3 Ladang Strawberry Yang Popular Di Cameron Highland Featured Image

3 Ladang Strawberry Yang Popular Di Cameron Highland

By Badriah - Oct 23, 2018 (Last Updated Nov 11, 2022)

Cameron Highland merupakan sebuah tempat peranginan menarik yang mempunyai banyak hotel dan resort yang cantik dengan harga yang berpatutan. Faktor tanah tinggi bersuhu sejuk di kawasan ini menyebabkan pusat pelancongan ini juga terkenal dengan tanaman buah “Strawberry” yang fresh. 

Tidak sah kunjungan anda ke Cameron Highland jika tidak berkunjung ke ladang strawberi yang terdapat disini dan berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman memetik buah Strawberry. 

Kami kongsingkan antara 3 ladang strawberry yang popular di pusat pelancongan ini yang harus anda kunjungi!


 YZ Agro Farm & Cafe



YZ agro Farm & Cafe merupakan salah satu ladang strawberry yang popular di Cameron Highland. Terdapat homestay berdekatan untuk pengunjung yang ingin bermalam disini iaitu Desa Anthurium yang terletak hanya 5 minit dari Kampung Taman Sedia.

Antara makanan dan minuman berasaskan strawberry yang harus anda cuba adalah Nasi Lemak, Scones, Muffin, Tart, Ice Blended, Strawberry Coklat, Strawberry bersama krim dan banyak lagi.

Di café ini juga ada menjual produk berasaskan strawberry seperti Jem, Kordial, aiskrim dan strawberry kering untuk anda bawa pulang.

Waktu Operasi: Isnin - Ahad kecuali Selasa (8.30am - 6.00pm)
Lokasi : No.22, Kampung Taman Sedia, Cameron Highland, Pahang Darul Makmur.
Telefon : +6013 - 5081534


KHM Strawberries & Jam



Jika anda ingin merasai pengalaman memetik buah Strawberry terus dari ladang, disinilah tempatnya! KHM Strawberries And Jam menyediakan café berkonsepkan dalam ladang strawberry ini membenarkan pengunjung memetik sendiri buah strawberry dengan bayaran masuk secara percuma! Menarik bukan?
 
Cafe yang disediakan menyajikan makanan yang berasaskan daripada buah strawberry dengan harga yang berpatutan. Antara menu “signature” disini adalah Scones and Tea, Homemade Strawberry Ice Cream dan Strawberry Chocolate Dip. Semua menu strawberry adalah fresh  terus dari ladang mereka!

Waktu Operasi : Setiap hari (8.30am - 6.00pm)
Lokasi : No. 9, Kampung Taman Sedia, Cameron Highland, Pahang Darul Makmur.
Telefon : +605 - 4911836


Taman Agro Al-Mashoor


Anda mahu membeli buah strawberry untuk dibawa pulang? Disinilah tempatnya! Buah strawberry yang ada di ladang ini kebanyakannya bersaiz besar. Buah strawberry disini dijual dengan harga bermula dari RM15 - RM35 sekilogram mengikut gred yang berbeza. Jadi anda ada banyak pilihan untuk memilih buah kegemaran anda ini untuk dibawa pulang dalam keadaan yang segar!

Di Taman Agro Al-Mashoor ini juga sangat popular dengan makanan pencuci mulut yang harus anda cuba. Antaranya ialah waffle strawberry dan ais krim. Memang sedap!


Waktu Operasi : Setiap hari kecuali Isnin (8.30am - 5.30pm)

Lokasi : No. 20, Kampung Taman Sedia, Cameron Highland, Pahang Darul Makmur.

Telefon : +605 - 4914204


MYR 135.00 /night

Rate this post

4.38 (68 VOTES)