak di pusat komersil Mutiara Gemilang di sepanjang jalan dari Bentong ke Raub. Hotel ini menawarkan 44 bilik tetamu, 1 bilik persidangan dan 1 bilik mesyuarat. Di sekitar kawasan hotel terdapat pelbagai kemudahan harian untuk pelawat seperti kedai makanan, pusat dobi 24 jam dan kedai serbaneka.


Lokasi: P. 22, Jalan MG2, Pusat Perniagaan Mutiara Gemilang, 28700 Bentong, Pahang

Laman web: Tras Mutiara


MYR 130.00 /night

Inginkan penjimatan hebat untuk percutian anda? Klik sini!

EV World Hotel Bentong

EV World Hotel adalah pilihan yang terbaik bagi tetamu yang mahukan penjimatan dalam percutian. Semua bilik di EV World Hotel ini dilengkapi dengan penyaman udara, televisyen, bilik mandi, TV kabel dan WiFi. Manakala kelengkapan untuk mendandan diri, keperluan minuman, alat pengering rambut dan seterika boleh didapati di kaunter.


Lokasi: NO 107-108, Jalan Loke Yew, 28700 Bentong, Pahang

Laman web: EV World Hotel


Cherengin Hills Convention & Spa Resort

cherengin

Di Cherengin Hills Convention & Spa Resort ini terdapat 136 bilik yang direka dan dihias secara kontemporari. Resort ini juga menyediakan tetamu dengan TV LCD, kemudahan membuat kopi dan teh serta kemudahan pengering rambut!


Lokasi: Lot 5540 & 5936, 28750 Janda Baik, Bentong, Pahang 

Laman web: Cherengin Hills


Bentong sememangnya daerah yang menarik untuk diterokai! 


Bukan sahaja Bentong, kami mempunyai banyak lagi pilihan penginapan sekitar Pahang yang anda boleh cuba.


Klik pada imej di bawah untuk melihat senarai penuh penginapan terbaik Pahang yang kami tawarkan! 


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)