Homestay Georgetown Murah Featured Image

Homestay Georgetown Murah

Oct 31, 2018

Georgetown merupakan ibu negeri Pulau Pinang, meriah dengan bangunan kolonial berwarna-warni, artistik dan dijaga dengan baik, yang kini dibaik pulih menjadi kedai-kedai unik, kafe dan hotel butik. Georgetown menjanjikan pelbagai tempat untuk dilihat, lawat, makan dan bersiar-siar di sekitarnya.

Untuk menjelajah bandar unik ini, anda sekurang-kurangnya perlu tidur semalaman di sini. Namun, risau percutian ini akan membuat anda bertukar menjadi papa kedana? 

Source: GIPHY

Usah risau, di sini kami senaraikan homestay murah di Georgetown, sesuai dengan bajet anda!


Paper Pepper Delights


Tempat yang selesa untuk anda berehat dan berjumpa rakan-rakan di Pulau Pinang. Hostel ini juga menyediakan makanan Thai dan Barat kepada para pengunjung. 

Sesuai untuk 'backpacker', rakan-rakan, keluarga dan mesra kanak-kanak. Hostel ini juga menyediakan bilik keluarga dan dorm wanita sahaja, maka selesa untuk setiap lapisan masyarakat. Hostel ini bertempat di Pusat Bandaraya Pulau Pinang dan berhampiran dengan kawasan tarikan pelancong.


Alamat            70,Jalan Masjid Kapitan Keling,10200 Georgetown, Pulau Pinang

Harga              : Dari MYR 30 /malam

Bil. Tetamu    : 16


 Tempah dari RM30! 



Hakuna Matata


Hakuna Matata menawarkan bilik yang selesa dengan pencahayaan semulajadi dan pemandangan Carnarvon. Biliknya mempunyai almari terbuka dan meja kerja beserta cerek elektrik. Terdapat bilik mandi peribadi dengan bidet dan unit pemanas elektrik juga.
Tetamu juga akan dihidangkan 1 kopi percuma, teh atau jus buah (kecuali pada hari Isnin) khas dari Hakuna Matata Cafe di aras bawah.

Alamat           : 5 Lebuh Carnarvon,10100 Georgetown, Penang

Harga              : Dari MYR 130 /malam

Bil. Tetamu    : 2




Cindy Homestay & Tour


Cindy Homestay Penang terletak di tengah bandar Pulau Pinang. Sebuah rumah dengan 3 bilik dan 2 tandas, dilengkapi dengan air panas, penghawa dingin, dapur, peti sejuk dan pemain DVD.
Berhampiran dengan kawasan tarikan pelancong seperti Bukit Bendera, Fort Cornwallis, Tokong Kek Lok Si, pusat membeli-belah dan banyak lagi.

Alamat           NO.100, Medan Penaga Kampung Batu Lanchang, Jelutong 11600 George Town Pulau Pinang Malaysia

Harga              : Dari MYR 130 /malam

Bil. Tetamu    : 6



Harga homestay kami paparkan ini sudah murah, tapi anda ingin dapatkan lebih diskaun berganda murah? Klik sini!


MGH # 4

MGH #4 adalah singkatan dari Muslim Guest House adalah apartment 3 bilik yang berhawa dingin. Terletak di tingkat 2 dengan lif, mempunyai kemudahan seperti Astro, peti sejuk, cerek elektrik, pemasak nasi dan kemudahan untuk membuat teh dan gula.

Terletak berhampiran dengan Bandar Georgetown, Komtar, Prangin Mall, USM, Padang Kota, Heritage Site dan banyak lagi.


Alamat            42A-2-18 Sri Saujana Gat Lebuh Macallum 10300 Georgetown Pulau Pinang

Harga               : Dari MYR 190 /malam

Bil. Tetamu    : 8


 Tempah dari RM190! 



Tanjung Tokong Homestay (Gurney area)

Homestay ini adalah unit studio yang terletak di Tanjung Tokong, direka khas seperti gaya Country. Unit ini dilengkapi dengan bilik tidur besar (2 katil bersaiz Queen dan 1 katil bersaiz King) dan bilik mandi yang serba lengkap.

Semua bilik tidur dan ruang tamu dilengkapi dengan kipas dan penghawa dingin manakala dapur dilengkapi dengan perkakas dapur asas. Ruang tamu pula dilengkapi dengan sofa dan TV set serta internet berkelajuan tinggi.


Alamat            : Palm Court, Jalan Seri Tanjung Pinang, 10470 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

Harga              : Dari MYR 238 /malam

Bil. Tetamu    : 6


 Tempah dari RM238! 


Search for accommodations

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (2 VOTES)