Tempat Penginapan & Chalet Yang Menarik di Port Dickson Featured Image

Tempat Penginapan & Chalet Yang Menarik di Port Dickson

By Farisya - Jul 27, 2022 (Last Updated Apr 28, 2023)

Nak cerita tentang Port Dickson ni, ramai yang dah tahu tempat ni sangat famous dengan pantai yang luas dan tempat berkelah untuk keluarga dan kawan-kawan untuk santai-santai dan buat small gathering. Ada juga yang ber"camping" di pantai Port Dickson waktu malam kalau nak tau. Jadi, tak hairan lah kalau anda juga salah seorang yang sedang merancang untuk bercuti di Port Dickson masa musim cuti nanti! 


Selain dari Pantai Port Dickson yang selalu menjadi tumpuan penduduk tempatan mahupun penduduk dari negeri lain, banyak juga tempat-tempat menarik yang boleh di kunjungi di Port Dickson ini antaranya termasuklah:

  1. Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang
    • Tiket: Percuma

  2. Rumah Terbalik Port Dickson
    • Tiket: RM20 (Dewasa); RM15 (Kanak-kanak)

  3. PD Ostrich Farm
    • Tiket: RM15 (Dewasa); RM10 (Kanak-kanak)

  4. Muzium Tentera Darat Port Dickson 
    • Percuma 


    Jom rancang percutian di Port Dickson dan menginap hotel atau chalet pilihan kami di Port Dickson yang kami senaraikan di bawah ni!


    Tokido Deluxe Water Chalet PD

    Tokido Deluxe Water Chalet PD Gallery Photos

    Tokido Deluxe Water Chalet PD Gallery Photos


    Tokido Deluxe Water Chalet PD ini merupakan milik persendirian dan terletak di Lexis Water Chalet Port Dickson. Chalet terapung atas air menjanjikan suasana yang romantik, best juga kalau anda plan untuk honeymoon atau sambuat anniversary di sini! Sesuai untuk 2-3 orang,  chalet ini juga menyediakan balcony, boleh lah anda menikmati pemandangan indah Pantai Port Dickson. Rasanya di sini ramai juga yang buat aktiviti memancing. 


    Nampak macam best kan? Harga hanya serendah RM259 sahaja untuk anda menikmati percutian yang best di sini. 


    Alamat: 015U, Lexis Water Chalet, Jalan Seremban Batu 2, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
    Bilangan Tetamu: 2-3
    Harga: Bermula dari RM259/ malam 


     Tempah sekarang!  



    De Valda's Chalet

    de valda’s chalet Gallery Photos


    Sekali pandang pon dah tahu tempat ni memang menarik sangat! Tak percaya? Boleh check out guest reviews De Valda' Chalet Facebook, ramai cakap seronok bercuti di sini. Apa yang best nya? Sbb die nampak limited dan private!

    Limited chalet, hanya ada 3 Chalet yang dipanggil sebagai Chalet Lumbung. So kalau anda semua nak bercuti di Port Dickson dan mencari tempat yang lain dari yang lain, boleh lah try chalet ni. Kolam renang disediakan, boleh mandi sampai puas ya! Sangat sesuai untuk family gathering juga kerana ada kawasan yang luas untuk anda buak aktiviti, ada juga yang siap pacak khemah di sini tau.  


    Alamat: Lot 104b Km 10, Jalan Pantai, 71050 Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan
    Bilangan Tetamu: 2-4 maximum untuk satu chalet
    Harga: Bermula dari RM180/ malam 


     Tempah sekarang!  


    Homestay Port Dickson Pool Kontena & Backpackers

    Homestay Port Dickson Pool Kontena & Backpackers Gallery Photos

    Homestay Port Dickson Pool Kontena & Backpackers Gallery Photos


    Selari dengan nama homestay ni, penginapan yang disediakan berkonsepkan dalam kontena. Namun, anda jangan risau pula kalau cuaca panas, kerana bilik yang ditawarkan terdapat pengahawa dingin atau kipas bergantung dengan pakej yang anda pilih. Ruang yang selesa dan besar, kolam renang dewasa dan kanak-kanak juga ada disediakan. Sesuai untuk anda menikmati percutian bersama  keluarga di sini! 


    Terdapat juga kemudahan BBQ, ruang makan yang luas serta tempat untuk anda buat aktiviti menarik. Jadi, tunggu apa lagi? Jom lah semak harga di sini!


    Alamat: 1466, Jalan Pantai Batu 4, 71050 Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan
    Bilangan Tetamu: 60 orang ++ secara keseluruhan 
    Harga: Bermula dari RM98/ malam 


     Tempah sekarang!  



    Hotel Seri Malaysia Port Dickson

    Hotel Seri Malaysia Port Dickson Gallery

    Hotel Seri Malaysia Port Dickson Gallery


    Terletak berhadapan dengan Pantai Batu 4 Port Dickson, Hotel ini menjadi salah satu pilihan pengunjung yang datang ke sini. Jika anda ke Pantai Batu 4 pada hari Sabtu, terdapat juga pasar malam di kawasan situ. Jadi, nikmati lah percutian anda di Port Dickson sambil berkelah di tepi pantai dengan makanan-makanan yang sedap! 

    Alamat: PT 49, Jalan Pantai Batu 4, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
    Bilangan Tetamu: 2-4 orang bergatung pemilihan jenis bilik 
    Harga: Bermula dari RM153/ malam 


     Tempah sekarang!  


