Homestay Di Tanjung Bungah Penang Featured Image

Homestay Di Tanjung Bungah Penang

By Hani - Apr 16, 2019 (Last Updated Nov 30, 2019)

Anda sedang merancang percutian bersama keluarga atau sahabat handai tapi masih tidak tahu destinasi mana yang patut dituju? Apa kata kalau kita jalan-jalan ke Penang, lebih spesifik lagi, jom kita ke Tanjung Bungah dan bermalam di salah satu homestay di Tanjung Bungah, Penang.


Tapi, apa yang best sangat ye di Tanjung Bungah ini? Tanjung Bungah terletak di kawasan tepi pantai di antara Batu Ferringhi dan Tanjung Tokong. Jarak antara Tanjung Bungah dengan pekan tidak lah jauh mana, dalam 6.5 km saja.


Tanjung Bungah dahulu merupakan sebuah perkampungan nelayan yang aman damai, namun kini sangat pesat membangun menjadi salah satu destinasi wajib yang anda perlu kunjung di Penang. Di sini anda boleh membuat pelbagai aktiviti air seperti paragliding, jet ski, berenang di pantai, menaiki banana boat dan banyak lagi, disamping itu anda juga disapa dengan kehijauan alam di sekitarnya.


Seronok kan Tanjung Bungah? Apa kata kalau anda lihat senarai homestay di Tanjung Bungah Penang yang kami paparkan di bawah ini. Kalau anda tidak cukup bajet, jangan risau, anda boleh skrol ke bawah untuk mendapatkan diskaun hebat!



Hins's Villa @ Tanjung Bungah

Jika anda datang dengan keluarga yang besar atau dengan rakan-rakan yang ramai, anda boleh bermalam di Hins's Villa @ Tanjung Bungah. Homestay ini menawarkan 5 bilik tidur (3 katil Queen dan 2 katil Twin Single) dan 3 tandas, selesa untuk 20 orang pada suatu masa. Homestay ini juga mempunyai kolam renang persendirian, set BBQ dan ruang parkir yang luas. Sesuai sangat untuk anda yang nak melakukan apa-apa aktiviti atau jamuan semasa bermalam di sini.


Alamat: 502-J, Jalan Tanjung Bungah, 11200, Pulau Pinang, Malaysia. 

Bilangan Tetamu: 20

Harga:  Bermula MYR980 / malam


Tempah Sekarang Dari RM980!  



Ladybug Family Homestay



Jika anda ingin lari dari hiruk-pikuk bandar walaupun hanya untuk seketika, anda boleh menempah Ladybug Family Homestay. Homestay ini dengan 5 bilik tidur bersama 14 tilam Super Single sangat sesuai untuk anda yang datang dengan keluarga yang besar atau dengan ramai rakan-rakan sehingga 14 orang. Kesemua bilik tidur mempunyai penghawa dingin, wifi percuma di seluruh rumah, 4 tandas beserta water heater, dan dapur yang lengkap dengan peti ais, microwave, dapur gas dan water dispenser. Namun, anda tidak boleh memasak di sini ya tapi kalau anda nak berBBQ, anda dialu-alukan untuk menyewa set BBQ dari tuan rumah terlebih dahulu. Dan kalau anda nak tahu, kos sewaan termasuk dengan upah mengemas laman rumah setelah anda habis BBQ. Senang kan? Anda memang berehat sepuasnya di sini.


Alamat: 41, Lorong Lembah Permai 3, 11200, Tanjung Bungah, Penang. 

Bilangan Tetamu: 14

Harga:  Bermula MYR600 / malam


Tempah Sekarang Dari RM600!  



New Modern Renovated Homestay


New Modern Renovated Homestay mempunyai 4 bilik tidur dengan 3 katil Queen dan 3 tilam Single yang selesa untuk menempatkan 9 orang dewasa. Ruang tamu rumah ini sangat luas dan dihiasi dengan perabot moden, sesuai dengan nama homestay ini. Semua bilik dan ruang tamu mempunyai penghawa dingin, wifi, 3 tandas dengan pemanas air, sterika, pengering rambut dan mesin basuh. Anda tak usah risau pasal parkir kerana halaman rumah ini mampu memuatkan 4 hingga 5 buah kereta. Jika anda nak menyewa BBQ juga tiada masalah, tuan rumah sedia menyediakan set BBQ beserta kos upah kemas setelah anda habis makan.


Alamat: 34, Lorong Lembah Permai 3, 11200, Tanjung Bungah, Penang. 

Bilangan Tetamu: 9

Harga:  Bermula MYR650 / malam


Tempah Sekarang Dari RM650!  


Bajet tak mencukupi untuk menempah homestay di Tanjung Bungah ini? Tak usah risau, tekan sini untuk mendapatkan diskaun hebat!


Penang Homestay 59 Tanjung Bungah


Penang Homestay 59 Tanjung Bungah mempunyai 4 bilik tidur (1 katil King di Bilik 1 dan 2, 1 katil Single dan 1 katil King di Bilik 3 dan 4) dan 3 tandas selesa untuk 12 tetamu pada suatu masa. Homestay ini lengkap dengan perkakas dan perabot moden seperti penghawa dingin, wifi, peti sejuk, mesin basuh dan tuala. Selain itu, homestay ini juga berhampiran dengan kawasan tarikan seperti Pantai Batu Ferringhi, Gurney Drive, Tokong Kek Lok Si dan banyak lagi.


Alamat: 59, Jalan Chan Siew Teong, 11200 Penang. 

Bilangan Tetamu: 12

Harga:  Bermula MYR350 / malam


Tempah Sekarang Dari RM350!  



Gathering Cottage Homestay

Kalau anda nak merasa bermalam di homestay yang lain dari yang lain, anda boleh menempah Gathering Cottage yang menjanjikan keselesaan seperti di rumah sendiri. Rumah ini mempunyai 4 bilik dan 4 tandas yang selesa untuk 14 orang tetamu. Kesemua bilik tidur dan ruang tamu berhawa dingin, wifi di seluruh rumah, water heater, dapur yang lengkap dengan perkakas asas untuk memasak, peti ais, mesin basuh dan banyak lagi.


Alamat: 28, Lorong Lembah Permai 3, 11200, Tanjung Bungah, Penang.

Bilangan Tetamu: 14

Harga:  Bermula MYR580 / malam


Tempah Sekarang Dari RM580!  



Anda mungkin menginginkan lebih banyak lagi pilihan senarai penginapan di Pulau Pinang untuk berbincang bersama keluarga atau rakan-rakan? 

Jangan risau! Tekan sahaja gambar di bawah untuk mendapatkan lebih banyak lagi senarai penginapan terbaik yang ada.



Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (1 VOTES)