Homestay Terbaik di Bintulu Featured Image

Homestay Terbaik di Bintulu

By [email protected] - Feb 04, 2019 (Last Updated Feb 18, 2019)

Hai-hai anda semua! Apa khabar dengan rekod bucket list anda? Mesti sudah banyak negeri dan negara yang anda sudah jelajah, kan? Dari Greenland yang serba sejuk dan langit malamnya disinari Aurora Borealis hinggalah ke puncak Gunung Kinabalu yang merupakan puncak gunung tertinggi di Malaysia. Ha, celah mana lagi yang anda masih tak jelajah lagi?



Kuching, anda dah sampai. Tapi, satu tempat ni, Bintulu, anda sudah lawat ke? Kalau sudah, tahniah! Anda memang seorang explorer sejati. Kalau belum, haa, inilah masanya untuk anda rancang lawatan anda ke Bintulu! Tapi, apa je yang ada di Bintulu ni? Okay, mari kita lihat serba sedikit info tentang Bintulu.


Bandar Bintulu

Image result for bintulu city

 

Bandar Bintulu terletak jauh dari Kuching. Ianya sudah semakin hampir ke arah Miri, dan ianya lebih ke atas dari pada Sarikei, Sibu dan Mukah. Bandar ini memang sebuah bandar pantai dan menghadap ke Laut China Selatan. Asalnya, ianya merupakan sebuah perkampungan nelayan. Tetapi kini ia lebih dikenali sebagai bandar perindustrian dengan adanya penemuan petroleum dan gas.


Dari segi populasi penduduk pula, kebanyakan penduduk di Bintulu adalah orang Iban, Cina, Melanau, Melayu, Bidayuh dan etnik-etnik lain. Jadi, anda boleh expect untuk melawat rumah -rumah panjang dan merasa pelbagai juadah makanan tempatan yang pelbagai bila kita lihat kayanya etnik budaya penduduk di sini. Untuk datang ke Bintulu, cara utama jika anda datang dari Semenanjung adalah dengan menaiki kapal terbang terus ke Bintulu atau ke Kuching. 


Okay, itu dia pengenalan pendek tentang Bandar Bintulu. Sekarang, kita terus ke aktivti-aktivtii menarik yang mesti anda cuba di Bintulu!


Uma Belor Leo Dian (Rumah Panjang)


Uma Belor Leo Dian merupakan rumah panjang Kayan dan salah satu daripada struktur rumah panjang yang paling lama bertahan di Sarawak. ianya terdiri daripada 7 blok rumah dan didiami oleh 101 keluarga dengan ahli seramai 700 orang.


Pengunjung boleh datang ke sini untuk mengalami sendiri cara hidup orang Kayan di Sarawak. Anda boleh belajar membuat kraftangan dengan manik yang berwarna-warni, ukiran kayu dan topi berwarna yang dipanggil Hong. Anda juga boleh menyertai tarian tradisional yang dipanggil 'Datun Julut' yang dimainkan dengan alunan sape, selingut dan Gan Tawek( gong).


Taman Negara Similajau


Taman Negara Similajau terletak hanya 45 km dari Bintulu. Ianya merupakan sebuah kawasan pantai berpasir putih dan pantai berbatu yang menghadap Laut China Selatan. Pengunjung juga boleh melalui trek hutan hujan tropika di dalam taman negara ini.


Di sini terdapat lebih daripada 185 spesis burung seperti burung kenyalang dan 24 spesies mamalia. Antara aktiviti menarik yang boleh anda cuba disini ialah cruise malam di sepanjang Sungai Likau dan melihat ikan lumba-lumba dengan menaiki cruise ke Batu Mandi.


Taman Tumbina BIntulu

Image result for taman tumbina bintulu

Taman Tumbina Bintulu telah dibuka pada tahun 1991 untuk menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna semulajadi Borneo untuk tatapan pengunjung dengan lebih dekat. Terdapat Taman Bunga Kerta, Taman Herba, koleksi orkid asal Sarawak dan Alam Kelebar, sebuah taman khusus untuk rama-rama. Anda juga berpeluang memberikan makanan kepada burung unta.


Pasar Tamu Bintulu

Image result for pasar tamu bintulu

Pasar Tamu Bintulu menempatkan pelbagai hasil-hasil tanaman  hutan dan makanan tempatan Bintulu. Jika anda masih belum mencuba makanan-makanan tempatan, anda patut cuba ulat sago yang tak semua orang berani untuk cuba.


Kalau anda ingin belikan sesuatu untuk keluarga dan jiran-jiran, anda boleh beli belacan, cincalok dan ikan masin. Dan anda jangan lupa untuk merasa asam paya, milin dan durian hutan di pasar ini tau!


Itulah antara tempat-tempat menarik di Bintulu. Jika anda bercadang untuk menginap di homestay bersama keluarga anda, Scroll ke bawah untuk pilihan homestay Terbaik di Bintulu.

Dapatkan tempahan homestay dan hotel dengan harga lebih murah menggunakan kod promosi kami!

Mahukan lebih banyak pilihan tempat penginapan di Bintulu? Klik pada gambar di bawah untuk hotel dan homestay terbaik di Bintulu.


Ingin tahu tentang destinasi lain di Sarawak seperti Kuching? Di sini kami sertakan beberapa artikel tentang homestay dan hotel yang menarik di Kuching untuk bacaan anda.


5 Star Hotels in Kuching


Kuching merupakan antara destinasi percutian utama di Sarawak. Terkenal dengan masyarakat dari pelbagai budaya dan etnik, Kuching menawarkan kepada pengunjung tempat-tempat menarik untuk anda melihat persembahan kebudayaan dan pembuatan kraftangan tradisional. Pengunjung juga boleh melawat taman-taman negara, gua dan pantai semulajadi yang serba indah, kaya dengan flora dan fauna unik di Kepulauan Borneo. 


5 Hotels Near Waterfront Kuching

Bagi pengunjung yang lebih suka bersiar-siar di kawasan pusat bandar, anda boleh tinggal di hotel yang dekat dengan kawasan tarikan utama di Kuching seperti Waterfront Kuching. Hotel-hotel ini serba selesa, mewah dan mempunyai rekabentuk senibina yang gah dan memberikan kelainan kepada para penginap.

Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4 (1 VOTES)