Hotel Dekat Penang Adventist Hospital Featured Image

Hotel Dekat Penang Adventist Hospital

By Farisya - Nov 02, 2018 (Last Updated Nov 08, 2018)

Penang Adventist Hospital (PAH), terletak di Georgetown dan ditubuhkan pada tahun 1924 dan mempunyai lebih daripada 80 pakar dengan Misinya "committed to demonstrating the love and healing ministry of Christ by providing comprehensive, competent & excellent healthcare for all". PAH adalah sebahagian daripada Rangkaian Adventist Antarabangsa yang menyediakan harga yang berpatutan dan perkhidmatan terbaik untuk pesakit. 


1. Apple 1 Hotel Gurney


Apple 1 Hotel Gurney terletak di Jalan Burma Georgetown, Pulau Pinang. Hanya 4 minit berjalan kaki ke Hospital Adeventist Pulau Pinang, hotel yang selesa ini akan menjadi pilihan yang sempurna jika anda mencari harga yang berpatutan dan hotel yang selesa untuk penginapan di Penang.

Menawarkan lebih dari 20 buah bilik yang dilengkapi dengan TV LED 32-inci, penyaman udara dan pancuran mandian air panas, hotel ini direka khas bagi memastikan keselesaan tetamu.

Alamat370, Jalan Burma, 10350 Georgetown, Penang.

Laman Web: Apple 1 Hotel Gurney


2. G Hotel Kelawai


G Hotel Kelawai merupakan hotel yang terletak di Persiaran Mentakab, dalam jarak 10 minit berjalan kaki dari hotel ke Hospital Adventist Pulau Pinang. Kira-kira 200 lebih buah bilik dibina dengan reka bentuk yang unik dan moden, anda boleh membuat pilihan di antara 5 jenis bilik dengan gaya dan ruang yang berbeza.

Terdapat kolam renang di tingkat 24 G Hotel Kelawai, tetamu mempunyai akses penuh untuk bersantai dan mengisi masa di sana bersama yang tersayang. Menawarkan penginapan moden dan mewah di Pulau Pinang, G Hotel Kelawai memastikan para tetamu akan menikmati penginapan mereka dengan indah dan selesa. 

Alamat2, Persiaran Maktab, 10250 Georgetown, Penang.

Laman Web: G Hotel Kelawai


3. G Hotel Gurney


Hotel Gurney terletak betul-betul di kedudukan Persiaran Gurney, hanya dengan berjalan kaki sahaja untuk ke pusat membeli-belah terkenal, Gurney Plaza. Selaras dengan Slogan 3G mereka yang Grand, Gorgeous dan Graceful, G Hotel Gurney dilengkapi dengan reka bentuk kontemporari, keanggunan visual dan keselesaan ergonomik untuk memastikan tetamu mereka mempunyai pengalaman malam terbaik ketika menginap di sini.

Hotel ini menyediakan 3 kemudahan wajib bagi hotel -hotel popular di Pulau Pinang iaitu gimnasium, kolam renang dan spa. Tetamu juga boleh menikmati akses wifi percuma di dalam bilik dan kawasan hotel. Dari hotel ini hanya mengambil masa 6 minit perjalanan dengan memandu ke Hospital Adventis Penang.

Alamat168A Persiaran Gurney, 10250 Penang. 

Laman Web: G Hotel Gurney


4. Hotel Waterfall


Hotel Waterfall terletak secara strategik di persimpangan Jalan Goottleb dan Jalan Utama. Harga biasa dari RM70, hotel ini merupakan hotel bajet di Pulau Pinang yang harus anda pertimbangkan jika anda memilih untuk tidak menipiskan poket anda tetapi pada yang sama and ingin mendapatkan tempat yang selesa untuk menginap. 

Bilik-bilik yang dilengkapi dengan TV berskrin rata, penghawa dingin dan kemudahan asas lain, Hotel Waterfall menyediakan penginapan yang mencerminkan keselesaan dan persekitaran yang selesa seperti di rumah tradisional Pulau Pinang. Melalui Jalan Utama, anda akan tiba di Penang Adventist Hospital kira-kira 5 minit sahaja.

Alamat160, Jalan Utama, Georgetown, Penang.

Laman Web: Waterfall Hotel


5. Berjaya Penang Hotel


Berjaya Penang Hotel merupakan hotel bertaraf 4 bintang yang menawarkan pemandangan kota, dan dilengkapi dengan kemudahan moden. Terdahulu dikenali sebagai Georgetown City Hotel, hotel ini terletak di 1-Stop Midlands Park, mudah diakses ke pelbagai tempat tarikan seperti Plaza Gurney dan Muzium Colonial Penang.

Oleh kerana Berjaya Penang Hotel ini terletak di tengah-tengah Georgetown, anda tidak akan merasa bosan dengan pemandangan bandar  yang cantik dan tempat-tempat menarik yang berdekatan. Hotel ini juga adalah salah satu hotel paling hampir dengan Penang Adventist Hospital, hanya mengambil masa kurang dari 2 minit dengan berjalan kaki.

Alamat1-Stop Midlands Park, Burmah Road, 10350 Georgetown, Penang.

Laman Web: Berjaya Penang Hotel

Rate this post

5 (1 VOTES)