8 Homestay Di Sepang Dekat Dengan KLIA Featured Image

8 Homestay Di Sepang Dekat Dengan KLIA

By Hani - Apr 13, 2019 (Last Updated Dec 10, 2019)

Sangat mudah kan jika nak bercuti ke mana-mana sekarang? Mana taknya kalau tambang tiket kapal terbang jauh lebih murah kalau nak dibandingkan dari harga tiket kereta api atau bas bila tengah promosi. Tapi, yang tak best tu bila masa penerbangan terlalu awal atau anda tiba terlalu lewat dan perlukan tempat untuk transit. Yang jadi masalah tu bila poket dah kering dari bercuti dan anda pula datang dengan bilangan yang ramai. Stress betul memikirkannya!


Eh, janganlah pening-pening memikirkan tempat penginapan yang dekat dengan KLIA. Sebab dekat bawah ini kami dah siap-siap senaraikan dah 8 homestay di Sepang yang dekat dengan KLIA. Sesuai sangat kalau anda kena transit ke atau mak-mak ayah yang dah tua nak transit dari umrah atau haji. Badan dah penat, rindu sangat dekat rumah. Nah, jangan khuatir, homestay yang kami senaraikan ni pun sangat selesa - mana tahu lebih selesa dari rumah anda sendiri! Jom lihat 8 homestay di Sepang dekat dengan KLIA yang kami dah senaraikan di bawah ini!


Villa Shamir Pool Villa Near KLIA & KLIA2

Siapa sangka villa mewah rumah dua tingkat dengan kolam renang dan lengkap dengan perabot ini berada di Sepang, berhampiran dengan KLIA. Sesuai untuk anda yang datang dengan keluarga besar, namun, kalau anda datang dengan bilangan sedikit pun, anda mempunyai pilihan untuk menyewa bilik di tingkat bawah atau di atas, dan tuan rumah juga akan tinggal bersama dengan anda. Baru lah feel macam bed and breakfast di overseas kan? Tuan rumah Villa Shamir ini akan sedia upaya membuatkan anda berasa selesa dan membantu semasa anda menginap di villa ini. Kedua-dua bilik yang disewakan ini mempunyai 1 katil Queen dan tandas persendirian.


Alamat: 7, Jalan Warisan Setia 5/6, Kota Warisan, 43200 Sepang, Selangor. 

Bilangan Tetamu: 2

Harga:  Bermula MYR250 / malam


Tempah Sekarang Dari RM250!  



Cozy KLIA Transit/Condo In Sepang

Jika anda memerlukan sebuah penginapan transit, anda boleh menempah Cozy KLIA Transit, sebuah kondominium baru yang dihiasi dengan perabot baru. Homestay ini boleh menempatkan 10 tetamu pada satu masa dengan 4 bilik tidur, ruang tamu lengkap dengan sofa dan TV, ruang makan beserta meja makan untuk 6 orang dan 2 tandas yang disertakan dengan tuala. Homestay ini juga mempunyai dapur yang boleh digunakan untuk masakan ringkas. Selesa seperti di rumah sendiri kan?


Alamat: No 32 Ehsan Residence, Jalan Orkid 4/2, 43900, Sepang, Selangor.

Bilangan Tetamu: 10

Harga:  Bermula MYR260 / malam


Tempah Sekarang Dari RM260!  



E&A Homestay KLIA

E&A Homestay KLIA merupakan sebuah rumah dua tingkat yang dihiasi dengan warna ceria dan mempunyai 4 bilik tidur, 3 tandas dan 1 ruang permainan khas untuk anak-anak anda. Homestay ini dilengkapi dengan 2 penghawa dingin di ruang tamu sahaja dan 3 bilik tidur berhawa dingin. Rumah ini sesuai untuk anda yang ingin bermalam dek kerana transit, bercuti, bekerja, menghadiri perkahwinan, dan banyak lagi. Tempahlah E&A Homestay KLIA sekarang dengan jaminan keselesaan!


Alamat: 101, Jalan Ixora 1/2, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor.

Bilangan Tetamu: 8

Harga:  Bermula MYR200 / malam


Tempah Sekarang Dari RM200!  



Dapatkan promosi hebat ketika anda menempah homestay Sepang yang berhampiran dengan KLIA sekarang! 


Saujana KLIA Guesthouse

Saujana KLIA Guesthouse merupakan sebuah homestay dua tingkat dengan 4 bilik yang selesa untuk didiami oleh 10 orang. Lengkap dihiasi dengan perabot moden dan kemudahan seperti wifi, water heater, TV bersama Astro, kelengkapan dapur asas, microwave, peti ais dan banyak lagi. Homestay ini juga berhampiran dengan tarikan dan universiti di Sepang seperti University Xiamen Malaysia, Litar Antarabangsa Sepang, Cyberjaya dan lain-lain.


Alamat: 52, Jalan SKLIA 1/2, Taman Saujana KLIA, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor.

Bilangan Tetamu: 10

Harga:  Bermula MYR280 / malam


Tempah Sekarang Dari RM280!  



NestStay @ Amazing Cyberjaya

Sebuah homestay yang moden dan trendy serta bergaya, NestStay @ Amazing Cyberjaya menawarkan penginapan 3 bilik tidur untuk 7 orang pada satu masa. Homestay ini lengkap dengan wifi, kolam renang, penghawa dingin, sauna, mesin basuh, cerek, TV, sterika, dan dapur dengan kelengkapan asas. Selain itu, homestay ini juga mempunyai fasiliti gimnasium dan BBQ. 


Alamat: Ceria Residence, Persiaran Sepang, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor.

Bilangan Tetamu: 7

Harga:  Bermula MYR220 / malam


Tempah Sekarang Dari RM220!  



Perlukan lebih banyak lagi pilhan homestay di kawasan sekitar Selangor bagi menjamin percutian yang hebat dan menarik? 

Jangan risau, di bawah ini kami sediakan senarai penuh penginapan di Selangor. Klik sahaja gambar di bawah untuk melihat senarai. 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.71 (14 VOTES)