Destinasi Percutian Keluarga 2022 Featured Image

Destinasi Percutian Keluarga 2022

By Farah - Mar 24, 2022 (Last Updated Jun 22, 2023)

Memori yang paling best mestilah bila dapat bercuti bersama keluarga. Betul tak? Malaysia sangat bertuah sebab kita ada banyak tempat-tempat menarik untuk bercuti bersama keluarga. Daripada tempat membeli belah di Johor Bahru, hutan hijau yang nyaman di Pahang sampailah ke bandar-bandar bersejarah di Ipoh, mesti ada dua, tiga atau lebih daripada empat tempat yang sesuai untuk keluarga anda!


Jom tengok senarai penginapan yang best untuk keluarga anda. Daripada senarai ni, anda boleh pilih penginapan yang disukai untuk dinikmati bersama-sama keluarga.


Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik


Sugeh Hill terletak di tanah tinggi di kampung Janda Baik, Pahang yang dipenuhi dengan pemandangan yang memukau. Tempat percutian yang klasik ini berkonsepkan alam semulajadi dan sangat sesuai untuk seisi keluarga. Resort ini menawarkan harga penginapan mampu milik serta pelbagai jenis penginapan yang menarik. 


Sugeh Hill Resort juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh cuba dengan keluarga. Mandi sungai, mandi kolam, flying fox, berkuda, karaoke dan macam-macam lagi aktiviti yang disediakan. Penginapan disini pastinya meninggalkan kenangan yang indah untuk anda seisi keluarga.


Alamat : Lot 495, Kampung Chemperuh, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia.

Laman Web: Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik


Book Now!   


Alun Retreat, Pangkor

Nak rasa kelainan untuk percutian di Pulau Pangkor? Alun Retreat merupakan hotel kontena pertama yang ada di Pulau Pangkor mempunyai rekaan senibina moden serta minimalis.


Terletak di tepi pantai, sesuai untuk anda yang sukakan pemandangan laut. Tak perlu menaiki kenderaan atau berjalan jauh untuk nikmati pemandangan laut, keluar bilik boleh terus terjun mandi! View yang mendamaikan, boleh juga feeling-feeling tengok sunset nanti.


Alamat : Lot 30003, Jalan Pasir Bogak, Pekan Pangkor, 32300 Pulau Pangkor, Perak, Malaysia.

Laman Web: Alun Retreat Pulau Pangkor


Book Now!   


Farmstay Relau, Kedah

Farmstay Relau Gallery Photos



Farmstay Relau adalah penginapan yang berkonsepkan Rumah tradisional melayu. Sangat sesuai untuk anda yang inginkan percutian jauh dari kesibukan bandar. Resort ini mempunyai permandangan dan suasana kawasan kampung yang sangat unik dan tenang. Ia dikelilingi dengan kebun serta dusun durian. Banyak aktiviti yang anda boleh nikmati semasa percutian di sini antaranya ATV ride, mandi kolam, berbasikal, meronda melihat kawasan ladang sambil memberi binatang peliharaan makan dan banyak lagi.


Alamat : Lot 1014, Kampung Paya Semambu, 34950, Bandar Baharu, Kedah, Malaysia.

Laman Web: Farmstay Relau


Book Now!   



Kebun Rimba, Janda Baik




Kebun Rimba Private Estate menawarkan 5 pilihan penginapan daripada saiz studio ke saiz villa yang besar. Hanay 45 minit dari Kuala Lumpur, sangat sesuai untuk anda semua yang inginkan percutian private jauh ke dalam hutan, yang menawarkan anda suasan hutan hujan yang subur. Antara aktiviti yang anda boleh nikmati semasa percutian di sini antaranya termasuklah Night Walk, menunggang kuda, berekreasi di air terjun, serta berjalan-jalan menikmati suasan hutan.


Alamat : Lot PT 12391 Kampung Cheringin, Janda Baik 28750 Bentong, Pahang, Malaysia.

Laman Web: Kebun Rimba Private Estate



Book Now!   



Seri Chendana Resort, Melaka


Seri Chendana Resort dibina menyerupai senibina rumah tradisional Melaka. Resort ini mempunyai ruang tempat letak kereta tersendiri dan ruang barbeku. Anda boleh juga singgah ke buffet restoran mereka yang menyediakan makanan tempatan dan juga makanan barat.

Jika anda sukakan rekabentuk  rumah tradisional dengan suasana klasik, Seri Chendana Resort adalah pilihan terbaik. Setiap bilik dan resort mempunyai balkoni dan halaman hadapan jadi sangat sesuai untuk keluarga menginap di sini. Kanak-kanak boleh bermain di halaman hadapan sambil anda memerhatikan mereka daripada balkoni bilik.


Alamat : Km 23, Jalan Melaka, 77300 Merlimau, Melaka

Laman Web : Seri Chendana Resort


Book Now!   



Riverside Janda Baik, Bentong


Seperti namanya, tempat penginapan ini terletak di di sekitar sungai dan anda boleh menikmati udara segar dan mendengar bunyi deruan air sungai. Resort ini juga mempunyai pemandangan yang tenang dan penuh kehijauan, sesuai untuk anda seisi keluarga yang ingin melarikan diri daripada kehidupan yang sibuk di kota. 


Selain daripada beriadah sekitar sungai yang berdekatan, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti lain seperti berbeku, berkhemah dan berkayak.


Alamat : Lot 5506, Jalan Sum-Sum Hilir Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.

Laman Web: Riverside Janda Baik

Book Now!   


The Orchard Wellness Resort, Melaka


Di sini anda dan keluarga boleh merasai pelbagai pengalaman seperti kesihatan, kecantikan, serta pemandangan sekeliling resort yang menarik. The Orchard Resort telah beberapa kali mendapat anugerah “Malaysia’s Best Wellness Spa and Best Wellness Retreat” pada tahun 2015, 2016, 2017 dan 2018 oleh “World Spa Awards”. Jadi anda tak perlu ragu-ragu dengan kepakaran mereka jika anda berminat untuk mencuba spa mereka.


Resort ini terletak di tanah persendirian yang penuh dengan pokok-pokok hijau, bukit dan kebun buah yang anda boleh pergi dan rasai buah mereka. Banyak yang anda boleh lakukan di resort ini. Resort ini juga terletak di negeri bersejarah Melaka. selain menghabiskan masa di dalam resort, anda boleh juga mengmbil peluang ini untuk berjalan-jalan di sekitar melaka.


Alamat : 63, Jalan Solok Uban, Kampung Brisu, Lubok China, 78100, Melaka, MALAYSIA

Laman Web: The Orchard Wellness and Health Resort


Book Now!




MYR 398.00 /night

MYR 150.00 /night

Jadi bagaimana? Semoga dengan senarai penginapan yang kami senaraikan ini dapat membantu anda merancang percutian anda bersama keluarga supaya jadi lebih menarik.


Boleh share post ini dan tag pasangan anda. Boleh juga "follow" kami di facebook fan page untuk kami kongsikan lebih banyak info tentang promosi, dan tempat-tempat yang menarik untuk dikunjugi.

 

Selamat menikmati percutian bersama keluarga!

Search for accommodations

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.77 (13 VOTES)