19 Senarai Homestay di Penang Georgetown Featured Image

19 Senarai Homestay di Penang Georgetown

By Farisya - Nov 15, 2018 (Last Updated Jan 23, 2020)

Selain dikenali sebagai tempat peninggalan sejarah, Pulau Pinang juga dikenali sebagai pusat pelancongan yang terkenal di Malaysia dalam kalangan masyarakat tempatan mahupun warga luar. Pulau Pinang merupakan negeri yang lengkap dengan daya tarikannya yang tersendiri dan pastinya tidak akan mengecewakan kunjungan anda. 


Tahukah anda bahawa ibu negeri Pulau Pinang adalah Georgetown? Selain dari Melaka, Georgetwon juga diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO kerana terdapat pelbagai bangunan dan tapak bersejarah seperti Padang Kota Lama, Masjid Kapitan Keling dan Little India. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya menjaga dan memajukan tempat bersejarah ini supaya ianya tidak menjadi sesuatu yang sia-sia dilakukan pada zaman nenek moyang terdahulu.


Georgetown salah satu pusat bandar di Pulau Pinang yang meriah dengan bangunan kolonial berwarna-warni, artistik dan dijaga dengan baik, yang kini dibaik pulih menjadi kedai-kedai unik, kafe dan hotel butik. Seperti Padang Kota Lama, terdapat bangunan-bangunan yang cantik dan dipengaruhi senibina British, menjadikan tempat ini sebagai salah satu daya tarikan yang ada di Georgetown. Boleh dikatakan sebagai tempat wajib bagi pengunjung untuk memenuhi bergambar!


Bagi anda yang bercadang untuk bercuti di Pulau Pinang dan masih mencari penginapan, kami mencadangkan supaya anda memilih untuk menginap di Georgetown! Kami senaraikan Homestay Penang Georgetown bagi memudahkan pencarian anda. 



Terdapat banyak tempat menarik yang ada di Pulau Pinang untuk anda kunjungi. Pastikan anda tidak terlepas walau satu pon tempat menarik di sana. Selain tempat menarik yang boleh dilawati, uniknya Pulau Pinang adalah kerana kepelbagaian dan keenakan makanannya terutama sekali Laksa, Pasembor dan Nasi Kandar. Tiba-tiba rasa teringin bukan? 


Jangan kecewakan perut anda yang kelaparan bila dengar tentang makanan yang sedap. Janagan tunggu lagi, cepat rancang percutian anda ke Pulau Pinang! Apa yang perlu anda lakukan? Selain dari menempah pengangkutan yang bersesuaian, seperti flight, bas atau menaiki kenderaan sendiri, anda juga perlu menempah penginapan yang bersesuaian. Jangan ambil mudah mengenai penginapan, lambat-lambat takut kena tidur dalam kereta pula!


Untuk memudahkan perancangan anda, di sini juga kami senaraikan pelbagai jenis homestay yang boleh anda dapati di Pulau Pinang. Jika anda datang dalam jumlah yang besar bersama keluarga atau rakan-rakan, kami ada homestay banglo yang ingin disarankan. Atau jika anda lebih lebih memilih untuk homestay yang mempunyai kolam renang, kami juga ada senaraik homestay Penang ada kolam renang. 


Pastikan anda sudah bersedia dengan tarikh check-in dan check-out  bagi memudahkan perancangan anda. Percutian yang dirancang adalah semestinya lebih baik kerana semestinya anda mengharapkan perjalanan yang teratur. 


Penang Homestay Bungalow

Anda akan melancong ke Pulau Pinang dalam jumlah yang besar? Senarai Homestay Banglo di Penang ini sesuai untuk anda jadikan pilihan penginapan kerana terdapat homestay yang mampu menampung sehingga 20 orang tetamu. Besar kan? 


11 Homestay Muslim di Penang 

Adakah anda masih tercari-cari penginapan khusus untuk tetamu Muslim yang terbaik, selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan di Pulau Pinang? Bagi menjamin keselesaan dan pengalaman yang terbaik untuk anda, kami senaraikan 11 homestay Muslim di Penang yang boleh anda pertimbangkan!


Villa with Private Pool Penang

Percutian akan menjadi lebih menarik sekiranya penginapan dilengkapi dengan kolam renang? Ya, pastinya ia akan menjadi percutian yang sempurna bersama yang tersayang. Tidak perlu susah-payah mencari, kami senaraikan 5 homestay ada kolam renang di Penang. 

Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.14 (22 VOTES)