Chalet dan 26 Homestay Pilihan di Cameron Featured Image

Chalet dan 26 Homestay Pilihan di Cameron

By Farisya - Nov 16, 2018 (Last Updated Jul 03, 2019)

Malaysia merupakan sebuah negara yang berkeadaan panas, basah dan hujan sepanjang tahun kerana terletak di kawasan Khatulistiwa. Walaubagaimanapun, di Semenanjung Malaysia, terdapat tempat yang beriklim tropika iaitu Cameron Highlands. Ia terkenal sebagai pusat peranginan yang bersuhu sejuk, bahkan dijadikan salah satu pilihan utama bagi mereka yang ingin bercuti di Malaysia bagi penduduk tempatan mahupun dari luar negara. 


Apa yang menariknya tentang Cameron? Salah satu  tarikan yang ada dan dinanti-nantikan oleh pengunjung adalah pengalaman memetik buah strawberi. Antara Ladang Strawberry Yang Popular di Cameron Highland ialah YZ Agro Farm & Cafe dan KHM Strawberries & Jam. Pengalaman memetik buah strawberi pastinya akan menjadi kenangan yang manis dan indah untuk anda. Tambah lagi jika anda ke sini bersama keluarga dan yang tersayang. Kedua-dua ladang ini terletak di Kampung Taman Sedia dan terdapat Homestay Cameron Highlands Taman Sedia yang terletak tidak jauh dari ladang tersebut. Hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja. 


Jika anda inginkan kelainan untuk percutian kali ini, anda boleh mempertimbangkan untuk tinggal di chalet. Terdapat banyak chalet di Cameron Highlands yang menjanjikan pemandangan yang cantik dan mengagumkan. Anda pasti tidak akan kecewa dengan percutian ini!


DarulMakmur Chalet


Yang paling atas dalam list kami adalah DarulMakmur Chalet, chalet unik terletak di Taman Sedia yang menawarkan harga serendah RM120 sahaja semalam. 


DarulMakmur Chalet mempunyai 16 bilik yang kesemuanya dilengkapi karpet lembut. Cuma terletak 5 minit saja dari pekan Tanah Rata, chalet ini juga sangat dekat dengan Ladang Strawberry YZ Agro dan KHM. 


Lokasi: Taman Sedia, Tanah Rata

Harga Dari: RM120 / malam


Tempah Segera!


Twin Pine Chalet

Twin Pines Chalet merupakan chalet yang terletak di tengah-tengah Kampung Eielweiss, Cameron Highland. Pemandangan sekeliling yang sangat cantik, dan nyaman dipenuhi dengan keindahan alam semula jadi. 

Lokasi: Jalan Mentigi, 39000 Cameron Highlands, Pahang

Laman Web: Twin Pines Chalet



Kea Garden Mini Chalet


Kea Grden Mini Chalet merupakan sebuah penginapan di Cameron Highlands yang berkonsepkan mini chalet. Dalam setiap kapsul ini terdapat kemudahan asas seperti TV. Terletak tidak jauh dari Ladang Teh Boh, dan menyediakan Wi-fi percuma untuk penghuninya. 

Lokasi: Kea Garden Guest House, Brinchang, 39000 Cameron Highlands, Pahang

Laman Web: Kea Garden Guest House & Mini Chalet



Jika anda lebih memilih untuk tinggal di hotel atau pon homestay yang lebih berkonsepkan seperti rumah sendiri, anda boleh menilai sendiri senarai homestay di bawah ini. Jangan risau, harga serendah RM140 sahaja satu malam. 


MYR 135.00 /night


Selain dari ke kebun strawberi, banyak lagi tempat menarik yang boleh anda lawati di Cameron Highland antaranya ialah Latar Iskandar, Kebun Lavender, Ladang Teh BOH dan Taman Agroteknologi MARDI. Tempat tersebut merupakan antara spot photogrpahy  yang terkenal dan menjadi pilihan bagi mereka yang suka bergambar. 


Tidak lengkap satu percutian itu tanpa membeli belah bukan? Jika anda sukakan makanan yang sedap-sedap di Cameron, dan ingin membeli buah tangan untuk dibawa pulang bersama, Pasar Malam Cmaeron Highlands adalah pilihan yang tepat untuk anda. Terdapat pelbagai cenderahati yang boleh didapati di pasar malam tersebut serta makanan yang best seperti jagung mutiara dan jambu jeruk pink hijau. 


Tidak perlu pening-pening lagi, hanya baca artikel di bawah ini dan tempahan awal menerusi online sangat digalakkan bagi mengelakkan anda kecewa kerana homestay penuh. Terutama sekali pada musim cuti sekolah. 


Homestay Berdekatan Pasar Malam Brinchang

Oleh itu, jika anda sedang mencari homestay yang sekangkang kera sahaj dari pasar malam ini, kami ada menyediakan senarai homestay berdekatan Pasar Malam Brinchang bagi memudahkan urusan anda!


Homestay Muslim Untuk Family Day

Merancang untuk mengadakan aktiviti hari keluarga di Cameron Highland? Berikut kami senaraian 17 Homestay Muslim di Cameron Highlands khusus untuk pelanggan Muslim dan sesuai dijadikan penginapan anda seisi keluarga. 


Homestay 4 bilik di Cameron Highlands

Oleh kerana Cameron Highlands menjadi tumpuan dan destinasi popular untuk kumpulan yang besar, pengusaha homestay mengambil inisiatif untuk mengendalikan homestay yang besar sehingga mampu menampung sehingga 25 orang tetamu. Berikut kami senaraikan 7 homestay di Cameron Highlans yang mempunyai 4 bilik dan sesuai untuk anda yang inginkan percutian yang selesa bersama keluarga besar. 

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4 (5 VOTES)