6 Homestay Terbaik Di Nusajaya Johor
Dah bosan kalau setiap kali anda datang ke Johor Bahru, anda akan pusing-pusing ke tempat yang sama? Apa kata kali ini anda ke Nusajaya dan menginap di 6 homestay terbaik di Nusajaya, Johor.
Kalau sebut pasal Nusajaya je, mesti tempat pertama yang terpampang dalam kepala adalah Legoland dan Hello Kitty Land kan? Ya, betul. Kedua-dua tempat ini berada di Nusajaya. Nusajaya ini adalah tempat yang seronok untuk kanak-kanak. Mana taknya, banyak taman tema ternama yang didirikan di sini. Sangat sesuai kalau anda yang berkeluarga dan mempunyai anak kecil untuk anda singgah ke sini. Antara taman tema (selain dari yang kami dah sebut di atas ini) terdapat juga The Little Big Club, Thomas Town, dan Puteri Harbour Theme Park.
Nusajaya ini terletak di dalam Iskandar Puteri dan di sini terletaknya jambatan kedua yang menghubungkan Malaysia-Singapura. Jadi, jika anda rancang nak keluar masuk Singapura, anda juga boleh singgah ke Nusajaya dulu.
Bagi kaum wanita dan para ibu, jangan khuatir. Sebab di Nusajaya ini terdapat banyak pusat membeli-belah. Sambil para suami menemani anak-anak di taman tema, para wanita boleh singgah untuk window shopping kan? Antara pusat membeli-belah di sini adalah Aeon, Mydin, Tesco, Ikea, dan Medini Mall.
Apa kata anda singgah bermalam di 6 homestay terbaik di Nusajaya, Johor yang kami senaraikan di bawah ini. Pastinya anda rasa sangat selesa, rumah yang bersih seperti berada di rumah sendiri! Badan dah letih dari seharian bermain di taman tema dan membeli-belah, sudah tentunya badan anda memerlukan homestay terbaik kan?
Spacious 2 Room Near Legoland & 2nd Link Pool
Homestay kondominium yang mempunyai 2 bilik ini merupakan homestay yang terbaik jika anda menetap di Nusajaya, Johor dan sekiranya anda ingin melawat tarikan-tarikan di sekitar kawasan ini seperti Legoland. Homestay ini menawarkan ruang tamu yang luas beserta ruang makan dan balconi dengan pemandangan Legoland. Di kondominium ini juga terdapat fasiliti kolam renang dan gim di mana anda boleh menggunakannya ketika menginap di sini. Selain itu, kemudahan yang diberikan dalam unit yang sesuai untuk 6 orang ini adalah 2 buah bilik tidur, 2 tandas mandi, water heater, penghawa dingin, mesin basuh dan banyak lagi. Namun, unit ini tidak membenarkan anda untuk memasak.
Alamat: 1Medini Residence, Jalan Legoland, 79250 Nusajaya, Johor.
Bilangan Tetamu: 6
Harga: Bermula MYR225 / malam
Near SG Legoland KingBd Near Pinewood SwimPool
Homestay ini juga terletak di dalam kawasan kondominium yang sama dengan Homestay di atas. Unit ini juga mempunyai 2 bilik tidur bersama 2 tandas mandi, 1 katil King, 1 katil Queen dan 2 sofa bed dan 2 katil tambahan yang diberikan tanpa sebarang caj. Rumah ini sesuai untuk didiami tidak lebih dari 8 orang dalam satu masa. Selain itu, kemudahan yang diberikan di homestay ini adalah penghawa dingin, mesin basuh, sterika dan airport transfer.
Alamat: 1Medini Residence, Jalan Legoland, 79250 Nusajaya, Johor.
Bilangan Tetamu: 8
Harga: Bermula MYR288 / malam
Holi 1Medini - Penthouse 4 Bedroom Apartment
Kalau anda mengimpikan untuk tinggal di dalam penthouse, ini adalah masanya! Holi 1Medini - Penthouse 4 Bedroom Apartment merupakan penthouse apartment yang lengkap dengan 4 bilik tidur dan 3 tandas, air cond, mesin basuh dan water heater, sesuai untuk anda yang datang dengan 9 orang tetamu.
Alamat: 1Medini Residence Medini, Jalan Legoland, 79150 Nusajaya, Johor.
Bilangan Tetamu: 9
Harga: Bermula MYR600 / malam
MYR 275.00 /night
MYR 350.00 /night
MYR 220.00 /night
Dapatkan promosi hebat ketika anda menempah dengan LetsGoHoliday.my sekarang!
La Belle Maison
Jika anda datang dengan jumlah tetamu yang ramai, La Belle Maison adalah pilihan yang tepat untuk anda. Homestay ini menawarkan 5 buah bilik tidur dan 5 kamar mandi beserta dapur dengan hiasan moden. Homestay ini terletak di dalam kawasan perumahan East Ledang, 10 minit dari tempat-tempat tarikan di sekitar Nusajaya, Johor, yang aman dan damai. Antara kemudahan yang disediakan di homestay ini adalah TV, wifi, alatan mandi, barangan memasak, water heater dan banyak lagi. Sekiranya anda membawa bayi kecil, warga emas atau orang berkelainan upaya, anda boleh menyatakan pada tuan rumah kerana tuan rumah homestay ini akan sedaya upaya membantu anda.
Alamat: 25, Jalan Hang Kasturi 1/7, East Ledang, 79250 Nusajaya.
Bilangan Tetamu: 15
Harga: Bermula MYR515 / malam
Medini Homestay Near To Legoland (W2)
Medini Homestay ini merupakan sebuah homestay di dalam Medini Signature Condominium yang sesuai untuk tetamu seramai 6 orang pada satu masa. Homestay ini mempunyai 2 bilik tidur dan 2 tandas, water heater, penghawa dingin, sterika, microwave dan banyak lagi. Antara tempat tarikan di Nusajaya yang berhampiran dengan homestay ini adalah Hello Kitty Land, Legoland, pekan Bukit Indah, Mydin dan Hospital Gleneagles.
Alamat: Medini Signature, Lebuh Kota Iskandar, 79250 Nusajaya, Johor.
Bilangan Tetamu: 6
Harga: Bermula MYR200 / malam
Dillenia Homestay
Dillenia Homestay merupakan sebuah rumah teres yang mempunyai 3 bilik tidur yang sesuai untuk tetamu tidak lebih dari 15 orang yang terletak di tengah-tengah Pusat Bandar Taman Bukit Indah Nusajaya, Johor. Namun, homestay ini perlu disewa minima 2 malam dan anda boleh memilih antara menempah rumah ini untuk 2 bilik sahaja atau 3 bilik. Homestay ini mempunyai mesin basuh, sabun mandi, sterika dan papan gosok, dan sarung bantal dan cadar yang bersih. Dillenia Homestay ini juga berada di kawasan strategik yang berhampiran dengan Aeon, Tesco dan Giant.
Alamat: Jalan Indah 10/14, Taman Bukit Indah, Johor Bahru.
Bilangan Tetamu: 8
Harga: Bermula MYR180 / malam
Dah sampai hujung list tapi masih tercari-cari homestay idaman anda? Jangan risau, kami mempunyai banyak lagi pilihan penginapan di Johor Bahru yang boleh anda pilih. Klik saja pada imej di bawah.