Hotel Alor Gajah Featured Image

Hotel Alor Gajah

By [email protected] - Feb 25, 2019 (Last Updated Feb 26, 2019)

Kalau anda pergi bercuti ke Melaka, sudah tentu anda akan singgah di Bandar Melaka, Banda Hilir kan? Tapi, kalau anda nak tahu, Alor Gajah, Melaka ni tidak kurang hebatnya tau. Terdapat pelbagai tarikan menarik di Alor Gajah yang sesuai untuk dilawati sama ada anda datang berseorangan, berpasangan atau dengan keluarga. Jom lihat keindahan Alor Gajah dan bermalam di Hotel Alor Gajah yang kami senaraikan di bawah ini.


Tempat pertama yang anda perlu singgah ketika melawat Alor Gajah adalah Muzium Istiadat yang terletak di Dataran Alor Gajah, Melaka bersebelahan dengan Tugu Keris Majlis Perbandaran Alor Gajah, kira-kira 25 km dari Bandar Melaka. Identiti utama muzium ini adalah senibina tradisional Rumah Melayu. Fokus utama muzium ini merangkumi sejarah awal Daerah Alor Gajah termasuk gambar tokoh-tokoh daerah dan adat istiadat perkahwinan yang diberi penekanan kepada Melayu Serantau. Bahan pameran termasuk pelamin, alat perhiasan diri, dan peralatan adat istiadat.


Seterusnya, anda jangan lepaskan peluang untuk melawat makam seorang tokoh sejarah ternama iaitu Dol Said. Dol Said merupakan Penghulu Naning kesembilan dan juga wira sewaktu berlakunya Perang Naning. Banyak sejarah yang anda boleh pelajari ketika melawat ke sini. Selain itu, anda boleh melawat Kubur British yang terletak bersebelahan kantin Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1, Melaka. Mangsa-mangsa peperangan Naning kali kedua telah disemadikan di dalam kubur ini termasuk George Holford Walker beserta kuda dan anjingnya.


Kalau anda dah penat menjelajah di tempat-tempat tarikan di Alor Gajah, singgah ke Kolam Air Panas Gadek dan rendamkan badan anda di dalam air panas. Kolam Air Panas ini dilengkapi dengan kemudahan seperti restoran, bilik mandi, bilik persalinan dan tandas. Bila badan dan kembali segar, jom kita sambung berjalan. Tapi, kali ini kita pergi membeli-belah ke Freeport A'Famosa Outlet Village. Pusat membeli-belah ini baru saja dibuka pada penghujung tahun 2015 dan anda akan berasa teruja ketika datang ke sini kerana seni binanya seperti di kota Belanda. 


Dah penat dari berjalan-jalan seharian, apa kata kalau kita singgah bermalam di Hotel Alor Gajah. Di bawah ini kami dah senaraikan siap-siap untuk anda, jadi anda tak perlu bersusah-payah nak cari hotel dan tempat tarikan. Jom lihat senarai hotel Alor Gajah di bawah ini sekarang.



Dapatkan penjimatan hebat ketika menempah dengan kami sekarang.



Kalau anda tak puas dengan senarai hotel Alor Gajah di atas, anda boleh tekan terus pada gambar ini untuk mendapatkan senarai Homestay Melaka. Di bawah ini, kami dah siap-siap senaraikan artikel yang berkenaan berkaitan dengan trip anda ke Melaka.


12 Villa A'Famosa Beserta Kolam Renang Persendirian


A Famosa Resort ini merupakan gabungan tempat percutian dan bisnes - kerana A Famosa Resort menawarkan padang golf yang digunakan untuk Kejohanan Golf di Peringkat dalam Negara dan di arena Antarabangsa, World Animal Safari, Taman Tema Air berkonsepkan tempat-tempat menarik di satu dunia, Hotel dan Resort dan juga Villa di A Famosa yang dilengkapi dengan kolam renang persendirian untuk setiap villa.

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (1 VOTES)