Senarai Homestay 4 Bilik Di Kota Bharu Kelantan Featured Image

Senarai Homestay 4 Bilik Di Kota Bharu Kelantan

By Azham - May 07, 2019 (Last Updated Jan 13, 2020)

Pepatah melayu yang sering kita dengar "jauh perjalanan luas pemandangan" adalah sangat benar kerana apabila kita ke negara atau negeri luar kita akan dapat rasai kelainan budaya samada dari aspek makanan, cara hidup, pergaulan dan juga jenis-jenis aktiviti beriadah. Jika di Johor, budaya rewang sangat sinonim ketika majlis kenduri kendara sementara di Kelantan pula itu dinamakan bekwoh.


Aktiviti melancong bersama keluarga juga sangat kerap dilakukan di Malaysia dan ianya mencapai tahap kemuncak terutama sekali ketika musim perayaan atau cuti sekolah. Jika Kelantan menjadi destinasi pelancongan atau balik kampung anda dan seperti kita sedia maklum bahawa jumlah hotel untuk menginap di Kelantan yang agak sedikit, isu seperti itu adakalanya menjadikan perancangan sedikit terganggu terutama sekali jika jumlah ahli keluarga atau saudara mara mahupun kenalan yang akan turut serta adalah ramai.


Opsyen yang ada ialah menginap di homestay yang sememangnya banyak terdapat di kebanyakan jajahan di Kelantan termasuklah di jajahan Kota Bharu. Bila menginap di homestay, kita berasa lebih mesra sebab seluruh ahli keluarga berada di bawah satu bumbung, boleh berjimat dengan memasak ala kadar dan pergerakan di dalam homestay tidak terhad berbanding jika menginap di hotel. Let's Go Holiday boleh membantu anda membuat pilihan bijak.


Suria Homestay Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan



Ruang parking kereta yang luas dan homestay ini mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Semua bilik tidur mempunyai air-con dan water-heater di setiap bilik air. Dapur juga besar dan sesuai untuk aktiviti memasak atau memanaskan makanan yang dibeli. 


Alamat: 901, Taman Makmur, Jalan Psir Puteh, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan

Harga dari: RM300 semalam

Jumlah tetamu: 15


 Tempah Sekarang Dari RM300!  


Alia Homestay At Kota Bharu


Jika anda bercadang untuk ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh, boleh lah menginap di homestay Alia yang terletak hanya 1.5km dari situ. Terdapat 4 bilik tidur berair-con dan 4 bilik air. Bahagian dapur juga luas untuk aktiviti memasak.


Alamat: 1531 Lorong Surau Kota 1, Kampung Kota, jalan Pintu Geng, 15100 Kota Bharu, Kelantan

Harga dari: RM300 semalam

Jumlah tetamu: 12


 Tempah Sekarang Dari RM300!  


MJ Homestay


Lokasi yang ideal kerana berdekatan dengan bandar Kota Bahru dan tempat-tempat menarik seperti Pasar Besar Siti Khadijah, Restoran Ulam Cikgu dan banyak lagi. Terdapat 4 bilik tidur yang dilengkapi dengan air-con dan 4 bilik air. Wifi dan Astro Njoi adalah percuma dan ruang dapur pula dilengkapi dengan perkakasan memasak.


Alamat: PT 996, Jalan Bayam, Kampung Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Harga dari: RM250 semalam

Jumlah tetamu: 12


 Tempah Sekarang Dari RM250!  

Klik di sini untuk kod promosi!

As-Syafi Homestay


Lokasi homestay ini hanya 2 minit jalan kaki ke Wakaf Che Yeh dan 10 minit memandu ke bandar Kota Bharu. Homestay teres 2-tingkat ini mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi dan boleh memuatkan 12 tetamu dalam sesuatu masa. Ruang dapur juga luas dan dilengkapi dengan peralatan memasak.


Alamat: PT 620, Taman Damai Perdana, Jalan Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu, Kelantan

Harga dari: RM270 semalam

Jumlah tetamu: 12 


 Tempah Sekarang Dari RM270!



Homestay Taman Sekawan Kok Lanas


Lokasi homestay ini sedikit jauh dari Kota Bharu iaitu kira-kira 25 minit pemanduan tetapi ianya menawarkan keselesaan maksimum untuk keluarga besar seramai 10 orang. Setiap bilik dilengkapi dengan air-con dan ruang tamunya juga sesuai untuk tetamu yang hadir. Dapurnya pula mempunyai keluasan yang sangat selesa untuk aktiviti memasak bagi menampung jumlah keluarga yang besar.


Alamat: PT 2066, Taman Sekawan, Kg. Banggol Chica Kok Lanas, Ketereh 16450, Kelantan

Harga dari: RM200 semalam

Jumlah tetamu: 10


 Tempah Sekarang Dari RM200!


Kami mempunyai lebih banyak lagi pilihan penginapan di Kelantan. Klik pada imej di bawah untuk melihat senarai penuh. 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.91 (11 VOTES)