7 Homestay Terbaik Shah Alam Seksyen 7 Featured Image

7 Homestay Terbaik Shah Alam Seksyen 7

By Norizan - Mar 27, 2019 (Last Updated Jan 29, 2020)

Ada 3 sebab mengapa anda mencari penginapan di Seksyen 7 Shah Alam. 


Pertama,  kerana anak-anak anda ingin mengunjungi pelbagai tarikan di i-City,  mandi-manda di water park, membeli belah di mall Central i-City yang baharu sahaja di buka minggu lepas serta menikmati suasana malam di taman yang disinari lampu digital yang berwarna-warni.


Kedua, kerana anak anda konvo di UITM/Unisel dan anda ingin mencari tempat penginapan yang berhampiran agar mudah ke majlis konvo dan anda boleh sampai awal untuk mengelakkan kesesakan dan kelewatan.


Ketiga, apa lagi, tentulah nak cari baju raya di syurga busana yang memenuhi sebahagian besar pusat komersil Seksyen 7, kan?


Walau apapun alasan anda, Seksyen 7 Shah Alam sememangnya menawarkan pelbagai tarikan untuk semua lapisan masyarakat.  Yang menarik lagi semua tarikan yang ada terletak berhampiran antara satu sama lain dan anda hanya perlu menyediakan tenaga yang cukup untuk berjalan dari satu butik ke butik yang lain sambil mengangkut beg yang nampaknya semakin bertambah jumlahnya di tangan anda.


leighton meester shopping GIF

Sumber: GIPHY


Sabarlah ya. Selain, butik-butik yang hebat, Seksyen 7 juga menawarkan pelbagai pilihan makanan halal dengan harga yang sangat berpatutan. Jadi dengan pelbagai agenda yang boleh anda capai di sini, anda hanya perlu mencari penginapan yang sesuai agar anda boleh berehat seketika dan meluruskan urat-urat kaki yang tegang setelah seharian menjelajah Sekyen 7. 


Di sini kami senaraikan 7 homestay terbaik di sekitar Seksyen 7 untuk penginapan anda nanti. 


Sentuari Homestay @ Pusat Komersial Seksyen 7



Apartment yang cukup selesa ini terletak di pusat komersil Seksyen 7 berhampiran dengan UITM, i-City dan pelbagai jenis butik, kedai makan dan pelbagai jenis perkhidmatan. Restoran Mc Donalds, KFC dan Pizza Hut hanya beberapa langkah dari sini dan ia juga tidak jauh dari bazar makanan yang menyajikan pelbagai jenis makanan terkini rebutan anak-anak muda zaman ini dengan harga yang sangat berpatutan. 


Apartment ini mempunyai 3 bilik yang dilengkapi dengan air-cond, air panas,  WIFI dan juga dapur yang dilengkapi dengan peralatan memasak. Oleh itu, sekiranya anda terlalu penat untuk keluar, anda bolehlah memasak makanan anda sendiri dan kemudian berehat di ruang tamu yang  ber air-cond sambil menonton rancangan kegemaran anda, macam di rumah sendiri !


Alamat: X1-10-A, Tingkat 1, Block K, Jalan Plumbum X 7/X, Seksyen 7, Shah Alam

Bilangan Tetamu: 6

Harga:  Bermula MYR185 / malam 


Tempah Sekarang Dari RM185!  


MyHomestay



Apartment ini paling hampir dengan UITM & Unisel, jadi kalau anda ke Seksyen 7 untuk menghadiri majlis konvokesyen/ menghantar anak masuk universiti inilah pilihan yang paling tepat kerana anda tak perlu mengharungi kesesakan lalu lintas untuk ke universiti. 


Ketiga-tiga biliknya dilengkapi aircond, dan apartment ini juga mempunyai  dapur yang lengkap, mesin basuh, mikrowave dan ruang balkoni. Yang penting, apartment ini ada lift  jadi tak susahlah untuk  anda mengangkut beg anak anda yang berat tu (atau beg anda sendiri lepas membeli belah tadi !)


Alamat: M2-9-152, Persiaran Institut, Apartment Baiduri, Seksyen 7, Shah Alam

Bilangan Tetamu: 6

Harga:  Bermula MYR150 / malam 


Tempah Sekarang Dari RM150!  


