5 Homestay Berhampiran Hospital Tuaran Kota Kinabalu Featured Image

5 Homestay Berhampiran Hospital Tuaran Kota Kinabalu

By Hani - Apr 25, 2019 (Last Updated Jul 18, 2022)

Hospital Tuaran Kota Kinabalu merupakan hospital kerajaan di Tuaran, Sabah. Hospital ini berjarak kira-kira setengah jam dari bandar Kota Kinabalu. Hospital ini dilawat oleh beribu-beribu orang di kawasan Tuaran dan berhampiran. Jadi, jika anda perlu datang ke sini untuk temu janji doktor atau melawat sanak saudara atau rakan taulan yang sakit dan anda pula duduk jauh dari Tuaran, apa kata kalau anda menginap di salah satu homesaty berhampiran Hospital Tuaran Kota Kinabalu.


Di bawah ini kami dah siap-siap senaraikan 5 homestay berhampiran Hospital Tuaran Kota Kinabalu. Homestay-homestay ini juga berhampiran dengan kawasan tarikan di sekitar Tuaran seperti Jambatan Tamparuli, Gallery House, Ant House, Taman Buaya, dan Rumah Terbalik. Tak salah kan kalau anda jadi pelancong di kawasan sendiri untuk sehari dua?


Terrace Guest House

Hanya 8 minit dari Hospital Tuaran, Terrace Guest House merupakan homestay dengan 3 bilik tidur berhawa dingin, 2 tandas, mempunyai dapur yang lengkap dengan perkakas seperti sudu garfu, pemasak nasi, pengisar, dan cerek, peti sejuk, tuala, tilam tambahan, TV dengan Astro, sejadah dan sebuah ruang parkir kereta yang selesa untuk 12 orang tetamu. Homestay ini terletak berhampiran dengan kawasan tarikan di Kota Kinabalu seperti Jambatan Tamparuli, Rumah Terbalik, Ant House, Gallery House, Taman Buaya dan Pekan Tuaran.


Alamat: E7, Lorong 1, Taman Hartamas, 89200 Telipok, Sabah.

Jumlah Tetamu: 12

Harga:  Bermula dari RM250 / malam


Tempah Sekarang Dari RM250!  



D'Hartamas Guest House

Sebuah lagi homestay yang selesa untuk 16 orang tetamu dalam satu masa, D'Hartamas Guest House menawarkan 3 bilik tidur berhawa dingin dengan tilam tambahan, mandian panas, mesin basuh, peti sejuk, TV dengan Astro, sterika, peralatan asas memasak, dan juga set BBQ yang perlu diminta awal. Homestay ini terletak cuma 10 minit saja dari Hospital Tuaran dan berhampiran dengan pusat membeli-belah dan restoran popular.


Alamat: Lot K-10, Lorong 5, Taman Hartamas, Jalan Telipok Lama, 89209 Telipok, Kota Kinabalu, Sabah.

Jumlah Tetamu: 16

Harga:  Bermula dari RM230 / malam


Tempah Sekarang Dari RM230!  



Kiena UUC Homestay

Kiena UUC Homestay merupakan sebuah apartment 2 bilik yang fully furnished dengan sebuah katil Queen, sebuah katil Single dan 2 tilam tambahan tanpa sebarang caj tambahan. Homestay ini terletak cuma 15 minit dari Hospital Tuaran, 25 minit memandu ke Bandar Kota Kinabalu, dan mempunyai kedai runcit, medan selera, dobi dan restoran di sekitar kawasan apartment ini. Dengan menempah homestay ini, anda juga akan dapat sebuah ruang parkir khas.


Alamat: G-4-3A Blok G 4h Floor, University Utama Condominium (UUC), Jalan Kayu Madang, Telipok, 88450 Kota KInabalu, Sabah.

Jumlah Tetamu: 6

Harga:  Bermula dari RM160 / malam


Tempah Sekarang Dari RM160!  


MYR 250.00 /night

Dapatkan promosi hebat ketika anda menempah penginapan anda dengan LetsGoHoliday.my sekarang!

BA Homestay

BA Homestay terletak 10 km dari Hospital Tuaran, 25 km dari Pasar Filipino dan 19 km dari Masjid Bandaraya Likas, menjadikan homestay ini sebagai sebuah lokasi yang strategik. Kemudahan ini menyediakan 2 bilik tidur dengan sebuah katil Queen dan katil Single, dan bilik tidur utamanya dipasang penghawa dingin. Homestay ini dilengkapi dengan TV, peralatan asas memasak, peti sejuk, sterika, pemanas air, ruang parkir dan kolam renang.


Alamat: 3R-3-8 Apartment UUC Fasa 5, Jalan Kayu Madang, Telipok, 88450, Kota Kinabalu, Sabah.

Jumlah Tetamu: 5

Harga:  Bermula dari RM98/ malam


Tempah Sekarang Dari RM98!  



Jasura Guest House

Jasura Guest House merupakan apartment 2 bilik dengan 1 tandas beserta penghawa dingin di ruang tamu. Unit ini juga menyediakan peralatan asas memasak, peti sejuk, sterika, mesin basuh, tilam tambahan, tuala, selimut, wifi, TV dengan Astro, kolam renang dan ruang parkir. Jasura Guest House terletak 14 minit sahaja dari Hospital Tuaran, 25 minit dari Bandar Kota Kinabalu dan 15 minit dari Jambatan Tamparuli.


Alamat: Ground Floor, Blok 2S, Lorong 3/8, University Utama Condominium, 89200, Telipok, Sabah.

Jumlah Tetamu: 10

Harga:  Bermula dari RM150 / malam


Tempah Sekarang Dari RM150!  


Masih tercari-cari penginapan yang sesuai untuk anda? Kami mempunyai banyak lagi penginapan menarik dan berbaloi di Kota Kinabalu untuk anda pilih.


Klik saja pada gambar di bawah untuk melihat senarai penuh.


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (1 VOTES)