Hotel Bajet Alor Gajah Featured Image

Hotel Bajet Alor Gajah

By [email protected] - Mar 29, 2019 (Last Updated Jul 14, 2020)

Tahukah anda? Sebenarnya bila anda dari arah utara dan mahu pergi ke Selatan Tanah Air Malaysia, anda pasti menyeberangi kawasan Alor Gajah. Alor Gajah juga “berjiran” dengan Negeri Sembilan. Jadi jangan terkejut bila berada di sempadan Negeri Sembilan dan Alor Gajah misalnya Tampin, corak hidupnya lebih kurang sama terutamanya dialek bahasa yang digunakan. Bahasa orang Alor Gajah kebanyakkannya seperti orang “Nogori”


Jarak dari Alor Gajah ke Banda Hilir adalah lebih kurang 25.6 kilometer ataupun mengambil masa 46 minit dengan menaiki kereta. Jarak yang tidak terlalu jauh mahupun terlalu dekat. Di mukim Alor Gajah kebanyakkannya terdapat kawasan perkampungan. Jadi, di waktu hari perayaan iaitu Hari Raya, Tahun Baru Cina mahupun Deepavali pasti meriah dan kebiasaannya trafik akan sesak kerana anak-anak yang sudah berhijrah ke bandar pulang ke kampung menziarahi ibu bapa di kampung.


Kadang-kala bila balik kampung tu, keseluruhan rumah penuh dengan sanak-saudara yang lain sehingga tiada bilik lagi mahu bermalam. Jangan risau! Di Alor Gajah terdapat banyak hotel bajet untuk semua yang mahu bermalam di Bandar yang terkenal dengan pahlawan Naning, Dato’ Dol Said ini. Jom lihat senarai Hotel Bajet di Alor Gajah.


Hotel Sri Rembia

Hotel Sri Rembia Gallery Photos

Terletak di Rembia Alor Gajah, hotel bertaraf 3 bintang ini di datangkan dengan pilihan dari 4 jenis bilik iaitu Bilik Queen, Bilik Deluxe, Bilik Deluxe Queen VIP dan Bilik Deluxe Family. Bilik-bilik ini didatangkan bersama wifi internet, penghawa dingin, TV dan pemanas air pancuran mandian. Selain itu, Hotel Sri Rembia juga menyediakan ruang parkir untuk penginap yang dikawali oleh pengawal keselamatan.

Alamat: SP-23, Jalan Pusat Perniagaan Rembia 3, Kawasan Perindustrian Rembia, Mukim Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka

Harga:  Bermula MYR98 / malam


Tempah Sekarang!  


Hotel Alor Villa

Hotel Alor Villa Gallery Photos

Hotel Alor Villa mempunyai 31 buah bilik. Mempunyai bilik yang selesa, berhawa dingin, sebahagian bilik mempunyai balkoni dengan pemandangan hijau tanaman kelapa sawit dan juga dapat melihat Afamosa Resort. Hotel Alor Villa letaknya di Jalan utama Taman Kelemak Perdana menuju ke Lendu

Alamat: Jalan Utama, Taman Kelemak Perdana, 78000 Alor Gajah, Melaka.

Harga:  Bermula MYR68 / malam


Tempah Sekarang!  



Dapatkan penjimatan hebat ketika menempah dengan kami sekarang.

Y&Z Hotel Tampin

Y&Z Hotel Tampin Gallery Photos

Y & Z Hotel yang terletak sekitar 1kilometer dari bandar Tampin dengan lokasi yang sangat strategik. Hotel ini berdekatan dengan banyak kemudahan awam seperti restoran, gerai makan, bank, dan Taman Rekreasi Tampin. Tambahan lagi, hotel ini juga menyediakan penginapan untuk pelanggan yang melawat lokasi popular seperti resort A 'Famosa Resort. Hotel Alor Villa mempunyai 31 buah bilik yang selesa, berhawa dingin. 

Alamat: 1138, Taman Sri Intan, 73000 Tampin, Negeri Sembilan.

Harga:  Bermula MYR60 / malam


Tempah Sekarang!  


Hotel Wangsamas

Hotel Wangsamas Gallery Photos

Hotel Wangsamas terletak di Tampin, Negeri Sembilan, bersempadan dengan Alor Gajah, Melaka. Terdapat 24 bilik yang selesa disediakan buat para penginap. Selain itu, tempat makan dan pusat hiburan juga boleh didapati di sekitar kawasan ini. Beberapa tarikan terdapat berhampiran Hotel Wangsamas seperti A Famosa Resort, A Famosa Free Port dan Air Panas Gadek, Alor Gajah. Selain itu, untuk pencinta alam semulajadi boleh pergi ke Gunung Datuk, Rembau atau Gunung Tampin, Negeri Sembilan berdekatan dengan Hotel Wangsamas.


Alamat: Lot 454, Jalan Seremban, Bandar Tampin, 73000 Tampin, Negeri Sembilan.

Harga:  Bermula MYR78 / malam


Tempah Sekarang!  




Kalau anda tak puas dengan senarai Hotel Bajet Alor Gajah di atas, anda boleh tekan terus pada gambar ini untuk mendapatkan senarai Homestay Melaka

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (2 VOTES)