Al Hawi Apartment Guesthouse



Apartment ini  terletak di pusat komersil Seksyen 7 dan berdekatan dengan Giant,  i-City, UITM, Unisel dan Pusat Tekstil Jakel. 


Terdapat 3 bilik tidur dengan Aircond dan 2 bilik air serta dapur yang lengkap dengan peralatan memasak.  Sangat mudah untuk mendapatkan barang keperluan di tingkat bawah dan kedai-kedai lain yang berhampiran. 


Alamat: Y1/5A, Jalan Plumbum Y/7Y, Pusat Komersial Seksyen 7,  Shah Alam

Bilangan Tetamu: 10

Harga:  Bermula MYR250 / malam 


Tempah Sekarang Dari RM250!  


Al Hawi Holiday Home



Sekiranya anda datang bersama ahli keluarga yang ramai, ini adalah pilihan yang sesuai.  Rumah ini mempunyai 4 bilik tidur yang luas dan 3 bilik air serta ruang parkir yang cukup untuk 3 buah kereta. 


Di samping itu, terdapat juga kemudahan WIFI dan TV unifi.  Anda juga boleh meminta tuan rumah untuk menyediakan perkhidmatan kenderaan, sewa kereta, sarapan dan dobi. 


Alamat: 41, Jalan Kristal 7/72, Seksyen 7, Shah Alam

Bilangan Tetamu: 15

Harga:  Bermula MYR299 / malam 


Tempah Sekarang Dari RM299!  


I-City Serviced Apartment@Nor Ilman Homestay


Kondominium ini terletak dalam i-City jadi sekiranya anda bercuti di sana ini adalah pilihan yang sesuai kerana anda tak perlu kenderaan untuk pergi ke taman-taman tema i-City seperti Snow Walk, Water world, City of Digital Lights dan sebagainya.


Kondominium ini mempunyai 2 bilik tidur dan 1 bilik air dan lengkap dengan WIFI, aircond di bilik dan ruang tamu, dapur serta ruang parkir.  Para tetamu juga dapat menikmati semua kemudahan awam di kondominium ini termasuklah kolam renang, Gym, perpustakaan dan taman permainan. 


Alamat: Liberty Towers, Central Walk i-City, Persiaran Multimedia, Seksyen 7, Shah Alam 

Bilangan Tetamu: 5

Harga:  Bermula MYR250 / malam 


Tempah Sekarang Dari RM299!  


Klik sini untuk dapatkan kod promo untuk percutian anda

Wadi Iman Guesthouse@I-City


Studio apartment ini  terletak dalam taman tema i-City dan terletak di tingkat 7.  Terdapat 2 katil bersaiz Queen beserta dapur yang lengkap. 


Pada waktu malam anda boleh berehat di ruang balkoni yang menawarkan pemandangan indah dan berwarna-warni taman i-City yang disinari lampu-lampu digital. 


Alamat: B-07-02, I-City, Persiaran Multimedia, Seksyen 7,  Shah Alam

Bilangan Tetamu: 4

Harga:  Bermula MYR200 / malam 


Tempah Sekarang Dari RM200!  


Trenz Place @ I-City Shah Alam

Trenz Place ini berada dalam dalam I-City dan berkonsepkan studio apartment. Selain penginapan, ia juga sesuai untuk mengadakan keraian kecil seperti majlis hari jadi atau perjumpaan kasual bersama kawan-kawan. Hiasannya bersifat moden dan sangat selesa. 

Ruang parkir juga disediakan, dalam dan luar bangunan.  Jadi mudah untuk anda mengajak kawan-kawan untuk turut sama menginap di sini. Istimewanya tempat ini, harga adalah kekal pada RM250 semalam, samada hujung minggu, cuti awam atau hari biasa. 

Alamat: B-08-15, I-SOVO, Persiaran Multimedia, Section 7,  Shah Alam

Bilangan Tetamu: 6

Harga:  Bermula MYR250 / malam


Tempah Sekarang Dari RM250!  


Dah tengok senarai di atas tapi masih belum jumpa penginapan yang berkenan di hati? Jangan risau, kami mempunyai banyak lagi senarai penginapan di Selangor yang anda boleh tempah. 


Klik saja pada imej di bawah untuk mengetahui lebih lanjut. 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.89 (9 VOTES)