Homestay Pekan Pahang Featured Image

Homestay Pekan Pahang

By [email protected] - Apr 10, 2019 (Last Updated Jul 03, 2023)

Bandar Di-Raja Pekan adalah sebuah bandar yang kaya dengan sejarah di Pahang. Dilaporkan, kota Pekan telah wujud sejak abad ke-17 lagi. Oleh sebab itu, Pekan merupakan bandar tertua di Pahang.


Terdapat banyak tempat menarik yang ada di bandar Pekan. Pelawat boleh pergi ke Muzium Sultan Abu Bakar, yang berfungsi sebagai pusat sejarah dan kebudayaan. Di sini, pelawat akan mendapat maklumat terperinci tentang sejarah susur galur negeri Pahang melalui pameran di muzium. Kemudian, nikmati pemandangan senibina Melayu dengan melawat ke Istana Sultan Abu Bakar, kediaman rasmi Sultan Negeri.


Seterusnya, pelawat boleh pergi ke Pusat Tenun Di-Raja Pahang di mana pengunjung akan diperkenalkan kepada pelbagai produk sutera. Anda berpeluang untuk melihat bagaimana sutera ditenun. Sedikit info, pusat tenun ini telah wujud sejak 200 tahun yang lalu dan teknik tenunan mereka telah diturunkan dari generasi ke generasi. Oleh kerana Pekan terletak di antara Sungai Pahang, pengangkutan air telah menjadi pengangkutan dan perhubungan bandar pada zaman dahulu.


Pengunjung yang datang ke Pekan tidak boleh melepaskan peluang untuk melawat Tasik Chini, yang terletak hanya 80 kilometer dari bandar Pekan. Tasik Chini adalah tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia, ia terletak di tebing Sungai Pahang dan di sini pengunjung boleh mengambil bahagian dalam banyak aktiviti air seperti berkanu, memancing, mendaki dan berkelah.


Oleh itu, bandar Di-Raja Pekan boleh dikatakan destinasi wajib hadir oleh pelawat kerana bandar ini kaya dengan sejarah dan budaya di negeri Pahang.


Berikut adalah senarai homestay di Pekan Pahang yang menarik untuk di diami:


D' Teratai Homestay

No photo description available.

Boleh di tempah untuk penginapan secara harian, mingguan, bulanan mahupun tahunan. Lokasi homestay adalah di belakang Masjid At-Taqwa Peramu, Pekan, Pahang. Homestay ini sesuai untuk urusan seperti rombongan majlis perkahwinan, pertunangan, menziarahi keluarga, majlis konvokesyen dan sebagainya.


Lokasi: Lot 1659, Jalan Teratai, Perumahan Dato Shahbandar, Pekan 26600 Pahang

Laman web: D Teratai Homestay


Homestay Pekan Pahang

Terdapat 3 bilik tidur dan 2 bilik air di homestay ini. Bilik utama mempunyai 1 penyaman udara dan kipas dengan katil queen. Manakala di Bilik ke 2 mempunyai kipas bersama 1 katil queen. Selain itu, Bilik ke 3 mempunyai kipas dengan 1 katil single. Menariknya, terdapat siaran astro untuk kemudahan penginap.


Lokasi: No 20710 Kg Pulau Serai 26600 Pekan Pahang

Laman web: Homestay Pekan Pahang


Inginkan penjimatan hebat untuk percutian anda? Klik sini cepat!

Homestay Pekan By The Sea

Homestay Pekan Pahang By The Sea

Sebuah penginapan yang selesa di Pekan, Pahang. Suasana tenang tepi pantai dan lokasi yang strategik. Homestay ini berhampiran dengan banyak tempat tumpuan utama seperti UMP Pekan, PLKN Tanjung Selangor Kem Tango, MRSM Tun Abdul Razak Pekan, IKM Tasya, ICAM, Universiti Automatif DRB Hicom, Pantai Lagenda Golf and Country Club dan Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah.


Lokasi: LOT 386 Tepi Pantai di Pekan Pahang

Laman web: Homestay Pekan


79 Beach Homestay

1420663_677006968977960_1717342771_n

79 Beach Homestay terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar diraja Pekan. Ia mengambil masa sebanyak 30 minit perjalanan menaiki kereta dari Kuantan. Lokasinya yang menghadap laut cina selatan membuatkan kawasan ini sentiasa tenang, nyaman dan berangin. Tambahan pula, kawasan sekitar juga menjadi tumpuan buat kaki pancing, serta keluarga yang inginkan kebebasan dari kesesakan kota.


Lokasi: CU79, Jalan Pantai Lagenda, Kampung Serandu Pantai, 26660 Pekan, Pahang

Laman web: 79 Homestay




Tidak puas dengan senarai homestay di Pekan, Pahang di atas? Tidak mengapa. Klik terus pada gambar di atas untuk melihat senarai lengkap tempat penginapan terbaik Pahang yang lebih menarik!

Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (7 VOTES)