11 Tempat Menarik di Cameron Highland Featured Image

11 Tempat Menarik di Cameron Highland

By Farisya - Oct 22, 2018 (Last Updated Nov 09, 2022)
Mahu bercuti ke Cameron Highland tapi tidak tahu ke mana tempat wajib yang harus dikunjungi? Kami kongsikan bersama anda 11 tempat menarik di Cameron Highland yang wajib dikunjungi!

Cameron Highland merupakan kawasan tanah tinggi yang sering menjadi pilihan pengunjung untuk meluangkan masa bersama keluarga. Geografi yang berbeza dari bandar-bandar lain di Malaysia, menjadikan ia salah satu tempat percutian menarik. Suhu sejuk di kawasan ini juga mendorong faktor unik pusat peranginan ini. 
Jika anda memilih untuk bermalam disini, jangan risau! Terdapat pelbagai hotel dan resort yang cantik dan murah untuk ditempah. Semuanya menyajikan pengalaman percutian indah untuk anda sekeluarga.

Pastikan kunjungan anda nanti tidak terlepas tempat menarik yang disenaraikan ini, mari baca 11 tempat menarik yang kami telah sediakan untuk anda:

1. Ladang Teh BOH Sungai Palas



Ladang teh BOH Sungai Palas merupakan salah satu ladang teh terbesar di Asia Tenggara, ia juga menjadi antara pengeluar terbesar Teh BOH di Asia. Ladang ini terkenal sebagai salah satu tempat yang wajib dikunjungi dan disebabkan itu tempat ini sentiasa dipenuhi dengan pengunjung.

Selain menikmati pemandangan yang cantik, disini juga pengunjung berpeluang melawat kilang pemprosesan Teh Boh dan membeli pelbagai produk keluaran Teh Boh di Tea Shop Centre. Disini juga terdapat sebuah cafe dan pengunjung boleh menikmati minuman teh segar dan makanan seperti kek atau muffin sambil menikmati keindahan ladang.

Waktu Operasi : Setiap hari kecuali Isnin (8.30am – 4.30pm)
Lokasi : BOH Sungai Palas Tea Centre, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang.
Telefon : 05-4962096

2. Cameron Valley Tea House


Mempunyai dua lokasi berbeza di Cameron Highland, ladang ini adalah yang kedua terbesar disini. Cameron Valley Tea House KT terletak di sepanjang jalan utama di Kuala Terla manakala Cameron Valley Tea House terletak di Tanah Rata.

Disini juga terdapat “tea house” yang mempunyai dek pemerhatian dari atas bumbung yang menghadap ke bukit – bukit dan ladang teh yang seluas mata memandang!  Bagi peminat teh, menu yang menarik di sini adalah Teh Tarik Float. Minuman ini hanya terdapat di café ini sahaja. Anda mesti cuba!

Waktu Operasi : Jumaat – Ahad (8.00am – 7.00pm) / Isnin – Khamis (8.30am – 6.00pm)
Lokasi 1: Cameron Valley Tea House 1& 2. 34.5 Mile Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata, Pahang
Telefon : +605-4911133

Lokasi 2: Cameron Valley Tea House KT. 49th mile kuala terla, cameron highlands, cameron highlands, 39000 Tanah Rata, Pahang
Telefon : +605-4911133

3. Pasar Malam Cameron Highland



Untuk anda peminat pasar malam, jangan lepaskan peluang untuk mencuci mata di Pasar Malam Brinchang. Pasar malam ini adalah yang paling popular di Cameron Highland. Mulai awal tahun 2017, lokasinya telah bertukar ke lokasi baru di Jalan Golden Hill.

Antara barangan yang anda harus beli disini seperti Jagung Manis “Mutiara”, produk berasaskan strawberry, sayur-sayuran segar dan juga produk madu lebah.

Terdapat banyak apartment, hotel dan homestay yang berdekatan dengan pasar ini. Jika anda memilih untuk tinggal berdekatan, pastinya sangat menyeronokkan kerana anda ada lebih banyak masa dapat diluangkan disini!

Waktu Operasi : Jumaat & Sabtu (6.00pm – 12.00am
Lokasi : Jalan Golden Hill, Brinchang, Cameron Highland.

4. Taman Agroteknologi MARDI


Taman Agroteknologi MARDI ini wajib dikunjungi kerana ia mempunyai banyak informasi dan sangat mesra pengunjung. Jika anda peminat sejarah, taman ini sebenarnya telah dibuka oleh penjajah Inggeris sejak tahun 1925. Taman-taman ini digunakan sebagai taman penyelidikan seperti bunga dan teh. Disini juga pengunjung berpeluang melihat pokok teh terawal yang ditanam di Malaya!

Tarikan utama lain disini adalah taman bunga. Terdapat pelbagai jenis bunga warna-warni dari bermacam spesis yang terdapat di sini. Sempurna untuk anda yang suka tangkap gambar dan “OOTD”!

Waktu Operasi : Setiap hari kecuali Isnin (8.00am – 5.00pm)
Lokasi : Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
Telefon : +6010-8449624
Bayaran Masuk :  Dewasa RM5, Pelajar RM2.00

5. Kebun Strawberi


Tidak lengkap kunjungan anda ke Cameron Highland jika tidak ke ladang strawberry. Terdapat banyak kebun "strawberry" yang berada di Cameron Highland. Antara salah satu ladang strawberry yang popular adalah YZ Agro Farm & Cafe.

