25 Homestay Terbaik Alor Gajah Featured Image

25 Homestay Terbaik Alor Gajah

By [email protected] - Feb 25, 2019 (Last Updated Feb 26, 2019)

Selalunya bila anda pergi bercuti di Melaka, anda pasti akan berkunjung terus ke Bandar Melaka, Banda Hilir kan? Apa kata kalau kali ni anda ke Melaka, anda singgah ke Alor Gajah pula. Alor Gajah ni ada banyak tarikannya tersendiri tau. Jom kita lihat tarikan di Alor Gajah dan menginap di 25 Homestay Terbaik Alor Gajah.


Menurut mitos, nama Alor Gajah ini berasal dari tabiat sekumpulan gajah liar yang kononnya diketuai oleh seekor gajah putih yang sering dilihat berjalan secara berkumpulan melalui sebatang alur sungai pada masa silam. Oleh sebab itu, penduduk tempatan menamakan tempat ini Alor Gajah. Antara tarikan yang anda perlu melawati ketika anda datang ke Alor Gajah adalah Muzium Adat Istiadat, Makam Dol Said, Kubur British, Dataran Keris, Rumah Tradisional Melaka, Masjid Lama Datuk Machap, Rumah Api Tanjung Tuan, Kota Belanda, Fort Supai dan banyak lagi. 


Tidak cukup dengan itu, kalau anda lapar, anda boleh singgah menjamu selera di kedai-kedai makan ternama di Alor Gajah yang lazat seperti Kuih Udang Alor Gajah, Restoran Ikan Bakar Kuala Sungai Baru, Ikan Bakar Pengkalan Balak, Machap Walk, Mushroom Pau Machap Baru dan Industri Air Long Chan, iaitu air buah bergas dalam botol kaca yang legend tau. Kalau anda ada duit lebih untuk nak dibelanjakan, anda boleh singgah membeli-belah di Freeport A'Famosa atau kalau anda sukakan barang kraftangan tempatan, anda boleh singgah membeli cenderamata di Gerai Kraftangan SImpang Ampat.


Untuk anda atau anak-anak yang sukakan aktiviti air, anda boleh singgah di A'Famosa Resort dan berendam sepuas-puasnya di taman tema ini. Kalau anda nak jaga kesihatan pun boleh dengan berendam badan di kolam-kolam air panas sekitar Alor Gajah seperti Kolam Air Panas Gadek atau Kolam Air Panas Cherana Putih. 


Macam mana, macam-macam tarikan dan aktiviti yang anda boleh lakukan di Alor Gajah ni kan? Dan kalau anda datang dalam bilangan yang ramai, anda boleh menempah 25 homestay terbaik Alor Gajah yang kami dah senaraikan siap-siap di bawah ni. Jom lihat dan tempah!



Dapatkan diskaun hebat bila anda menempah dengan kami sekarang!



Jika anda tak puas dengan senarai 25 homestay terbaik Alor Gajah kami di atas, anda boleh lihat senarai homestay Melaka dengan menekan pada gambar di atas.

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.29 (21 VOTES)