21 Homestay Berdekatan Danga Bay Johor Featured Image

21 Homestay Berdekatan Danga Bay Johor

By Hani - Mar 26, 2019 (Last Updated Sep 23, 2020)

Jika anda berkesempatan untuk ke Johor Bahru, jangan lupa singgah ke Danga Bay Johor. Danga Bay Johor merupakan sebuah tarikan terkini di Johor yang mengetengahkan konsep glamor dan mewah. Ia merangkumi kawasan membeli-belah, restoran dan pusat rekreasi terbesar di Johor Bahru yang sesuai untuk semua golongan dan lapisan masyarakat.


Tidak cukup dengan itu, Danga Bay Johor juga menawarkan homestay yang cantik dan bersih dengan harga yang berpatutan.


Di Danga Bay Johor ini juga terdapat sebuah taman tema khas untuk kanak-kanak dan pusat membeli-belah yang diberi nama Danga City Mall. Sekiranya anda datang dengan keluarga, Danga Bay memang tempat yang sesuai untuk anak-anak anda dan isteri anda. Si anak boleh bermain di taman tema manakala para isteri boleh berbelanja sakan di pusat membeli-belah di sini. Anak dan isteri gembira, suami pun senang hati bukan?




Selain dari taman tema dan pusat membeli-belah, Danga Bay Johor menawarkan makanan laut yang segar dan enak seperti kerang, ikan bakar, sotong goreng tepung dan banyak lagi. Untuk makanan laut, anda sekurang-kurangnya perlu menyediakan bajet sebanyak RM40 seorang. Namun, kalau anda nak merasakan makanan seperti nasi goreng, bihun, mee goreng dan sebagainya, anda boleh mengunjungi kafe Danga Beach Club. 


Badan pun dah penat dari bermain di taman tema seharian, berjalan di sekitar pusat membeli-belah dan menjamu makanan laut yang segar dan lazat, sudah pastinya anda tercari-cari homestay berdekatan Danga Bay Johor yang bersih dan cantik dengan harga yang berpatutan kan?


Anda tak perlu gusar dan pening kepala nak mencari homestay yang terbaik sebab di bawah ini kami dah senaraikan 21 homestay berdekatan Danga Bay Johor yang sesuai untuk anda dan keluarga! 


1B Khadeejah Homestay Country Garden Danga Bay


Khadeejah Homestay Country Danga Bay terletak di Apartment Country Garden di Danga Bay, Johor Bahru. Homestay ini menawarkan 2 bilik tidur dan 1 tandas, kolam renang, taman permainan dan yang seronok sekali, homestay ini memperlihatkan kolam renang. Rumah bersih, lengkap dan pemandangan pun best, sudah tentu anda dan keluarga anda puas hati.


Alamat: 1B-04-08, Amberside, Country Garden, Jalan Bertingkat Skudai, 80200 Johor Bahru, Johor.

Bilangan Tetamu: 6

Harga:  Bermula MYR210 / malam


Tempah Sekarang Dari RM210!  



Manzil Homestay 


Hanya 5 minit dari Danga Bay, Manzil Homestay menawarkan homestay 4 bilik dan 3 tandas yang selesa untuk didiami 10 orang. Dengan 3 bilik berhawa dingin dan 1 bilik dengan kipas, homestay ini lengkap dengan perabot dan barangan elektrik seperti mesin basuh, TV, peti ais, dan perkakas asas memasak. Selain dari Danga Bay, Manzil Homestay juga berhampiran dengan Legoland, Aeon, dan Tesco.


Alamat: 39, Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri, 81200 Johor Bahru, Johor.

Bilangan Tetamu: 10

Harga:  Bermula MYR250 / malam


Tempah Sekarang Dari RM250!  



Rumah JOHO Homestay


Jika anda nak merasai keselesaan seperti di rumah sendiri, anda boleh menempah Rumah JOHO Homestay. Sesuai untuk didiami 10 orang tetamu dalam satu masa, homestay ini mempunyai 4 bilik, 4 tandas, dan kesemua bilik tidur ini dilengkapi dengan penghawa dingin. Homestay ini juga berhampiran dengan Danga Bay, Legoland, IKEA, Aeon, Tesco, Kilang Bateri dan banyak lagi.


Alamat: No. 18, Jalan Uda Utama 7/3, Bandar Uda Utama, 81200 Johor Bahru, Johor.

Bilangan Tetamu: 10

Harga:  Bermula MYR350 / malam


Tempah Sekarang Dari RM350!  


Dapatkan harga diskaun ketika anda menempah homestay dengan kami sekarang!


[D'Ing~5] Danga Royal View


Homestay ini adalah apartment dengan lokasi yang strategik; di tengah-tengah kota Johor Bahru. Homestay ini menawarkan 2 bilik tidur dan 2 tandas, sangat sesuai untuk anda yang datang bersama 4 orang. Apartment di homestay ini juga mempunyai kolam renang dan gimnasium. Berhampiran dengan Danga Bay dan tarikan di sekitar Johor Bahru, [D'Ing~5] Danga Royal View ini menawarkan keselesaan dan kepuasan dengan harga berpatutan.


Alamat: 29-12, Jalan Danga 1/1, Bora Residence, 80200 Johor Bahru, Johor.

Bilangan Tetamu: 4

Harga:  Bermula MYR199 / malam


Tempah Sekarang Dari RM199!  



City Living With Panoramic BayViews @ Danga Bay


City Living With Panoramic BayViews @ Danga Bay juga menawarkan keselesaan yang sama seperti homestay di atas; sebuah studio apartment dihiasi lengkap dengan kemudahan asas dan perabot berkualiti. Homestay ini terletak di dalam Tropez Residences Condominium, di mana kondo gah ini menawarkan kemudahan yang anda boleh gunakan seperti gelanggang bola keranjang, kolam renang Infinity Pool, BBQ, tempat permainan kanak-kanak, jacuzzi, sauna, gimnasium, gelanggang squasy dan banyak lagi.


Alamat: Tropez Resindence, Persiaran Danga Perdana, Danga Bay, 81200 Johor Bahru, Johor.

Bilangan Tetamu: 2

Harga:  Bermula MYR180 / malam


Tempah Sekarang Dari RM180!  


Holi 1Medini - Penthouse 4 Bedroom Apartment


Kalau anda mengimpikan untuk tinggal di dalam penthouse, ini adalah masanya! Holi 1Medini - Penthouse 4 Bedroom Apartment merupakan penthouse apartment yang lengkap dengan 4 bilik tidur dan 3 tandas, air cond, mesin basuh dan water heater, sesuai untuk anda yang datang dengan 9 orang tetamu.


Alamat: 1Medini Residence Medini, Jalan Legoland, 79150 Nusajaya, Johor.

Bilangan Tetamu: 9

Harga:  Bermula MYR600 / malam


Tempah Sekarang Dari RM600!  


Dah sampai hujung list tapi masih tercari-cari homestay idaman anda? 


Jangan risau, kami mempunyai banyak lagi pilihan penginapan di Johor Bahru yang boleh anda pilih.  Klik saja pada imej di bawah. 



Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)