10 Homestay Terbaik Berdekatan Jesselton Medical Centre Kota Kinabalu Featured Image

10 Homestay Terbaik Berdekatan Jesselton Medical Centre Kota Kinabalu

By Hani - Apr 24, 2019 (Last Updated Jul 18, 2022)

Jesselton Medical Centre atau singkatannya JMC terletak di Kota Kinabalu ditubuhkan pada tahun 2009. Asalnya, Jesselton Medical Centre ditubuhkan sebagai Hospital Bersalin dan Kanak-Kanak, namun, pada tahun 2011, hospital ini melalui penjenamaan semula di mana ianya bertukar kepada sebuah hospital "tertiary" bertaraf antarabangsa. Jesselton Medical Centre mempunyai 23 bilik konsultant, 72 jumlah katil dari bilik Single dan Double, Unit Kawalan Intensif dan wad bersalin.


Jika anda mempunyai temu janji doktor atau melawat sanak saudara atau rakan taulan di hospital ini, jom bermalam di salah satu homestay kami dari senarai 10 homestay terbaik berdekatan Jesselton Medical Centre Kota Kinabalu di bawah ini! Homestay yang kami paparkan ini bukan calang-calang tau, fasilitinya hampir setanding dengan hotel bertaraf 3 bintang. Sambil berjumpa doktor tak salah kan kalau bercuti sekali? 



Homestay Apartment KK

Homestay Apartment KK merupakan apartment 3 bilik dengan 2 katil Queen, sebuah katil Single dan 2 Sleeping beds yang selesa untuk 5 tetamu. Unit ini juga mempunyai 2 tandas, wifi, LCD TV, pemain DVD, cerek, ketuhar dan alatan mandi. Hanya 11 minit untuk tiba ke Jesselton Medical Centre, Homestay Apartment KK juga terletak berhampiran dengan kedai-kedai makan seperti restoran mamak, kedai runcit dan dobi.


Alamat: Indah Court Likas, Jalan Jelatik, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Jumlah Tetamu: 9

Harga:  Bermula dari RM185 / malam


Tempah Sekarang Dari RM185!  



Panji Homestay Apartment 405

Panji Homestay Apartment terletak di Likas Bay, sebuah kawasan yang gah lagi mewah, cuma mengambil masa 12 minit untuk tiba ke Jesselton Medical Centre dan 5 minit untuk tiba di bandar Kota Kinabalu. Anda boleh menggunakan fasiliti apartment hotel ini seperti penginap di sini. Selain itu, unit 2 bilik ini juga datang dengan ruang parkir yang luas, wifi, mandian panas, katil Queen dengan 2 katil Single, dan alatan memasak ringkas.


Alamat: No-1, 405, Jalan Istiadat, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Jumlah Tetamu: 6

Harga:  Bermula dari RM330 / malam


Tempah Sekarang Dari RM330!  



Atief Homestay

Atief Homestay merupakan sebuah lagi apartment hotel stail yang berjarak 10 minit saja dari Jesselton Medical Centre. Anda akan menginap di unit yang berhadapan dengan kolam renang, dapatlah anda berangan-angan sebentar yang anda sedang bercuti. Selain itu, apartment 3 bilik ini mempunyai kemudahan gimnasium, taman permainan kanak-kanak, parkir percuma, kawalan keselamatan 24 jam, penghawa dingin, 2 tandas, kemudahan solat, pengering rambut, mesin basuh, TV, sterika, alat memasak ringkas dan alat mandi.


Alamat: G-5-2, Cyber City Apartment, Jalan Lintas Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah.

Jumlah Tetamu: 10

Harga:  Bermula dari RM190 / malam


Tempah Sekarang Dari RM190!  


Dapatkan diskaun hebat ketika anda menempah homestay di LetsGoHoliday.my sekarang!


Aiery Homestay

Terletak di Kota Kinabaly, kira-kira 15 minit dari Jesselton Medical Centre, kurang 1 km dari Pasar Filipino dan Gaya Street, Aiery Homestay menawarkan homestay berhawa dingin dengan balkoni yang berlatar belakangkan pemandangan indah dan wifi percuma. Apartment ini juga mempunyai ruang tamu dengan TV, sebuah tandas,  sebuah bilik dengan katil Queen, dan dapur dilengkapi peti sejuk, sesuai untuk 5 orang menginap.


Alamat: 3rd floor, Api-Api Centre Apartment, Lorong Api-Api 1, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.

Jumlah Tetamu: 5

Harga:  Bermula dari RM118/ malam


Tempah Sekarang Dari RM118!  



Panji Homestay Apartment 905

Panji Homestay Apartment 905 terletak 12 minit dari Jesselton Medical Centre Kota Kinabalu, 5 minit saja dari bandar Kota Kinabalu dan 20 minit memandu dari KKIA. Homestay ini mempunyai 2 bilik dengan 1 katil Queen dan 2 katil Single, sebuah tandas dengan air panas, TV, penghawa dingin, alat mandi dan alat memasak di samping dengan sebuah ruang parkir khas. Homestay ini berhampiran dengan pusat membeli-belah, pasaraya, pejabat pos, salon, kafe dan restoran memudahkan anda untuk bergerak ke mana-mana.


Alamat: No-1-905, Jalan Istiadat, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Jumlah Tetamu: 6

Harga: Bermula dari RM330 / malam


Tempah Sekarang Dari RM330!  


Kami mempunyai pelbagai lagi jenis penginapan menarik di Kota Kinabalu. Klik saja pada imej di bawah untuk melihat senarai penuh. 



Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

0 (0 VOTE)