6 Senarai Homestay di Batu Pahat Untuk Anda Featured Image

6 Senarai Homestay di Batu Pahat Untuk Anda

By Farisya - Dec 11, 2018 (Last Updated Dec 02, 2019)

Johor merupakan negeri yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Bagi peminat setia sukan bola sepak, pasti anda tidak janggal dengan nama kelab pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT). 


Namun artikel ini bukan lah untuk menceritakan mengenai kehebatan kelab bola sepak tersebut, tetapi ingin membantu anda mendapatkan tempat penginapad di satu tempat di Johor yang digelar oleh penduduk tempatan sebagai syurga makanan, di mana lagi kalau bukan Batu Pahat


Usah risau hingga tak lalu makan kerana masih belum jumpa lagi homestay yang sesuai untuk percutian anda di Batu Pahat, di sini kami senaraikan 6 Homestay Batu Pahat untuk memudahkan proses and mencari homestay di Batu Pahat sekaligus menyelesaikan masalah anda. 


Homestay Parit Sempadan


Homestay Parit Sempadan terletak di Parit Raja, Batu Pahat. Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti bilik berhawa dingin, kemudahan memasak yang lengkap, mesin basuh dan banyak lagi pastinya mampu menjamin keselesaan anda dan keluarga. Dengan 2 bilik tidur yang lengkap dengan katil dan tilam, boleh memuatkan sehingga 6 orang tetamu. 


Yang menariknya jika anda menginap di Homestay Parit Sempadan, kawasan ini terletak berdekatan dengan gerai Mee Rebus sebelah Klinik Desa dan homestay ini juga terletak berdekatan dengan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), kira-kira 1.8 km sahaja. 


Alamat: Jalan Parit Jelutong, Kg Parit Sempadan, Parit Raja, 86400 Batu Pahat, Johor

Harga: Bermula dari RM 250.00 satu malam

Laman Web: Homestay Parit Sempadan 


Book Now


Impiana Putera Batu Pahat Homestay


Impiana Putera Batu Pahat Homestay terletak di Taman Putera Indah dan menjadikan sebagai lokasi homestay yang strategik kerana tidak jauh dari bandar Batu Pahat dan taman tema air WetWorld Batu Pahat, kira-kira 10-15 minit sahaja. 

Homestay 2 tingkat ini sangat sesuai untuk keluarga besar kerana boleh memuatkan sehingga 10 orang tetamu dan menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anda sekeluarga seperti kelengkapan dapur dan memasak termasuk peti sejuk, penghawa dingin, bilik yang selesa, ruang tamu yang luas di tingkat bawah dan atas dan banyak lagi. 


Alamat: Jalan Putera Indah 3/3, Taman Putera Indah, 83010 Batu Pahat, Johor

Harga: Bermula dari RM 250.00 satu malam

Alamat: Impiana Putera Batu Pahat Homestay


Book Now


D'aman Homestay Parit Raja Darat


D'aman Homestay Parit Raja Darat merupakan homestay yang dilengkapi dengan 2 buah bilik tidur dan boleh memuatkan sehingga 8 orang tetamu. Saiz bilik nya yang agak luas dan dilengkapi dengan katil single dan double-decker, sesuai untuk anda yang mencari penginapan percutian di Batu Pahat bersama rakan-rakan mahupun keluarga. 

Terletak di tengah-tengah bandar Parit Raja, menjadikannya mudah untuk anda akses ke Batu Pahat melalui Jalan Kluang.  


Alamat: Lorong Aman, Kg Parit Raja Darat, Parit Raja, 86400 Batu Pahat, Johor

Harga: Bermula dari RM 200.00 satu malam 

Laman Web: D'aman Homestay Parit Raja Darat


Book Now


D'Jelutong Homestay (Premium)


D'Jelutong Homestay (Premium) terletak di Kampung Parit Jelutong dan lokasinya mengambil masa 3-5 minit untuk ke UTHM dan ke Pekan Parit Raja. Sesuai untuk keluarga kecil atau pun penginapan bersama rakan-rakan jika anda berkunjung untuk ke Batu Pahat dan mencari penginapan yang murah dan selesa. 

Lengkap dengan penghawa dingin, TV bersiaran ASTRO dan juga wifi, D'Jelutong Homestay merupakan antara homestay yang termurah ada di Batu Pahat namun tetap menjamin keselesaan untuk penghuninya. 


Alamat: Lorong Warisan 3, Kg Parit Jelutong, Parit Raja, 86400 Batu Pahat, Johor

Harga: Bermula dari RM 130.00 satu malam

Laman Web: D'Jelutong Homestay (Premium)


Book Now


D'Jelutong Homestay (Deluxe)


D'Jelutong Homestay (Deluxe) terletak bersebelahan dengan D'Jelutong Homestay (Premium). Jika yang premium mampu memuatkan sehingga 5 orang tetamu dengan selesa, namun deluxe hanya mampu memuatkan 3 orang sahaja. 

Kedua-dua D'Jelutong Homestay ini mempunyai kemudahan asas yang sama. Jika anda mempunyai lebih dari 5 orang, jadi anda disarankan untuk menempah kedua-dua homestay ini! 


Alamat: Lorong Warisan 3, Kg Parit Jelutong, Parit Raja, 86400 Batu Pahat, Johor

Harga: Bermula dari RM 90.00 satu malam

Laman Web: D'Jelutong Homestay (Premium)


Book Now


Layari artikel di atas untuk mendapatkan lebih senarai Homestay di Johor. 

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3 (3 VOTES)