Homestay Raub Featured Image

Homestay Raub

By [email protected] - Apr 08, 2019 (Last Updated Apr 11, 2019)

Daerah Raub adalah antara salah sebuah bandar tertua yang terletak di barat Pahang dan antara dua banjaran, Banjaran Titiwangsa, dan Banjaran Gunung Benom. Bandar ini terletak 110 km dari Kuala Lumpur dan 265 km dari ibu kota Pahang, Kuantan. Daerah Raub terdiri dari 7 mukim, iaitu Batu Talam, Sega, Semantang Ulu, Dong, Ulu Dong, Gali dan Tras.


Semasa anda berada di daerah Raub, terdapat begitu banyak aktiviti yang menarik untuk dinikmati. Raub Lake Park adalah tempat yang sangat popular. Ia terletak 2 km dari bandar Raub. Orang ramai boleh berkelah, berjoging, memancing atau bersantai, menyewa bot dan bersiar-siar di sekitar kawasan tasik.


Tumpuan keluarga dan tempat berkelah lain adalah di Air Terjun Lata Lembik kira-kira 42 km dari bandar Raub. Terdapat juga Lata Jarum Rapid yang lebih dekat iaitu kira-kira 30 km dari bandar Raub. Untuk pengalaman yang berbeza, Pusat Rekreasi Sungai Pasu terletak kira-kira 13 km dari bandar Raub yang menawarkan pelbagai pilihan homestay. Untuk persekitaran yang lebih aman dan tenang, anda boleh menuju ke Bukit Fraser yang hanya 19 km dari bandar Raub.


Selain itu, pusat Rekreasi Tasik Ria Kundang Puah juga ada dan terletak 21 km dari bandar Raub. Ia adalah bekas lombong timah yang bertukar menjadi sebuah tasik. Bagi pengunjung yang gemar mengembara, Jeram Besu Rapid adalah salah satu daripada tempat berkayak yang terbaik di Malaysia.


Sangat banyak aktiviti menarik yang boleh anda buat di Raub, Pahang! Sekarang, jom lihat senarai homestay di Raub, Pahang bagi memudahkan anda untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik semasa di sana.


Grandview Vip Home Raub

Grandview Vip Home Raub Gallery Photos


Grandview Vip Home Raub ialah sebuah guest house yang berada di tengah-tengah bandar  Raub. Homestay ini menyediakan Wi-Fi percuma di semua bilik, meja penyambut tetamu 24 jam juga tempat letak kereta ada untuk kesenangan tetamu.


Lokasi: Lot 7822, Mukim Gali, Off Sungai Klau, 27630 Raub, Pahang

Bilangan Tetamu: 4

Bilangan Bilik: 9


Tempah Sekarang dari RM550!



Eight Acres Homestay

Sebuah resort yang direka dan dibina oleh D Jungle Resorts. Di sini anda boleh mengasingkan diri dari suasana sibuk di bandar. Eight Acres Resort membolehkan ada alami ketenangan di dunia sendiri serta berpeluang melihat keindahan ciptaan Tuhan.


Lokasi: Lot 7822, Mukim Gali, Off Sungai Klau, 27630 Raub, Pahang


MUTIARA Damai Homestay

<p><a href="http://1malaysiahomestay.com/files/MUTIARA%20Damai%20Homestay%20Raub%207C0111/photos/14f35468-fd17-48d5-850d-f1038414ca56-1.jpg" title="Download Original" download="">Download Original</a></p>


Terdapat 4 bilik tidur dengan 3 daripadanya berhawa dingin. Ia datang bersama dengan 3 bilik air. Selain itu, terdapat ruang tempat letak kereta di dalam kawasan berpagar untuk 4 buah kereta. Jarak homestay ke Pusat Bandar Raub adalah sejauh 5 minit dan mengambil masa 10 minit untuk ke UiTM Raub.


Lokasi: 68 Lorong 3 Taman Mutiara 1 Jalan Cheroh Sungai Lui 27600 Raub Pahang

Nikmati percutian yang berbaloi dengan menggunakan promosi kami di sini

Bayu Bukit Homestay Raub


Sebuah kediaman yang nyaman dan sejuk berada di lokasi atas bukit. Untuk makluman, ia adalah sebuah rumah baru yang bersih, selesa dan luas. Sesuai untuk penginapan bagi rombongan pertunangan, perkahwinan mahupun percutian keluarga. Pastinya penginapan alternatif yang sangat berbaloi dan selesa jika dibandingkan dengan hotel.

Lokasi: Lorong Sempam Baru 10 Jalan Cheroh 27600, Raub Pahang


Homestay Raub Murah

Image may contain: people sitting, table and indoor


Antara homestay termurah di Raub, Pahang, ia menjadi pilihan bagi pelanggan yang bercuti dalam keluarga yang besar dan inginkan penjimatan lebih semasa melancong. Sesuai untuk seluruh masyarakat, harga 1 bilik aircond bersama bilik air ialah RM90 / malam. Manakala bagi 1 bilik kipas bersama bilik air ialah RM70 / malam.


Lokasi: No.72 Taman Amalina Perdana Jalan Cheroh 27600 Raub, Pahang



Jika anda mahukan lebih dari senarai homestay di Raub, boleh klik gambar di atas untuk senarai penuh penginapan terbaik di negeri Pahang.

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4 (5 VOTES)