7 Homestay Di Malaysia Sesuai Untuk Majlis Perkahwinan Featured Image

7 Homestay Di Malaysia Sesuai Untuk Majlis Perkahwinan

By Hani - Apr 03, 2019 (Last Updated Feb 24, 2021)

Adakah anda bakal mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ini? Namun, anda runsing mencari tempat yang sesuai untuk melangsungkan majlis perkahwinan anda? Kalau anda nak buat perkahwinan di dewan, anda akan perlu menempah tempat tinggal atau homestay untuk diri anda dan keluarga untuk bersiap, banyak kos yang terpaksa dibelanjakan. Tapi, kalau anda nak jimat, anda boleh je buat di rumah sendiri. Jimat, mudah, dan selesa. Tapi, kena kemas rumah pulak sebelum dan selepas majlis perkahwinan. Aduh! Tu yang penat sangat tu!




Tak perlu pening-pening. Apa kata kalau anda buat majlis perkahwinan anda di homestay. Homestay? Ya, di homestay! Tahukah anda, selain dari menjadi tempat bermalam dan tempat berkumpul untuk keluarga atau rakan taulan, homestay juga boleh digunakan sebagai tempat untuk majlis perkahwinan anda. Cuba anda bayangkan, khemah di kawasan laman dan pelamin di ruang tamu. Dalam bilik pula ahli keluarga dan anda boleh bersiap. Tak perlu pening nak kemas sebab kos upah kemas pun dah termasuk. Ada pula homestay yang menawarkan pakej menyewa khemah. Haa, elok sangat kan. Bak kata pepatah Melayu, sambil menyelam minum air. 


Jom lihat senarai 7 homestay di Malaysia yang sesuai untuk majlis perkahwinan anda di bawah ini.


Melaka


Rumah Citra Kasih 

Kalau tema majlis perkahwinan anda adalah Melayu klasik, Rumah Citra Kasih adalah tempat yang sesuai untuk majlis perkahwinan anda. Sebuah rumah bercirikan tradisional yang dibina untuk mengembalikan sejarah dan kisah silam Melayu. Rumah Citra Kasih ini bukan sahaja sesuai untuk majlis perkahwinan, bahkan, kalau anda nak berkumpul sanak saudara untuk Hari Keluarga pun boleh. Rumah ini mempunyai 8 bilik dan sebuah kolam renang. Harga sewaan mengikut pakej tertentu. Tentunya baju songket anda akan menyerlah ketika bersanding di sini kan?

 

Alamat: Rumah Citra Kasih, bandar Hijau Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Bilangan Tetamu: 40

Harga:  Bermula RM170 / jam


Tempah Sekarang!  



Wedding & Birthday Semi D Melaka

Wedding & Birthday Semi D Melaka ini merupakan sebuah rumah Semi D yang mempunyai 4 bilik dan 3 tandas. Lokasinya juga sangat strategik, iaitu dalam 25 minit ke Jonker Street dan 20 minit dari Tol Ayer Keroh, mudah untuk sanak saudara dan rakan taulan yang ingin datang ke rumah ini. Selain dari majlis perkahwinan, homestay ini juga boleh menjadi tempat untuk menyambut majlis hari jadi, majlis korporat dan banyak lagi kerana homestay ini boleh diinap oleh 15 hingga 20 tetamu dalam satu masa. 


Alamat: 28, Jalan PB3, Taman Puncak Bertam, 75250 Melaka.

Bilangan Tetamu: 20

Harga:  Bermula RM530 / malam


Tempah Sekarang!  



Singgah Sini Bungalow Stay

Singgah Sini Bungalow Stay merupakan sebuah banglo yang terletak di Krubong, Melaka. Homestay ini sesuai untuk dijadikan majlis perkahwinan kecil-kecilan kerana dapat memuatkan jemputan sehingga 80 orang, manakala 15 orang boleh menginap dan bermalam di homestay ini. Rumah ini fully furnished dan boleh menempatkan 3 buah kereta di dalam kawasan rumah. 


