Hotel Tampin Featured Image

Hotel Tampin

By [email protected] - Apr 08, 2019 (Last Updated Apr 10, 2019)

Tampin adalah bandar yang terletak di antara sempadan Negeri Sembilan dan Negeri Melaka. Bandar Tampin terbahagi kepada dua iaitu Tampin Negeri Sembilan dan Tampin Melaka. Tampin adalah nama bandar dan nama daerah. Sebenarnya Tampin, Melaka tidak wujud.


Kawasan Tampin yang dikatakan dalam kawasan negeri Melaka sebenarnya Pulau Sebang di bawah Pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah. Orang ramai jarang menyebut Pulau Sebang tetapi menyebut kawasan Melaka itu sebagai Tampin, Melaka.


Ada beberapa pejabat penting yang terletak di wilayah Melaka seperti, Hentian Teksi dan Bas Pulau Sebang, Maybank Pulau Sebang, Pusat Serenti Tampin yang terletak di Pulau Sebang dan Stesen KTM Pulau Sebang.


Berikut adalah senarai Hotel Tampin untuk pilihan anda bercuti.


Y&Z Hotel Tampin

Y&Z Hotel Tampin Gallery Photos

Y & Z Hotel yang terletak sekitar 1 kilometer dari bandar Tampin adalah lokasi hotel yang strategik. Ia bersebelahan dengan kemudahan awam seperti restoran, gerai makan, bank, gedung Giant, pasar malam hari Sabtu dan taman rekreasi yang berdekatan dengan Dataran Tampin.


Hotel ini juga boleh di tempah untuk pelanggan yang ingin melawat Tampin, resort A 'Famosa, Simpang Ampat, Tebong, Alor Gajah, Johol, Gemenceh, Air Mawang, Kendong, Kota dan tempat-tempat berdekatan.


Lokasi                     : 1138, Taman Sri Intan, 73000 Tampin, Negeri Sembilan.
Harga                      : Dari RM60 / malam


Tempah Sekarang dari RM60!



Hotel Wangsamas

Hotel Wangsamas Gallery Photos

Hotel Wangsamas terletak di Tampin, Negeri Sembilan. Ia ditubuhkan pada 11 Jun 2006. Ia menyediakan 24 bilik yang selesa. Selain itu, tempat makan dan pusat hiburan juga boleh didapati di sini. Beberapa tarikan berhampiran dengan hotel ini seperti A Famosa Resort, A Famosa Free Port dan Air Panas Gadek, Alor Gajah.


Selain itu, kepada penginap yang menggemari alam semulajadi boleh tidur di sini untuk naik ke Gunung Datuk, Rembau atau Gunung Tampin, Negeri Sembilan.


Lokasi                     : Lot 454, Jalan Seremban, Bandar Tampin, 73000 Tampin, Negeri Sembilan.
Harga                      : Dari RM78 / malam


Tempah Sekarang dari RM78!


Dapatkan penjimatan hebat ketika anda menempah dengan kami sekarang!

Caspari Hotel

Caspari Hotel adalah sebuah hotel butik 7 tingkat yang merupakan salah sebuah hotel terbaharu yang terletak di bandar yang sibuk di Tampin, Negeri Sembilan dengan akses mudah ke stesen keretapi, stesen bas, balai polis, bank, kedai serbaneka dan banyak restoran. 


Hotel ini dihias dalam gaya kontemporari dan dilengkapi dengan kemudahan moden termasuk sebuah kafe, yang dibuka pada waktu pagi dan petang, untuk menyediakan kemudahan makan untuk tetamu hotel.


Lokasi                     :  No. 630 Jalan Besar, Tampin  73000 Tampin, N.S.D.K
Harga                      : Dari RM138 / malam
Laman Web            : Capsari Hotel


Hotel Centre Point Tampin

Hotel Centre Point Tampin

Hotel Centre Point Tampin menawarkan harga yang sangat murah untuk penginapan anda. Walau bagaimanapun, jangan tertipu oleh harga. Sebagai salah satu pilihan penginapan bajet yang terbaru, anda mendapat lebih daripada apa yang anda bayar.


Malah semasa musim puncak seperti musim cuti sekolah harga adalah tidak lebih daripada RM150, termasuk bilik bersaiz keluarga. Harga juga meliputi sarapan pagi. Luas dan selesa, setiap unit dilengkapi dengan katil besar dengan bantal, TV LCD, dan sambungan Internet tanpa wayar.


Lokasi                     : PT 759, Centre Point Tampim, Jalan Bunga Tanjung, 73000 Tampin, NSDK.
Harga                      : Dari RM98 / malam
Laman Web           : Hotel Centre Point 



Jika anda tidak puas dengan senarai Hotel Tampin di atas, anda boleh melihat senarai penuh tempat penginapan kami di Negeri Sembilan dengan menekan gambar di atas.


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (1 VOTES)