Hotel Dekat Zoo Melaka Featured Image

Hotel Dekat Zoo Melaka

Oct 24, 2018

Baru baru ini Malaysia dikejutkan dengan pendedahan mengenai keadaan Zoo Melaka yang makin tenat. Menurut temubual pihak media tempatan dengan pekerja di Zoo Melaka, faktor utama keadaan Zoo Melaka menjadi kian terabai, haiwan yang kekurangan makanan, kemudahan tidak diselenggara dengan baik, dan tiada tarikan menarik adalah kerana jualan tiket yang merosot dari masa ke semasa.

Sumber: GIPHY

Justeru itu, ayuh sama sama kita memeriahkan Zoo Melaka untuk menaikkan semula dana supaya pihak zoo dapat mengubahsuai tempat tersebut dengan lebih selesa dan menarik lagi. 

Setelah penat seharian berjalan dalam zoo dan memberi makanan kepada haiwan-haiwan, mesti anda semua mencari tempat yang menarik untuk menginap, bukan? Jangan risau, kami sudah sediakan senarai hotel best  berdekatan dengan Zoo Melaka.


Riaz Hotel

Dalam masa 10 minit dari Zoo Melaka, anda akan tiba di Riaz Hotel. Hotel ini juga berdekatan dengan tempat tempat menarik seperti Skytrex Adventure Melaka, Melaka Wonderland dan kedai makan yang berhampiran seperti KFC, Pizza Hut dan Papparich.

Hotel ini dilengkapi dengan wifi percuma, penghawa dingin dan plasma TV. Sangat selesa untuk berehat setelah sepanjang hari di luar.


Alamat: 10, Jalan Komersial Takh 3, Taman Ayer Keroh Heights, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Harga:  Bermula MYR55 / malam


Tempah Sekarang Dari RM55!  



Sun Inns Hotel Ayer Keroh

Terletak berhampiran dengan Zoo Melaka, Sun Inns Hotel Ayer Keroh juga berhampiran dengan tempat tempat menarik seperti Taman Buaya, Melaka Wonderland dan Pusat Membeli-belah.

Hotel ini dilengkapi dengan wifi percuma dan khidmat front-desk 24 jam setiap hari. 


Alamat: B11-B12, Jalan PKCAK 1, Pusat Komersial Cendana Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Harga: Bermula dari MYR70 / malam


Tempah Sekarang Dari RM70!  



Hotel Kobemas Melaka

Hotel Kobemas Melaka terletak 5 minit sahaja dari Tol Ayer Keroh Melaka. Hotel ini juga terletak berhampiran dengan Kota Fesyen, Pasar raya Mydin, Masjid Al Alma, Melaka Wonderland, Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia dan ASEAN dan juga MITC.

Hotel ini menjanjikan keselesaan seperti berada di rumah sendiri selepas seharian berjalan-jalan di Zoo Melaka dan tempat tempat tarikan di Melaka. 


Alamat: Jalan MITC, Prima 1, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka 

Harga: Bermula dari MYR150 / malam


Tempah Sekarang Dari RM150!  


Anda datang dalam bilangan yang ramai dan lebih suka menginap di homestay? Jangan risau, terdapat banyak homestay menarik yang terletak berdekatan dengan Zoo Melaka mengikut kesesuaian dan cita rasa anda. 


Kalau nak lebih penjimatan, semak dulu promosi terkini baru tempah. Barulah berbaloi... 

Klik sini untuk dapatkan kod promo untuk percutian anda. 



World Youth Hotel

Hotel ini cuma 5 minit berjalan kaki dari Zoo Melaka dan 10 minit berjalan dari Taman Seri Bunga. 

Hotel ini menawarkan wifi percuma dan mempunyai kafe halal yang menyediakan juadah enak kepada para tetamu. Bilik tidurnya dilengkapi dengan penghawa dingin, TV, cerek elektrik, minibar dan peti simpanan. Selain itu, hotel ini juga menawarkan parkir percuma kepada para tetamu. Jadi, tidak perlu risau mengenai keselamatan kereta anda ya!


Alamat: PT 18708, Mukim Bukit Katil, Daerah Melaka Tengah, 75450 Melaka.

Harga: Bermula dari MYR120 / malam


Tempah Sekarang Dari RM120!  



The Mudzaffar Hotel Melaka

Bak kata orang putih, "save the best for last". Hotel yang tersergam indah ini diberi nama Hotel Mudzaffar Melaka bersempena dengan nama Sultan Melaka. Dengan seni bina nya yang terperinci dan mengikut zaman kesultanan Melayu Melaka, membuatkan anda hilang rasa penat setelah seharian berjalan di Zoo Melaka.

Selain dari Zoo Melaka, hotel ini berhampiran dengan tempat-tempat menarik sekitar MITC seperti Taman Rama-Rama, Taman Mini Malaysia dan Asean, Taman Buaya, Taman Burung dan banyak lagi.


Alamat: 5509, Jalan Wisma Persekutuan, MITC Ayer Keroh, 75450 Melaka

Harga: Bermula dari MYR230 / malam


Tempah Sekarang Dari RM230! 

Search for accommodations

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (2 VOTES)