7 Homestay Terbaik Butterworth Penang Featured Image

7 Homestay Terbaik Butterworth Penang

By Farisya - Nov 16, 2018 (Last Updated Oct 02, 2019)

Tahukah anda terdapat daerah Seberang Perai di Pulau Pinang yang meletakkan tempat menarik seperti Butterworth? Butterworth terletak kira-kira 3 km dari Geogetown, melintasi Selat Pulau Pinang. Asal nama Butterworth ini sempena William John Butterworth, merupakan seorang Gabenor Negeri-Negeri Selat pada pertengahan abad ke-19. 


Sedikit sebanyak mengenai Butterworth, tempat ini pernah menjadi perindustrian besar-besaran pada abad ke-20. Pada masa itu, Rapid Ferry merupakan pengangkutan utama dari Butterworth ke Georgetown. Di samping itu juga, stesen keretapi Butterworth yang terletak bersebelahan dengan terminal feri di bandar itu merupakan stesen keretapi utama Malaya. 


Anda mungkin pernah mendengar atau melihat mural yang dihiasi di dinding bangunan tepi jalan kawasan Georgetown. Begitu juga Butterworth, terdapat dinding mural di sekitar bandar tersebut. Ia menjadikan salah satu daya tarikan yang terdapat di Butterworth. Selain itu, ia juga terkenal kerana mempunyai kuil ikonik dari pelbagai agama. Pelancongan bukan satu-satunya alasan untuk datang ke Butterworth, Ramai juga yang datang untuk urusan perniagaan.


Jadi, untuk memudahkan perancangan anda, kami senarikan Homestay Butterworth jika anda lebih sukakan penginapan yang lebih berkonsepkan seperti rumah sendiri. 



Seperti yang telah disebut tadi, Butterworth terkenal dengan lukisan mural di dinding bangunan sekitarnya. Oleh itu, terdapat satu tempat yang dikenali sebagai Butterworth Art Walk yang boleh diakses melalui Lodge 18 Hotel yang terletak di Lorong Bagan Luar 1. Hasil karya kreatif oleh pakar seni dan artis tempatan dengan kerjasama Think City apstinya akan menambat hati anda. 


Lukisan mural yang terdapat di dinding bangunan pastinya mempunyai makna-makna tertentu. Kebanyakannya menggambarkan sejarah dan ciri keunikan yang ada di Butterworth dan Pulau Pinang. Butterworth Art Walk ini sesuai dijadikan tempat persinggahan bagi anda yang suka bergambar!


Seperti yang diketahui umum dengan keunikan Pulau Pinang adalah kerana kepelbagaian dan keenakan makanannya terutama sekali Laksa, Pasembor dan Nasi Kandar. Selain itu, terdapat satu tempat makan yang popular di Butterworth, Char Kuey Tiew - Telur Ayam Di Basuh. Nampak macam agak pelik tagline nya, tetapi ini adalah salah satu restoran yang tidak asing lagi di Butterworth dan semestinya anda tingan ingin melepaskan peluang untuk menikmatinya. 


Selain dari Butterworth, bagi memastikan percutian anda berbaloi, terdapat banyak tempat menarik yang ada di Pulau Pinang untuk anda kunjungi. Pastikan anda tidak terlepas walau satu pon tempat menarik di sana. Jika anda sedang mencari spesifik homestay di sekitar Pulau Pinang, boleh lihat artikel di bawah. 


11 Homestay Muslim di Penang

Bagi menjamin keselesaan penghuni, terdapat beberapa pengusaha homestay yang mengusahakan penginapan khusus untuk tetamu Muslim sahaja. Jika anda mencari homestay Muslim di Penang, artikel ini boleh membantu untuk mencari homestay yang sesuai dengan kehendak anda. 


Penang Homestay 10 Pax

Rancang perjalan anda dengan yang tersayang dan pilih dari homestay yang disenaraikan di sini, boleh memuatkan sehingga 10 orang tetamu! 


Homestay Murah Bawah RM200 Penang

Jangan risau dengan bajet penginapan yang ada. Rancang juga bajet anda dan jika anda memilih untuk menginap di homestay yang lebih murah supaya dapat membelanjakan wang untuk perkara-perkara lain, jadi senarai homestay murah ini sesuai untuk anda pertimbangkan. Walaupun murah, homestay ini tetap menjamin keselesaan untuk tetamu.


Pastikan anda merancang percutian anda dengan sebaiknya bagi mendapatkan memori percutian yang terindah. 

Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.64 (14 VOTES)