7 Jenis Kawan Yang Anda Melancong Bersama Featured Image

7 Jenis Kawan Yang Anda Melancong Bersama

By [email protected] - Nov 01, 2016 (Last Updated May 16, 2019)

Dalam hidup ini, kemana sahaja kita pergi, dengan siapa kita bersama itu yang penting.



Kawan merupakan orang yang paling best sekali untuk melakukan perkara bersama-sama dan bak kata pepatah, “Orang yang paling best adalah mereka yang boleh travel and tinggal bersama anda”. Ia sentiasa dikatakan lebih mudah untuk mengenali seseorang dengan lebih lanjutnya semasa anda melancong bersama-sama tetapi, suka atau tidak, anda akan mengetahui tabiat-tabiat mereka sama ada yang baik, ataupun yang buruk.

Tanpa berlengah lagi, kami telah mengumpulkan senarai jenis-jenis kawan yang pernah travel bersama kami. Anda mungkin akan bertembung dengan jenis yang merupai kawan anda ataupun diri anda. Enjoy!


1. Kawan yang memandu

Memandu kereta merupakan aktiviti yang memenatkan. Jadi kita mesti menghargai kawan yang sudi memandu. Mereka juga dikenali sebagai “ketua kumpulan” kerana biasanya mereka yang memandu, merekalah yang berkuasa kerana mereka dapat membuat keputusan untuk pergi ke arah mana.


2. Kawan GPS

Jangan salah-faham, kawan GPS. Maksud GPS kami ialah, anda merupakan kawan yang sentiasa memegang GPS untuk kawan pemandu kami. Kamulah satu-satunya sumber arah kepada kami dan kami amat menghargai bagaimana anda mengorbankan masa bermain handphone untuk memegang GPS supaya kami boleh sampai ke destinasi dengan selamat.


3. Kawan yang kuat tidur

Rasanya kami semua mempunyai kawan sebegini yang boleh tidur sepanjang perjalanan kereta. Kawan ini telah ketinggalan semua topic-topik hangat yang dibincangkan sepanjang perjalanan, yang juga merupakan perkara paling best untuk dilakukan semasa travel.


4. Kawan yang banyak cakap

Seterusnya, kami mempunyai 1 atau 2 kawan yang mempunyai tenaga yang secukupnya untuk menyampaikan cerita-cerita mereka yang tidak berakhir-akhir. Biasanya, mereka mempunyai kawan-kawan lain yang akan melayan cerita mereka tidak kira betapa dramatik ataupun tidak masuk akal cerita yang disampaikan tersebut. Kami amat mengagumi sifat anda yang penuh dengan tenaga ini justeru, janganlah ubah ya.


5. Kawan yang asyik main handphone

Kawan jenis ini asyik tengok handphone je. Texting, browsing, scrolling, pancing atau apa-apa sajalah yang boleh dilakukan melalui telefon pintar aka smartphone. Kami ingin menyampaikan satu mesej kepada kawan-kawan ini: Kami akan menyingkirkan anda dari kumpulan Whatsapp chat nanti kalau anda berterusan.


See also:
5 Tempat-Tempat Menarik Di Muar


6. Kawan Photographer

Biasanya kami akan mempunyai seorang kawan yang mengetahui teknik-teknik photography yang handal ataupun mereka yang mempunyai bakat photography yang tersembunyi. Kalau anda bernasib baik, dapatlah terus photographer professional sebagai kawan. Mereka merupakan jenis kawan yang dengan semula jadinya akan mencipta kenangan yang tidak mudah dilupakan untuk anda dengan mengambil gambar yang cantik. Mereka juga tidak akan berasa keberatan jika tidak termasuk dalam koleksi gambar. Yang best sekali, anda dapat photoshoot percuma kerana kawan tidaklah berkira sangat.


7. Kawan Halimunan

Sekali lagi, jangan salah faham ya. Maksud kami, bukannya limunan sebenar tetapi kawan jenis ini dikenali sebagai kawan limunan kerana mereka sangat senyap dan menyebabkan anda tertanya-tanya jika mereka masih bersama kamu secara fizikalnya.


Cuba semak balik trip terakhir sama ada kawan-kawan anda terjatuh dalam kategori-kategori yang telah kami nyatakan tadi? Ataupun kami telah tertinggal sesiapa? Beritahulah kami! Mungkin kami akan masukkan dalam part 2 nanti. Jangan lupa melayari letsgoholiday untuk tempat-tempat penginapan bagi trip anda yang akan datang!


See also:
10 Homestay For Family Day In Melaka

Rate this post

0 (0 VOTE)