    Sa'diah Bayview Condominium

    Sa'diah Bayview Condominium Gallery Photos

    Sa'diah Bayview Condominium Gallery Photos


    Merupakan milik persendirian terletak di Bay View Villa Condominimum, Sa'diah Bayview Condominium menawarkan 2 unit homestay terletak di Tingkat 2 dan Tingkat 3 dan masing-masing lengkap dengan kemudahan seperti 3 bilik tidur dan katil, dapur dan kemudahan memasak, penghawa dingin, dan lain-lain. 


    Anda juga bebas untuk menggunakan kemudahan yang disediakan di condominium ini termasuklah kolam renang dan kawasan BBQ. 


    Alamat: Bay View Villa Condominium, Jalan Pantai Batu 6,71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
    Bilangan Tetamu: 8 orang
    Harga: Bermula dari RM160/ malam 


     Tempah sekarang!  


    Private Apartment Homestay GBR

    Private Apartment Homestay GBR Gallery Photos

    Private Apartment Homestay GBR Gallery Photos


    Homestay ini merupakan milik persendirian terletak di Glory Beach Resort Port Dickson. Apartment ini menawarkan 3 bilik tidur dan 2 bilik air lengkap dengan 1 katil queen dan 3 katil single. Walaupun ini milik persendirian, tetapi anda tetap boleh akses ke kolam renang dan diberikan satu parking kereta. 


    Namanya juga beach resort, jadi homestay apartment ini memberikan anda pemandangan Pantai Tanjung Gemuk dr arah balkoni. Best ke best? 


    Alamat: B-4-7, Glory Beach Resort, Jalan Tanjung Gemuk, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
    Bilangan Tetamu: 5 orang 
    Harga: Bermula dari RM420/ malam 


     Tempah sekarang!  


    Homestay D'Azam


    Nampak besar kan? Homestay D' Azam ini merupakan homestay 2 tingkat terletak di corner lot, memberikan keluasan yang sangat selesan untuk anda buat family gathering di sini. Terdapat kolam renang, kemudahan BBQ, dapur untuk memasak, ruang luas untuk ativiti, 6 buah bilik lengkap dengan kelengkapan tidur yang selesa. Anda boleh buat tempahan bermula dari 4 buah bilik. 

    Homestay D' Azam ini hanya 2 minit sahaja dari Pekan Port Dickson, dan 5 minit ke Pantai Batu 4 Port Dickson. 


    Alamat: Jalan Impian Putra 9, Taman Putra Impian, 71000, Port Dickson, Negeri Sembilan
    Bilangan Tetamu: 20 orang 
    Harga: Bermula dari RM750/ malam 


     Tempah Sekarang!  


    Villa 969


    Villa 969 ini berkeluasan 12,000 kaki persegi, dilengkapi dengan kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Terletak dalam kawasan kejiranan yang berpagar dan dilengkapi dengan kawalan keselamatan 24 jam memastikan keselesaan dan keselamatan pengunjung terjamin sepenuhnya.

    Nampak sangat luasa dan selesa! Best kan kalau dapat bercuti di Port Dickson dan menginap di sini? Banyak juga aktiviti dan permainan yang disediakan di sini termasuklah pingpong, catur, carromm dan kemudahan BBQ. 

    Alamat: Jalan PDV 3, PD Villa Country Resort, Teluk Kemang,71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
    Bilangan Tetamu: 15 orang 
    Harga: Bermula dari RM1,400/ malam 


     Hubungi Kami!  


    Red Bricks Homestay Port Dickson 


    Red Bricks Homestay Port Dickson ini terletak di Kg Baru Si Rusa, kira-kira 5 minit sahaja untuk ke Pantai Port Dickson. Selari dengan namanya, homestay ini berkonsepkan batu-bata merah yang tidak di cat, namun menghasilkan keunikan yang tersendiri. 

    Lengkap dengan kolam renang kanak-kanak, kemudahan BBQ, ruang parking yang luas, peralatan memasak, serta 4 bilik tidur yang selesa dengan kemudahan pengahawa dingin. 


    Alamat:  Jalan Bahrudin, Kg Baru Sirusa,71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
    Bilangan Tetamu: 8-10 orang 
    Harga: Bermula dari RM670/ malam 


     Hubungi Kami!  


    Tasik Villa International Resort Port Dickson


    Tasik Villa International Resort terletak di Lukut, Port Dickson. Resort ini menjadi tarikan ramai kerana menawarkan pelbagai jenis bilik dan villa sesuai untuk pasangan, keluarga mahupun percutian dengan kawan-kawan. Antara yang ditwarkan adalah villa dengan kolam renang persendirian, chalet atas air, bilik deluxe lengkap dengan jacuzzi. 

    Terdapat juga lain-lain kemudahan dan aktiviti yang boleh anda jadikan hiburan semasa menginap di sini antara termasuklah outdoor swimming pool, sauna, gym dan wifi. Seronok kan kalau sesekali bawa keluarga cuti di tempat famous macam ni?


    Alamat:  Jalan Tasik Villa, Pusat Pelancongan Antarabangsa, Kota Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan,
    Laman Web: https://tasikvilla.com.my/ 


    Search for accommodations

    Subscribe to us for awesome updates!

    * indicates required

    Rate this post

    4.15 (34 VOTES)