Alamat: 23, Jalan KP 10A, Taman Krubong Perdana, 76050 Melaka.

Bilangan Tetamu: 15

Harga:  Bermula RM350 / malam


Tempah Sekarang!  


Kuala Lumpur


The Home Homestay Vacation Wedding Party Chut Mun 

The Home Homestay merupakan sebuah rumah teres dua tingkat yang terletak di Sri Petaling. Rumah yang lengkap dengan perabot dan kemudahan asas ini sangat sesuai untuk "Chut Mun" sebuah majlis perkahwinan khas untuk kaum Cina. Selain itu, homestay ini juga sesuai untuk membuat apa-apa majlis seperti hari jadi, jamuan dan reunion. Rumah ini sesuai untuk diinap 10 orang.


Alamat: 28, Jalan Radin 1, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur.

Bilangan Tetamu: 10

Harga:  Bermula RM680 / malam


Tempah Sekarang!  


Selangor


Tuujuh Cation

Tuujuh Cation merupakan sebuah rumah banglo semi-d dua tingkat yang sudah diubah suai yang terletak di SS14 Subang Jaya. Sesuai untuk melansungkan majlis perkahwinan dan seramai 20 orang boleh menginap di rumah ini dalam suatu masa. Homestay ini mempunyai 5 buah bilik, set BBQ dan wifi. 4 buah kereta juga boleh diletakkan di kawasan rumah. Apa yang menarik mengenai Tuujuh Cation ini adalah anda boleh menempah terus khemah dari tuan rumah dengan caj tambahan. Senang kan?


Alamat: No.7, Jalan SS14/7A, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Bilangan Tetamu: 20

Harga:  Bermula RM600 / malam


Tempah Sekarang!  


{{ promotion.Value }}% OFF! {{ promotion.CurrencyCode + " " + promotion.Value }} OFF!

MYR 142.00 /night

Nak dapatkan penjimatan ekslusif ketika menempah homestay untuk majlis perkahwinan anda? Tekan sini sekarang!


Penang


Penang Landed Homestay 

Kalau anda mengimpikan tema Garden Wedding, anda boleh menempah homestay ini. Penang Landed Homestay merupakan rumah berkembar dua tingkat yang boleh memuatkan 20 orang tetamu untuk bermalam di sini. Homestay ini mempunyai 5 bilik tidur dan menempatkan 2 buah kereta di kawasan parkir. Rumah ini juga sesuai untuk majlis perkahwinan, hari jadi, jamuan dan lain-lain.


Alamat: 1P, Pesara Mahsuri 1, Bayan Baru, 11900 Penang.

Bilangan Tetamu: 20

Harga:  Bermula MYR500 / malam


Tempah Sekarang!  


Johor


NewStar Homestay: Wedding Bridal House-Desa Tebrau

Sebuah lagi homestay yang sesuai untuk mengadakan Chut Mun, NewStar Homestay: Wedding Bridal House-Desa Tebrau yang terletak di Johor Bahru. Homestay ini mempunyai ruang untuk BBQ dan mempunyai laman yang luas. Lokasinya juga strategik; hanya 2 minit saja dari Aeon dan Tesco dan 5 minit dari Lebuh Raya Pasir Gudang dan 17 km dari lapangan terbang. Mudah untuk sanak saudara dan rakan taulan untuk datang ke majlis perkahwinan anda.


Alamat: 31, Jalan Harmonium 23/4, Taman Desa Tebrau, Ulu Tiram, 81800 Johor Bahru, Johor.

Bilangan Tetamu: 8

Harga:  Bermula MYR90/ malam


Tempah Sekarang!  


Masih runsing dengan penginapan yang perlu ditempah untuk majlis akan datang? Mungkin saudara-mara terlalu ramai yang datang dari jauh dan memerlukan tempat untuk beristirehat. Usah risau, di sini kami ada senaraikan penginapan terbaik di seluruh Malaysia. 

Klik saja gambar di bawah untuk membuat pilihan terbaik! 



Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.38 (47 VOTES)