Hotel Bajet di Cameron Highland Featured Image

Hotel Bajet di Cameron Highland

By [email protected] - Oct 16, 2018 (Last Updated Apr 17, 2019)

Setiap orang mempunyai pilihan yang berbeza semasa melancong ke sesuatu tempat. Ada sesetengah orang sanggup bayar harga yang tinggi untuk tempat penginapan yang selesa dan ada pula yang sanggup tinggal di tempat yang tidak begitu selesa demi menjimat kos penginapan untuk digunakan untuk aktiviti lain.


Walau bagaimanapun, setiap orang yang melancong pasti hendak sesuatu tempat penginapan yang selesa serta pada harga yang berpatutan jadi di sini adalah senarai hotel bajet di Cameron Highlands yang bukan saja murah tetapi tidak mengabaikan keselesaan para tetamu.


Lihat juga: Senarai Penuh Homestay di Cameron Highlands


Madani Hotel Cameron Highlands (Tanah Rata)


Madani Hotel Cameron Highlands yang terletak di Tanah Rata merupakan sebuah hotel Muslim jadi para tetamu beragama Islam tidak perlu risau untuk mencari tempat penginapan yang sesuai. Selain itu, hotel ini juga adalah dekat dengan pelbagai tempat tarikan pelancong seperti Ladang Teh Boh Sungai Palas, Taman Rama Rama, Cactus Valley, Al-Mashoor Strawberry Farm dan sebagainya. Bukan sahaja murah tetapi juga terletak di lokasi yang strategik.


Alamat   : 15, Marigold Square, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang

Harga     : Dari RM 90

Untuk maklumat lanjut tentang hotel ini, klik di bawah


Tempah dari RM 90!


Madani Hotel Cameron Highlands (Brinchang) 



Yang kedua merupakan cawangan lain Madani Hotel yang terletak di Brinchang yang juga hotel Muslim. Yang lainnya dengan cawangan pertama itu adalah dari segi harga dan lokasinya. Cawangan Brinchang adalah lebih mahal sedikit berbanding dengan cawangan Tanah Rata. Antara tempat yang dikunjungi ramai pelancong yang dekat adalah Kebun Lavender, Kea Farm, pasar malam Brinchang, Muzium Time Tunnel dan Rose Centre.


Alamat   : 16, Jalan Besar Brinchang, 39100 Brinchang, Cameron Highlands, Pahang

Harga      : RM 130

Untuk maklumat lanjut tentang hotel ini, klik di bawah




MYR 135.00 /night




Heritage Hotel Cameron Highlands 


Heritage Hotel Cameron Highlands merupakan sebuah hotel butik bertemakan seni bina zaman pertengahan England di atas bukit Tanah Rata dan mempunyai sebanyak 238 buah bilik. Setelah seharian menerokai Cameron highlands, hotel ini dijamin dapat memberi para tetamu pengalaman penginapan yang selesa pada harga yang berpatutan. Untuk maklumat lanjut tentang hotel ini, sila mengunjungi laman web rasmi mereka.


Alamat           : Jalan Gereja, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang

Harga             : Dari RM 188

Laman Web  : Heritage Hotel Cameron Highlands


Hotel Casa Dela Rosa Cameron Highlands


Hotel Casa Dela Rosa yang terletak di Tanah Rata mempunyai sebanyak 30 buah bilik termasuk 4 pent suites. Setiap bilik pent suite mempunyai seni bina yang unik dan tersendiri malah mempunyai ruang yang luas serta selesa untuk merasai kemewahan pada harga yang berpatutan. Untuk maklumat lanjut tentang hotel ini, sila mengunjungi laman web rasmi mereka.


Alamat           : Jalan Circular, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang 

Harga             : Dari RM 204

Laman Web  : Hotel Case Dela Rosa Cameron highlands


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4 (5 VOTES)