Hotel Murah di Kota Kinabalu Featured Image

Hotel Murah di Kota Kinabalu

Oct 18, 2018

Di bahagian timur Malaysia terletaknya dua buah negeri di Pulau Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. Di rantau utara pulau pula terletaknya negeri Sabah, rumah kepada kira-kira 3.54 juta penduduk. Sementara itu, Kota Kinabalu pula merupakan ibu negeri Sabah dan sebuah destinasi pelancongan yang sangat terkenal kepada penduduk tempatan serta warga asing. Persoalannya, apakah yang menjadikan Kota Kinabalu satu tarikan pelancong ?

Kota Kinabalu adalah sebuah bandar menghadapi pantai dan juga dikelilingi hutan hujan tropika yang terkenal dengan pasarnya yang meriah, pantai yang indah dan juga Taman Negara kinabalu yang di mana Gunung Kinabalu berada. Terdapat banyak aktiviti yang menakjubkan untuk dilakukan seperti menyelam, menikmati hidupan liar, mendaki Gunung Kinabalu dan lain lain.

Di sini disenaraikan hotel murah di Kota Kinabalu untuk menolong anda memilih tempat penginapan apabila melawati bandar yang menarik ini.


Zoku Lifestyle Hostel


Zoku Lifestyle Hostel terletak di bandar Kota Kinabalu ataupun 10-15 minit jarak memandu daripada lapangan terbang. Lokasinya adalah amat dekat dengan Pantai Tanjung Aru, Philippines Market, Jesselton Point, dan pusat membeli-belah terbesar di Kota Kinabalu. Hostel ini juga mengetengahkan konsep mengenal kawan baru dengan menempatkan ruang awam  di mana tetamu boleh berkenalan sesama yang lain dan mungkin juga melawati Kota Kinabalu bersama. 


Alamat  : KK Times Square, Off Coastal Highway, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

Harga     : Dari RM 40/malam

Untuk maklumat lanjut tentang penginapan ini, sila klik di bawah.


Tempah Sekarang Dari RM40


H2 Backpackers 


H2 Backpackers adalah hotel bertemakan kapsul di mana setiap tetamu mempunyai tirai masing-masing untuk memberikan para tetamu ruang peribadi dan memastikan tetamu dapat rehat yang selesa. Hotel ini berada di bandar Kota Kinabalu dengan perkhidmatan bas awam. Selain itu, terdapat juga pelbagai tempat yang berada di dalam jarak berjalan kaki seperti pusat membeli-belah, gerai penjaja, pasaraya, bank, pusat hiburan dan jeti. Tambahan pula, harga hotel ini amat berpatutan dan menyediakan sarapan pagi percuma, Wi-Fi, loker dorm, hawa dingin berpusat dan sebagainya.


Address   : Lot 2, 1st Floor Block F, Lorong Segama,88000 Kota Kinabalu, Sabah

Price         : Dari RM 33/malam

Untuk maklumat lanjut tentang penginapan ini, sila klik di bawah.


Tempah Sekarang Dari RM33


Bercuti tak semestinya mahal. Guna kod promo kami untuk mendapatkan diskaun terkini. Tebus promo di sini


Hotel Five 2 

Kredit foto: Hotel Five 2


Hotel Five 2 adalah sebuah hotel 3-bintang di Kota Kinabalu yang berada lebih kurang 1km daripada Karamunsing Capital dan 5km daripada bandar raya Kota Kinabalu. Hotel ini menawarkan sebanyak 20 bilik dilengkapi dengan peti keselematan, televisyen,  sistem stereo dan Wi-Fi. Setiap bilik juga mempunyai tandas dan pengering rambut masing-masing. Untuk maklumat lanjut tentang hotel ini, sila layari laman web rasmi mereka.


Address  : Lorong Sentosa 1, Jalan Merdeka Kampong Air, 88000, Kota Kinabalu, Malaysia

Website  : Hotel Five 2 Kota Kinabalu


1City Hotel

Kredit foto: 1 City Hotel


1 City Hotel adalah sebuah hotel butik terletak di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu dengan 42 bilik dilengkapi dan dihias dengan reka bentuk kayu semula jadi dan kemudahan moden untuk memberikan pengalaman yang baik semasa penginapan di hotel ini. Tambahan pula, hotel ini berada di dalam jarak berjalan kaki ke pusat membeli-belah yang ternama, bank dan kedai makanan tempatan yang terkenal.


Address  : Block B, Ground Floor, Segama Complex, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Website  1 City Hotel Kota Kinabalu


Rate this post

0 (0 VOTE)