Kebun strawberi kepunyaan orang Melayu ini terletak di Kampung Taman Sedia, Tanah Rata. Ladang ini dibuka setiap hari kecuali pada hari Selasa, bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang. Jadi anda ada cukup masa untuk lawat sepuasnya!

Waktu Operasi : Isnin - Ahad kecuali Selasa (8.30am - 6.00pm)
Lokasi : No.22, Kampung Taman Sedia, Cameron Highland, Pahang Darul Makmur.
Telefon : +6013 - 5081534

6. Kebun Pokok Bunga Lavender



Untuk penggemar bunga, inilah tempatnya! Kebun Pokok Bunga Lavender ini terletak di Tringkap, Cameron Highland. Taman ini mempunyai pelbagai spesis bunga selain bunga lavender. Di taman ini juga terdapat pokok buah strawberry juga. 

Jika anda berkunjung pada musim lavender berbunga, anda pasti terpesona dengan barisan bunga-bunga ungu yang menghiasi taman ini.

Jom lawat taman yang cantik ini!

Waktu Operasi :  Isnin – Khamis (9.00am – 6.00pm) / Jumaat – Ahad (9.00am – 7.00pm)
Lokasi : 59, Brinchang, 39000 Tanah Rata, Pahang, Malaysia
Bayaran masuk : Dewasa RM10/ Kanak-kanak RM7

7. Taman Rama-Rama



Taman rama-rama ini adalah antara tarikan tertua di Cameron Highland. Taman ini sangat sesuai dikunjungi bersama anak-anak atau teman tersayang. 

Memang tidak dinafikan taman rama-rama adalah salah satu destinasi romantik. Bagi kanak-kanak pula, mereka boleh mempelajari ilmu alam dan binatang cantik ini dengan lebih dekat. 

Mari bersama-sama ke taman ini, pasti menarik!

Waktu Operasi : Isnin – Jumaat (9.00am – 6.00pm)/ Sabtu & Ahad (9.00am – 7.00pm)
Lokasi : Batu 43 Kea Farm, Cameron Highland, 39100, Pahang
Telefon : +6012-5295568
Bayaran Masuk : Dewasa RM7, Kanak-kanak RM4 

8. Pasar Kea Farm



Pasar Kea Farm terletak lebih kurang 3km dari Brinchang, dan 3km dari Tringkap. Pasar ini adalah seperti mini Cameron. Pelbagai makanan ada dijual disini antaranya ialah jagung bakar, bunga, sayur-sayuran dan macam-macam lagi.

Jika anda tidak sempat membeli apa-apa sepanjang anda di Cameron, anda wajib singgah pasar ini! Terdapat banyak strawberi, teh dan cenderamata yang boleh anda dapati di sini. 

Pastikan anda singgah ke pasar ini sebelum pulang!

Waktu Operasi : Setiap hari (8.00am – 6.00pm)
Lokasi : 39100, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang

9. Puncak Gunung Brinchang & Mossy Forest



Bagi yang meminati aktiviti "hiking", anda harus melawat Mossy Forest Gunung Brinchang di Cameron Highland. Puncak Gunung Brinchang ini merupakan "peak" tertinggi di Cameron Higland dengan ketinggian kira-kira 2000 meter dari paras laut. Ia juga sangat terkenal dikalangan pendaki gunung kerana keindahan “mossy forest” yang cantik dan unik.

Untuk ke sini anda boleh menaiki kereta atau menyewa kenderaan pancuan empat roda 4x4. Pemandangan paling indah sudah pasti ketika "sunrise". 

Ayuh kita hiking di Brinchang!


10. Lata Iskandar



Lata Iskandar adalah air terjun yang boleh dilihat dari Jalan Tapah, Perak menuju ke Cameron Highland. Bagi mereka yang meminati "waterfall" dan hutan lipur, ia sangat sesuai untuk dilawati. Keindahan air terjun yang berpunca dari pergunungan ini sangat cantik dan penuh dengan keindahan flora dan fauna!

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan disini antaranya ialah berkelah, bersiar-siar, berenang dan “jungle tracking”. Disini juga anda boleh membeli akar-akar kayu seperti tongkat ali, kacip Fatimah dan pelbagai jenis lagi dijual oleh penduduk tempatan.

Pastinya air terjun ini sangat sesuai dilawati oleh seisi keluarga!


11. Air Terjun Robinson



Air Terjun Robinson merupakan satu daripada tiga air terjun popular di Cameron Highland. Ia dinamakan sebagai penghargaan kepada H.C Robinson, pengarah negeri yang telah ditugaskan untk membangunkan tempat ini. 

Untuk ke air terjun ini, anda perlu berjalan masuk ke hutan dahulu. Perjalanan kaki mengambil masa selama 10 – 15 minit ini memang bagus untuk pencinta alam dan mereka yang sukakan aktiviti "jungle trekking"!

Kesemua diatas adalah 11 tempat menarik di Cameron Highland yang wajib dilawati semasa kunjungan anda ke sana. Selamat bercuti!

Rate this post

4 (5 VOTES)