60 Homestay Termurah di Cameron Highlands Featured Image

60 Homestay Termurah di Cameron Highlands

By Farisya - Nov 14, 2018 (Last Updated Nov 11, 2022)

Jika anda sedang mencari tempat untuk bercuti bersama keluarga dan yang tersayang, pastinya anda akan mempertimbangkan tempat yang cantik untuk bergambar, tempat menarik yang boleh dilawati, aktiviti yang boleh dilakukan, serta keadaan cuaca di tempat tersebut. Jangan risau, tak perlu susah-payah fikir sampai ke Korea. Di Malaysia pon ada! Kat mana? Mestilah Cameron Highland, yang merupakan sebuah daerah yang terletak di Negeri Pahang. 


Banyak tempat menarik yang boleh anda lawati jika datang ke Cameron Highland. Antaranya ialah Taman Agroteknologi MARDI, Taman rama-rama, Latar Iskandar dan banyak lagi! Tambahan pula, jika anda merupakan seseorang yang suka bergambar, tak kira lah sama ada anda yang nak bergambar atau anda suka capture pemandangan yang cantik, Cameron Highland banyak tempat cantik yang anda boleh berikan perhatian lebih untuk bergambar sebagai contoh, Ladang Teh BOH dan Kebun Lavender. 


Jika anda suka membeli belah dan ingin membeli buah tangan untuk di bawa pulang bersama, Pasar Malam Cameron Highlands perlu menjadi salah satu tempat wajib yang perlu anda singgah. Antara barangan yang boleh didapati adalah jambu jeruk pink hijau, jagung mutiara, barangan cenderahati dan banyak lagi. 


Tidak lengkap satu percutian itu tanpa penginapan yang selesa dan memadai dengan harga yang dibayar. Murah tak semestinya buruk, dan mahal tak semestinya menjanjikan yang terbaik. Kadang, kita perlu selidik terlebih dahulu. Ye lah, nak pergi melancong akan memakan belanja yang banyak dan pasti nya kita inginkan pengalaman yang terbaik sepanjang percutian. Di sini, kami senaraikan 60 homestay murah Cameron Highlands yang menjamin keselesaan tetamu, kebersihan dan berbaloi dengan harga. 


MYR 135.00 /night

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.07 (61 VOTES)