Homestay Bukit Tinggi Featured Image

Homestay Bukit Tinggi

By [email protected] - Apr 09, 2019 (Last Updated Apr 11, 2019)

Bukit Tinggi merupakan sebuah pekan kecil dalam daerah Bentong, Pahang yang terletak cuma bersebelahan dengan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak. Cuma lebih kurang 55 minit sahaja dari Kuala Lumpur, Bukit Tinggi menerima banyak pengunjung dari negeri tersebut dan tidak kurang juga dari Genting Highlands.


Sejak dulu lagi Bukit Tinggi telah menjadi destinasi popular oleh pengunjung kerana iklimnya yang lebih sejuk dari biasa dan juga kerana di situ terletaknya Colmar Tropicale, sebuah pekan kecil yang dibina berinspirasikan budaya Perancis. 


Terdapat banyak aktiviti yang dapat dilakukan oleh pengunjung di Colmar Tropicale termasuklah menyaksikan persembahan pelbagai jenis tarian yang disediakan pada masa yang berbeza-beza setiap hari. 


Jika anda tidak mahu menginap, anda masih juga boleh melawat Colmar Tropicale untuk menikmati pemandangan, menjamu selera serta bergambar di lokasi menarik di sana. 


Tiket masuk ke Colmar Tropicale adalah cuma RM15 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. 


Disebabkan penginapan di Bukit Tinggi tidak lah murah sangat, jadi kami sarankan anda supaya menginap di homestay yang berdekatan. Di sini kami senaraikan homestay berdekatan Bukit Tinggi yang boleh anda tempah jika anda bercadang ingin bercuti ke sana. 


Maison Mura @ Selesa Hillhomes


Terletak di puncak Bukit Tinggi, Selesa Hillhomes menawarkan penginapan selesa dengan harga yang berpatutan untuk anda seisi keluarga. Apartment ini dilengkapi dengan balkoni dan juga dapur beserta kelengkapan lengkap jika anda terasa ingin memasak. 

Sesuai untuk weekend getaway, anda bukan saja akan menikmati udara sejuk tetapi juga anda akan disajikan dengan pemandangan gunung yang menakjubkan!

Lokasi: Selesa Hillhomes Golf and Resort, Jalan Bukit Tinggi, Bentong, Pahang
Bilangan Tetamu: 6
Harga Dari: RM300 / malam



Kanopi Villa

Kanopi Villa adalah penginapan  bersaiz 8 ekar terletak di kaki Genting Highlands. Jauh dari kesibukan bandar tapi cuma lebih kurang 45 minit sahaja dari Kuala Lumpur, pengunjung boleh mencuba glamping di sini. 

Sementara berada di sini, pengunjung juga boleh melawat Colmar Tropicale dan tempat menarik lain di Bukit Tinggi kerana ianya cuma memakan masa lebih kuran 30 minit sahaja. 

Lokasi: Lot 25929, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Bilangan Tetamu: 6
Harga Dari: RM100 / malam




The Acres



The Acres berjarak antara 30 ke 40 minit dari Kuala Lumpur dan berjarak hanya 5 minit pemanduan dari bandar Bukit Tinggi. Manakala lokasi ikonik seperti Genting Highlands dan Berjaya Hills berada dalam jarak 30 minit. Sedikit info, The Acres Resort secara objektif dicipta untuk percutian eksklusif bagi penginap menikmati alam semula jadi.

Lokasi: Lot 28431 Kampung Bukit Tinggi 28750 Bentong Pahang
Laman webThe Acres


Nikmati percutian yang berbaloi dengan menggunakan promosi kami di sini.


Homestay Villa Indah Bukit Tinggi

No photo description available.


Homestay Villa Indah Bukit Tinggi Pahang adalah sebuah apartmen yang bagus dan selesa untuk disewa. Hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, homestay ini  terletak di lereng Bukit Tinggi. Untuk keselesaan pelanggan, unit ini dilengkapi dengan pengawal keselamatan.


Lokasi: Bukit Tinggi, Bentong, Pahang 



Jika anda mahukan lebih dari senarai homestay di Bukit Tinggi, boleh klik gambar di atas untuk senarai penuh penginapan terbaik di negeri Pahang.

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.8 (10 VOTES)