Homestay Berdekatan UMS Kota Kinabalu
Universiti Malaysia Sabah adalah universiti awam yang kesembilan di negara ini dan telah dinobatkan sebagai universiti tercantik di Asia Tenggara. Wow, tak sangka pula ya?
Rupanya-rupanya, universiti ini mempunyai pantai sendiri (Pantai ODEC) lengkap dengan jeti untuk kerja-kerja penyelidikan serta Bukit UMS yang terletak di tengah-tengah kampus yang sering menjadi tumpuan untuk aktiviti larian dan hiking.
Namun begitu, yang pastinya tujuan anda ke UMS bukanlah untuk mencari dua tempat yang menarik ini. Sebagai pusat ilmu, ribuan ibu-bapa dan pelajar datang ke UMS untuk memulakan pengajian dan tentunya menghadiri majlis konvokesyen sebagai meraikan kejayaan setelah menamatkan pengajian di sini.
Jika anda merancang untuk ke UMS samada untuk menghantar & menziarahi anak atau menghadiri majlis konvo, kami senaraikan di sini beberapa homestay dengan harga yang berpatutan dan hampir dengan UMS agar anda tak perlu terkejar- kejar untuk ke universiti.
Universiti Apartment 1
Homestay ini terletak hanya 10 min dari Universiti Malaysia Sabah. Sudah tentunya sesuai khususnya jika anda perlu menghadiri majlis di universiti, tidak perlulah anda mengharungi kesesakan lalu lintas dan anda dapat tiba dengan tenang dan selesa.
Homestay ini mempunyai 3 bilik, dan dilengkapi dengan kemudahan memasak dan juga mempunyai siaran TV Astro. Homestay ini juga terletak di aras bawah, jadi mudah sekiranya ada ahli keluarga yang uzur dan tidak boleh menggunakan tangga. Selain UMS, ia juga berhampiran dengan 1Borneo, Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan Pantai Tanjung Aru.
Alamat: UA1-N-Grd Floor, Universiti Apartment 1, Jalan Sulaman, 88200 Kota Kinabalu, Sabah
Bilangan tetamu: 8
Harga: MYR160/semalam
Suza Homestay 4
Rumah yang lengkap. aircond, kipas, katil Queen, katil Single, bantal & tilam extra, mesin basuh, dapur, kelengkapan memasak, peti ais, sofa, tv serta astro.
Berdekatan UMS, 1Borneo, Kompleks Pentadbiran Putrajaya, Hospital Likas, Kolej-kolej Swasta, UITM, ILP, MARDI, Politeknik, KKIP, KFC Drive thru, Mcdonald Drive thru, Sulaman Sentral, Alamesra, Restoran Gayang Seafood, Lembaga Koko, Rumah Terbalik, Bandaraya Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang KKIA.
Persekitaran selesa, selamat dan bersih. (rumah kondominium dan hanya 5 blok sahaja, bermakna sangat privacy dan terjamin selesa) sekuriti 24 jam, access card keluar masuk, parking berbumbung, rumah bergrill dan mempunyai Swimming Pool.
Alamat : A09-Ground Floor, Jalan Universiti Prima, Jalan Sulaman Menggatal, University Prime Condominium, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Bilangan tetamu: 6
Harga: MYR150/semalam
Teratak Indah Kota Kinabalu UCA
Homestay ini terletak di aras bawah oleh itu ia amat sesuai untuk tetamu yang berusia. Terdapat tiga bilik tidur yang dilengkapi katil super single yang boleh memuatkan 2 orang. Terdapat juga satu tilam ekstra dan bantal disediakan. Selain itu, homestay ini juga berhampiran degan One Borneo Shopping Complex, UMS & UITM dan lebih kurang 25 minit untuk ke lapangan terbang Kota Kinabalu.
Alamat : Block M-0-11, Universiti Condo Apartment 2, Jalan Universiti Condo Apartment 2, Menggatal, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Bilangan tetamu: 8
Harga: MYR160/semalam
Klik sini untuk dapatkan kod promo untuk percutian anda
Zalifa Homestay Kota Kinabalu Unit #6 (UA1)
Homestay ini terletak di aras 1. Lokasinya berhampiran Dengan UMS, 1 Borneo Hypermall, UITM, Mini Putrajaya, Indah Permai, Alam Mesra, Politeknik, Institut Latihan Mara. Hanya 10 minit ke Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak dan 20 minit ke Pasar Filipina, Bandar Kota Kinabalu dan Airport KKIA
Alamat: Universiti Condo Apartment, Jalan Kg Dambai Batu 10, Kampung Keliangau, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Bilangan tetamu: 5
KK Homestay Angkasa Apartment
Homestay ini merupakan apartment tiga bilik yang setiap satu dilengkapi dengan katil bersaiz Queen, TV dan saluran ASTRO. Selain itu ia juga mempunyai aircond, mesin basuh, dapur memasak, peti ais. Yang menariknya, tetamu boleh juga menyewa sebuah kereta Persona untuk dipandu sendiri (Caj tambahan dikenakan).
Tak perlu pening kepala mencari kereta sewa! Lokasinya juga berhampiran dengan UMS (10 minit) dan pusat bandar (15 minit). Tetamu juga boleh meminta tuan rumah untuk menjemput mereka di lapangan terbang tanpa sebarang caj tambahan.
Alamat: A-1F-14, Blok A, Lorong Angkasa 5, Jalan Tuaran Bypass, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Bilangan tetamu: 12
Harga : MYR 150/semalam
Untuk lebih banyak lagi pilihan penginapan, klik pada imej di bawah untuk mendapatkan senarai penginapan yang berbaloi di Kota Kinabalu.