Homestay Bentong Featured Image

Homestay Bentong

By [email protected] - Apr 10, 2019 (Last Updated Apr 16, 2020)

Di negeri Pahang terdapat banyak tempat menarik yang anda boleh lawati. Oleh kerana struktur persekitaran yang berbukit bukau, kebanyakkan destinasi percutian di Pahang beriklimkan cuaca yang sejuk dan nyaman.


Tidak terkecuali dengan daerah di Bentong. Ia sungguh terkenal dengan persekitaran yang menghijau serta suasana yang nyaman, jauh dari hiruk-pikuk kota. Air Terjun Chamang adalah antara destinasi popular di Bentong. Lokasi ini sangat popular dan pasti akan dibanjiri dengan lautan manusia terutamanya ketika musim cuti sekolah dan hari perayaan.


Selain itu, terdapat Pusat Air Panas Bentong untuk pengunjung memanjakan diri. Di sana, kolam air panas dibahagikan kepada dua iaitu kolam air panas dan kolam air sederhana panas. Menariknya, masuk adalah percuma!


Di sini kami senaraikan tempat penginapan menarik di Bentong yang boleh anda cuba. 


Kanopi Villa

Kanopi Villa Gallery Photos

Kanopi Villa @ Janda Baik adalah pusat perkhemahan mewah seluas 8 hektar. Ia terletak di kaki bukit Genting Highlands, hanya 45 minit dari Kuala Lumpur.  Lokasi villa ini yang jauh dari bandar dapat memberikan ketenangan kepada para tetamu. Selain itu, udara segar, cuaca sejuk dengan panorama yang indah dapat memberikan pengalaman unik yang maksima kepada pelawat yang gemarkan alam semula jadi.


Lokasi: Lot 25929, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Bilangan Tetamu: 6

Harga Dari:  RM100 / malam


Tempah Sekarang!



Maison Mura @ Selesa Hillhomes

Maison Mura @ Selesa Hillhomes Gallery Photos


Terletak di puncak Bukit Tinggi, Selesa Hillhomes menawarkan penginapan selesa dengan harga yang berpatutan untuk anda seisi keluarga. Apartment ini dilengkapi dengan balkoni dan juga dapur beserta kelengkapan lengkap jika anda terasa ingin memasak. 

Sesuai untuk weekend getaway, anda bukan saja akan menikmati udara sejuk tetapi juga anda akan disajikan dengan pemandangan gunung yang menakjubkan!

Lokasi: Selesa Hillhomes Golf and Resort, Jalan Bukit Tinggi, Bentong, Pahang
Bilangan Tetamu: 6
Harga Dari: RM300 / malam

Inginkan penjimatan hebat untuk percutian anda? Klik di sini.

The Acres


The Acres merupakan resort ekslusif berkeluasan 8 ekar yang menawarkan pemandangan gunung yang menakjubkan! Pada waktu malam, suhu menjadi lebih kurang 22-25 darjah celsius, sangat sesuai bagi yang ingin menikmati angin sejuk beserta keindahan alam semula jadi. 

Cuma terletak 30-40 minit dari Kuala Lumpur dan 5 minit dari pekan Bukit Tinggi, resort ini juga menawarkan ladang haiwan untuk kanak-kanak dan juga perkhidmatan basikal percuma.

Lokasi: Lot 28431 Kampung Bukit Tinggi 28750 Bentong Pahang
Laman web: The Acres Resort


Saujana Janda Baik Resort

Satu lagi resort di Bentong yang patut anda cuba ialah Saujana Janda Baik. Premis yang 100% halal ini terletak berdeatan sungai Chemperoh yang merupakan salah satu sungai terbersih di Janda Baik. 


Resort yang mengetengahkan konsep chalet kayu ini menawarkan banyak aktiviti seperi badminton, futsal, frisbees dan pelbagai lagi. 


Lokasi: Lot 6989, Kampung Janda Baik. 28760, Bentong Pahang


Masih tercari-cari tempat penginapan yang patut anda tempah? 

Klik pada imej di bawah untuk melihat senarai penuh pilihan penginapan di Pahang.

Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (1 VOTES)