Hotel Di Mersing Featured Image

Hotel Di Mersing

By [email protected] - Jan 28, 2019

Sedang merancang percutian? Apa kata kalau kita ke Mersing, Johor dan singgah bermalam di hotel di Mersing. Mersing terletak di pantai timur Johor dan merupakan tempat utama sebelum anda dapat berlepas ke pulau-pulau indah berhampiran. Untuk pengetahuan anda, Mersing merupakan sebuah perkampungan Melayu yang masih kekal sehingga kini meskipun Johor Bahru pesat membangun. Pelancong datang ke sini untuk mendapatkan akses ke pelbagai pulau dari Jeti Mersing seperti Pulau Rawa, Pulau Dayang, Pulau Aur, Pulau Pemanggil dan banyak lagi.

Jika anda seorang pecinta alam semula jadi, anda perlu meluangkan masa anda ke Taman Nasional di Johor yang dikenali sebagai Taman Negara Endau Rompin, di mana anda boleh melihat dan meneroka pelbagai flora dan fauna yang unik serta indah.

Seperti yang kami maklumkan sebelum ini, Mersing merupakan perkampungan nelayan. Jadi, anda jangan melepaskan peluang untuk mencuba makanan laut di sini, kerana harganya juga jauh lebih murah berbanding tempat lain. Anda juga boleh menukar angin dengan membeli ikan segar dengan harga yang berpatutan di sini dari membeli ikan di pasar yang sudah kurang segarnya. Selain itu, anda juga boleh jalan jalan cari makan di Mersing dengan menyinggah ke kafe dan gerai-gerai makanan tempatan yang enak.

Singgah bermalam di hotel di Mersing di bawah ini setelah seharian berjalan-jalan meneroka perkampungan nelayan dan food hunting di kafe dan gerai-gerai makanan. Jom lihat senarai hotel di Mersing di bawah ini dan tempah segera dengan harga promosi yang tak masuk akal!


Hotel Seri Malaysia Mersing


Hotel Seri Malaysia Mersing dikelilingi dengan malar hijau dan terletak bersebelahan dengan Pantai Mersing. Buat anda pecinta alam dan gilakan keindahan alam semula jadi, anda jangan melepaskan peluang ini untuk menginap di hotel ini. Hotel ini juga terletak berhampiran dengan Taman Negara Endau Rompin dan jeti untuk ke Pulau Tioman. Sebelum anda nak membuat pilihan antara hutan dan laut, anda boleh menginap dulu di Hotel Seri Malaysia Mersing dan alami kedua-duanya di sini.


Alamat: PTB 641, Jalan Ismail, 86800 Mersing, Johor.

Harga: Bermula dari RM 140/ malam


Tempah Sekarang



MYR 140.00 /night

Jom dapatkan harga promosi ketika menempah dengan kami sekarang!


Timotel Hotel



Timotel Hotel adalah pilihan yang bijak untuk mereka yang ingin berkunjung ke Pulau Tioman. Hotel ini dilengkapi dengan karpet di sepanjang jalan dan menawarkan kemudahan lengkap bilik seperti mini bar, almari dan cerek elektrik. Hotel ini juga mempunyai restoran yang menyajikan masakan enak tidak kira makanan tempatan atau hidangan barat. Timotel Hotel ini terletak 5 minit dari Pekan Mersing yang dipenuhi dengan kafe, kedai makan dan pusat membeli-belah. 


Alamat: 839 Jalan Endau,, 86800 Mersing, Malaysia.

Harga: Bermula dari RM 199/ malam


MG Hotel 



MG Hotel berkonsepkan stail Jepun dan merupakan hotel 3 bintang di Pekan Mersing. Bilik-biliknya dihiasi dengan meja dan flat-screen TV. Selain itu, bilik-bilik di hotel ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin dan sangat luas. Anda akan disapa mesra oleh staf hotel yang sentiasa bersedia untuk membantu anda.


Alamat: 10-C Jalan Jemaluang, 86800 Mersing, Malaysia.

Harga: Bermula dari RM 68/ malam


Mersing Hotel


Mersing Hotel walaupun merupakan hotel 2 bintang, namun servisnya setanding dengan hotel-hotel gah dan ternama. Hotel ini berlatar belakangkan pemandangan indah Pekan Mersing dan ia dilengkapi dengan penghawa dingin. Mersing Hotel menyediakan perkhidmatan shuttle dan basikal sewa untuk pelancong yang ingin meneroka Mersing. Setiap bilik di Mersing Hotel ini dilengkapi dengan bilik air persendirian dan pengering rambut.


Alamat: No. 1 Jalan Dato Timor, 86800 Mersing, Malaysia.

Harga: Bermula dari RM 78/ malam


Aseania Resort Pulau Besar



Aseania Resort Pulau Besar indah dikelilingi keindahan flora dan fauna dengan menawarkan chalet yang memperlihatkan kehijauan hutan atau kebiruan laut. Hotel ini juga mempunyai kolam renangnya yang tersendiri, untuk anda yang tidak puas berendam di laut, anda boleh bermandi-manda di kolam renang pula. Hotel ini juga mempunyai restoran sendiri yang menyajikan makanan tempatan dan luar negara di bawah pondok berkonsepkan Bali. Tambahan juga, anda akan dihidangkan dengan jus buah-buahan yang segar dan enak di Lounge sambil dihiburkan dengan persembahan syahdu.   


Alamat: No. 5, Jalan Abu Bau Bakar, 86800 Mersing, Malaysia.

Harga: Bermula dari RM 499/ malam




Tidak puas dengan senarai hotel di Mersing di atas? Jom tekan pada gambar di atas untuk melihat senarai lengkap penginapan kami di Johor sekarang!

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (1 VOTES)