10 Homestay Terbaik Berdekatan Poring Hot Spring Featured Image

10 Homestay Terbaik Berdekatan Poring Hot Spring

By Azham - May 22, 2019 (Last Updated Nov 05, 2019)

Bukan rahsia lagi bahawa air panas semula jadi (hot spring) mempunyai banyak manfaat kesihatan. Berendam di dalam kolam air panas dapat mengurangkan tekanan dalaman badan kerana mineral semula jadi yang terkandung dapat melegakan otot-otot tubuh yang tegang dan menggalakkan ketenangan perasaan. Ini kerana ketika kita berendam, badan akan menyerap mikroskopik kuantiti melalui kulit; organ terbesar tubuh. Tidak seperti air biasa yang selalunya mempunyai kesan dehydrating pada kulit tetapi mineral di dalam hot spring kaya dengan silika yang membantu melegakan kerengsaan, kulit kasar mahupun kulit kering.


Apabila anda mandi hot springs, tekanan hidrostatik anda turut meningkat dan proses ini adalah sama seperti anda bersenam. Peredaran darah ketika proses ini yang dipanggil oxygenated bermanfaat bagi memastikan hati, organ dalaman dan tisu badan sentiasa sihat dan kuat. Berendam di dalam kolam air panas juga akan membakar sekurang-kurangnya 140 kalori sejam dan doktor mengesyorkan agar kita berendam kurang lebih 20 minit bagi meraih manfaat kesihatan.


Manfaat yang dikongsi ini boleh kita sama-sama nikmati ketika berada di Poting Hot Springs yang terletak di Ranau, Sabah. Selain daripada kolam air panas, terdapat juga tarikan lain seperti canopy walk, taman rama-rama dan hutan lipur. Pengunjung turut dapat melihat bunga Rafflesia iaitu bunga gergasi di dunia.


Pengunjung disyorkan agar menginap sekurang-kurangnya semalam di sini agar dapat menikmati cuaca dingin tanah tinggi dan menikmati pemandangan kaki Gunung Kinabalu. Masih tidak pasti di mana ingin menginap, kami senaraikan di sini 10 homestays untuk pilihan anda. Let's Go Holiday!


Gathering Village 2


Sewanya sedikit mahal tetapi homestay ini mendapat undian dan pilihan paling tinggi kerana kemudahan yang disediakan serta pengalaman unik yang bakal dirasai oleh setiap pengunjung. Homestay ini terletak di dalam kawasan hutan dan sangat privacy. ianya memiliki 2 buah bilik tidur dan 2 bilik air. Ruang tamu dan dapurnya luas dan mengadakan BBQ adalah sangat digalakkan kerana dapat menikmat cuaca dingin di waktu malam. 

Alamat: 2-C22, Kundasang, Jalan Mesilau, Kundasang, 89308 Ranau, Sabah

Harga dari: RM650 per night

Jumlah tetamu: 10


 Tempah Sekarang Dari RM650!  


Anjung Rehat Jamsari 1


Homestay ini boleh memuatkan sehingga 15 orang tetamu dengan adanya 4 bilik tidur dan 2 bilik air. Homestay ini juga ideal dari segi lokasi kerana hanya 10 minit memandu dari Desa Cattle Dairy Farm dan Pasar Sayur Kundasang. 

Alamat:  Jalan Cinta Mata Mesilou, Kampung Mesilou, Kundasang, 89308 Ranau, Sabah

Harga dari: RM455 per night

Jumlah tetamu: 15


 Tempah Sekarang Dari RM455!  


Syameen's Homestay


Homestay ini menawarkan pemandangan yang sangat cantik sesuai untuk IG dan FB di mana Gunung Kinabalu betul-betul di hadapan pintu masuk. Ruang meletak kereta amat luas dan sesuai untuk mengadakan BBQ bersama keluarga atau rakan sambil menikmati pemandangan indah dan udara tanah tinggi yang nyaman. Dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air, homestay ini boleh memuatkan sehingga 10 tetamu.

Alamat: Kg. Cinta Mata, Jalan Kundasang-Kauluan, Kundasang, 89308 Ranau, Sabah

Harga dari: RM300 per night

Jumlah tetamu: 10


 Tempah Sekarang Dari RM300!  

Klik  di sini untuk kod promosi!

B-Inspired Abode Kundasang


Aktiviti paling best ketika menginap di sini adalah dengan hanya duduk rehat di verandah sambil menikmati secawan teh atau kopi ditemani pemandangan indah Gunung Kinabalu dan menghirup udara dingin yang sangat nyaman. Homestay ini memiliki 3 bilik tidur dan 3 bilik air sesuai untuk 6 orang tetamu.

Alamat: 594, Jalan Sinisian Kundasang, Kampung Sinisian, 89308 Ranau, Sabah

Harga dari: RM320 per night

Jumlah tetamu: 6


 Tempah Sekarang Dari RM320!  


Satinah Homestay Kundasang 2 Bilik B


Lokasi ideal jika percutian anda meliputi lawatan ke Desa Dairy Farm dan Taman Kinabalu. Seramai 6 tetamu boleh muat di homestay ini yang memiliki 2 bilik tidur dan 1 bilik air. 

Alamat: 30 Kg Sinisian, Kundasang, 89308 Ranau, Sabah

Harga dari: RM220 per night

Jumlah tetamu: 6


 Tempah Sekarang Dari RM320!  


Selain dari Kundasang, kami juga mempunyai homestay di Kota Kinabalu. Klik di bawah untuk melihat senarai. 



Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4 (5 VOTES)