Hotel Berdekatan Gurney Plaza Featured Image

Hotel Berdekatan Gurney Plaza

By Farisya - Nov 01, 2018 (Last Updated Nov 08, 2018)

Gurney Plaza adalah salah satu pusat membeli-belah terbesar dan terkenal di Pulau Pinang. Sebagai pusat membeli-belah kedua terbesar di pulau itu, ia terletak di sepanjang Gurney Drive atau dikenali sebagai Persiaran Gurney yang menawarkan gerai makanan jalanan mahupun masakan mewah. Gerai di sini menawarkan makanan kegemaran tempatan dan salah satu darinya adalah Laksa Penang.

Sekiranya anda merancang untuk melawat Pulau Pinang pada hari cuti yang akan datang, anda disyorkan untuk menginap di hotel yang berdekatan. Di sini kami sediakan senarai hotel berdekatan Gurney Plaza. 


1. G Hotel Gurney


Hotel Gurney terletak betul-betul di kedudukan Persiaran Gurney, hanya dengan berjalan kaki sahaja untuk ke pusat membeli-belah terkenal, Gurney Plaza. Selaras dengan Slogan 3G mereka yang Grand, Gorgeous dan Graceful, G Hotel Gurney dilengkapi dengan reka bentuk kontemporari, keanggunan visual dan keselesaan ergonomik untuk memastikan tetamu mereka mempunyai pengalaman malam terbaik ketika menginap di sini.

Hotel ini menyediakan 3 kemudahan wajib bagi hotel -hotel popular di Pulau Pinang iaitu gimnasium, kolam renang dan spa. Tetamu juga boleh menikmati akses wifi percuma di dalam bilik dan kawasan hotel.

Alamat168A Persiaran Gurney, 10250 Penang

Laman Web: G Hotel Gurney


2. Merlin Hotel Penang


Merlin Hotel terletak di tengah-tengah bandar Georgetown. Berhampiran dengan Padang Kota Lama dan tempat-tempat pelancongan, Merlin Hotel menjadi salah satu pilihan penginapan pelancong. Terletak di pusat bandar, menjadikannya mudah bagi para tetamu untuk melancong dari satu tempat ke tempat lain. Hanya 5km jarak dari Gurney Plaza.

Hotel menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan penginapan yang selesa. Untuk keselesaan tetamu, hotel menyediakan mini mart, 24 jam reception, dan kemudahan iron. Hotel ini juga mempunyai ruang rooftop untuk anda menikmati pemandangan Georgetown yang cantik dari atas. 

Alamat1, Lebuh Penang,10200,Georgetown,Penang

Laman Web: Merlin Hotel Penang


3. Anggerik Lodging Penang


Lokasi utama hotel yang mudah diakses dari Lapangan Terbang Antarabangsa Penang melalui pelbagai jenis pengangkutan dan ini juga menjadikannya pilihan ideal untuk pelancong perniagaan mahupun percutian. Hanya 15 minit memandu ke Gurney Plaza, Anggerik Lodging Penang yang terletak berhampiran terminal bas Sungai Nibong memudahakan anda untuk mendapatkan pengangkutan, dan ke kawasan membeli-belah. 

Menginap di Anggerik Lodging secara logiknya menjimatkan anda kerana anda akan menikmati pelbagai jenis kemudahan tanpa mengeluarkan duit yang banyak untuk menikmati perkhidmatan kelas pertama. Penginapan Anggerik menawarkan penginapan moden, kontemporari dan kemudahan persekitaran di bandar.

Alamat351, Hilir Pemancar, Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Penang

Laman Web: Anggerik Lodging Penang


{{ promotion.Value }}% OFF! {{ promotion.CurrencyCode + " " + promotion.Value }} OFF!

MYR 108.00 /night

Ingin cuti-cuti Malaysia? Guna kod promo kami untuk lebih penjimatan!

4. Ar-Raudhah Suites & Hotel


Dari Ar-raudhah Suites & Hotel ke Gurney Plaza mengambil masa kira-kira 12 minit perjalanan melalui Jalan Burma. Dalam jarak 10 minit berjalan kaki dari tempat-tempat popular seperti Leong San Tong Khoo Kongsi dan Muzium Kamera, Ar-Raudhah Suite & Hotel adalah pilihan yang tepat jika anda ingin menginap di Georgetown. Clan Jetty dan Pinang Peranakan Mansion juga dalam jarak berjalan kaki sahaja.

Pangkalan yang sempurna untuk menerokai Pulau Pinang, Ar-Raudhah Suites & Hotel ini menyediakan restoran dan kaunter penerimaan tetamu 24 jam. Anda juga akan mendapat manfaatkan WiFi percuma di dalam bilik dan kawasan persekitaran hotel. 

Alamat1238, Jalan Kampung Kolam, 10200 Georgetown, Penang

Laman Web: Ar-Raudhah Suites & Hotel

Rate this post

0 (0 VOTE)