Homestay Terbaik di Miri Featured Image

Homestay Terbaik di Miri

By [email protected] - Feb 11, 2019 (Last Updated Mar 26, 2019)

Miri merupakan daerah kedua terbesar di Sarawak selepas Kuching terletak bersempadan dengan Brunei di kepulauan Borneo. Daerah Miri ditubuhkan pada tahun 1910 apabila telaga minyak pertama digali oleh Royal Dutch Shell. Penemuan telaga minyak di Miri telah menjurus kepada pembangunan pesat daerah itu. 


Miri juga merupakan pintu masuk utama pelancong untuk pergi ke tempat terkenal dunia seperti Taman Negara Gunung Mulu, Taman Negara Loagan Bunut dan Taman Negara Marin Miri-Sibuti.  Yang lebih membanggakan adalah Taman Negara Mulu yang telah diiktiraf sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2000 mempunyai ruang gua terbesar di dunia. 


Bukan sahaja Miri terkenal dengan hasil petroleum, daerah ini juga mempunyai banyak tempat best untuk dilawati. Dari tempat-tempat semulajadi seperti gua dan Taman Negara ke pusat kraftangan, kami yakin anda punyai sebab tersendiri untuk melawat negeri menarik ini. Tidak kisah apa pun sebab anda, kami telah senaraikan homestay terbaik di Miri yang anda boleh tempah sempena percutian anda. 


Tim's Seaside Hideout

Berdiri di senarai paling atas adalah penginapan unik Tim's Seaside Hideout. Terletak di Jalan Bakam, Miri, penginapan ini menawarkan pelbagai jenis chalet mengikut kesesuaian anda seperti 4-pax chalet, 2-pax chalet, 10-pax chalet tepi pantai dan juga homestay 2 bilik. 


Penginapan menarik ini juga menyediakan kafe yang menawarkan juadah lokal dan barat pada harga yang berpatutan. Sarapan disediakan pada hanya RM12 sekepala. Mereka juga menyediakan peralatan BBQ pada harga sewa yang rendah. 


Alamat: Lot 524, Beraya, Jalan Bakam

Harga Dari: RM 160

Bilangan Tetamu: Dari 2 - 10 orang 


Tempah Sekarang 


Coco House


Coco House Miri merupakan guest house kecil yang dilengkapi Family Room, Twin Bed Room, Single Room dan juga Dormitory. Dengan sebanyak 12 jumlah bilik, Coco House terletak dekat dengan City Terminal Bus yang cuma setengah kilometer. 


Lokasinya yang strategik berdekatan dengan Miri Handicraft Centre, ATM, Bintang Megamall Shopping Complex dan pelbagai lagi menjadikan Coco House pilihan popular pelancong semasa melawat Miri. Untuk yang menginap di sini, Coco House juga menyediakan sarapan percuma. 


Alamat: Lot 2117, Block 9, Miri - Pujut Road

Harga Dari: RM 30

Bilangan Tetamu: Dari 1 - 22 orang 


Tempah Sekarang 



Gunakan kod promosi kami untuk diskaun tempahan penginapan anda di Miri, Sarawak!


BS City Homestay


BS City Homestay merupakan sebuah unit apartment terletak di Miri Times Square, Marina Park City. Dilengkapi dengan satu billik yang mempunyai 1 katil Queen dan 2 katil Single beserta 1 bilik air, homestay ini juga menyediakan 3 tilam tambahan untuk anda. 


Dapur pula dilengkapi dengan meja makan dan kelengkapan asas seperti gula dan kopi. Homestay ini juga terletak betul-betul di tengah-tengah bandar bermaksud ianya sangat mudah untuk mencari kedai-kedai makan, klinik, bank dan lain-lain. 


Alamat: Blok C, level 2, Miri Times Square

Harga Dari: RM 220

Bilangan Tetamu: 7


Tempah Sekarang 


BS Homestay Miri


Tak suka apartment dan lebih suka menginap di rumah teres apabila bercuti? Jangan risau, kami juga ada pilihan rumah teres yang serba lengkap untuk anda iaitu BS Homestay Miri. Rumah satu tingkat ini mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik air. 


Rumah yang sangat luas ini sangat sesuai untuk keluarga dengan anak-anak kecil dan juga percutian berkumpulan. Hanya 5 minit dari Lapangan Terbang Miri, homestay ini juga berdekatan Luak Esplanade Beach dan 15 minit ke pusat bandar. 


Alamat: 5163, Holiday Park, Jalan Aru 3 off Jalan Bakam

Harga Dari: RM 230

Bilangan Tetamu: 9


Tempah Sekarang 



Untuk senarai penuh penginapan menarik di Sarawak sama ada hotel dan homestay, klik saja pada imej di bawah! 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.75 (4 VOTES)